Dari Dapur Hernee Nazir

DDHN | Menu Aidiladha

Monday, September 28, 2015

aidiladha tahun ni kami beraya di rumah sendiri. beraya dengan family ummi ilham je. sepatutnya giliran balik ke senggarang, tapi memandangkan kami nak buat kenduri aqiqah syamil sabtu tu, jadi babah kata tak payah balik kampung. ummi senyum je. balik ok tak balik pun ok je. pagi rabu pesan babah ke kedai beli bahan2 mentah, ayam dan daging batang pinang dah order siap2. tinggal bayar jek lah. petang raya tu tak sempat pun nak ambil time off. redho jek lah bakal gigil masak malam hari. mommy ngah pulak tak balik raya sini, selalu gotong royong masak sama2. tak kisahlah pelan2 kayuh.

balik kerja, rasa macam malas nak masak untuk dinner dengan alasan sekejap lagi nak masak lauk pauk raya hahaha. maka lepas maghrib ke kfc lah 4 beranak. balik dari kfc siap2 susukan syamil, babah tukang jaga syamil.. ummi mulakan acara masak memasak di dapur. dah duduk kat dapur, otak ligat menyusun apa yang perlu dibuat dulu. ok.. rebus nasi impit, cuci ayam, potong daging, gunting lada kering dan blend, kupas bawang besar/putih, potong sayur mayur lodeh. erkkkk.. macam banyak sangat kena buat ni. pukul berapa lah nak tidur. tak apa relax2 je lah ye kebetulan stok lada bawang blender semua dah yilek.. tengah2 goreng ayam syamil merengek pulak. babah lah take over goreng ayam hehehe tq babah. lepas syamil tidur sambung lagi ke dapur.

pungpang2.. sepanjang memasak 2 kali adik syamil bangun. sabar jek lah kan sampai terlelap ummi sekejap hehehe kantoi. sudahnya siap memasak dalam jam 3.30am. abang ilham paling setia teman ummi sampai bedal 7 ketul ayam goreng. adoiii nyaris2 ayam masak merah tinggal sambalnya aje hehe. alhamdulillah siap2 kemas semua pukul 4am baru lelapkan mata.

inilah menu aidiladha kami, seperti yang dirancangkan dan diangan2kan ummi ilham.

20150924_091227

nasi impit..

20150924_091141

ayam masak merah..

20150924_091121

rendang daging..

20150924_091153

kuah lodeh..

alhamdulillah kenyang.. pagi raya tok ayah, nenek, mak wee, mamacu semua kat rumah makan sama2. kami tak kemana2 pun berbaju raya pun tidak. babah dan tok ayah busy dengan program qurban. babah tolong melapah. kami habiskan masa bergolek kat rumah jek bertiga beranak dengan nenek dan mak wee. bila dapat daging qurban, maka bermulah episod berlaukkan daging untuk menu2 akan datang hehehe. petang tu sup tulang jadi santapan. ada baki sikit, kita buat sarapan pagi potong nasi impit makalah jadilah soto daging hahaha. jimat masa dan tenaga ngeh3.

itulah cerita aidiladha kami. thanks sudi membaca Winking smile

You Might Also Like

0 Th♥ught (s)

Thanks 4 ur comment.. peace!

Advertise with us!