kisah dua minggu lepas, hujung minggu kami diisi dengan program melawat anak jiran setaman aka taukey kedai runcit favourite kami anak beranak yang terlibat dalam kemalangan. semoga anis sihat seperti sediakala dan semoga urusan abang din dan kak siti dipermudahkan.

lepas balik dari HSA, kami pun tercari2lah tempat nak menjami selera. macam biasa saya akan pastikan hujung minggu bersama babah ilham dan anak2 diisi dengan aktiviti2 yang berfaedah untuk kami sekeluarga. susahkan nak dapat peluang babah ilham cuti hujung minggu. aktiviti makan memang sangat “berfaedah” kan bagi saya disamping dapat menambah lemak kahkahkah. lepas-tu-berat-naik-mula-gelabah-sesorang Surprised smile

pusing2 bandar jb memikir mana nak pergi. mula2 nak ke burger bytes, sekali dah terlepas pula. ronda2 pusing2. sudahnya babah ilham bawa ke burger bakar abang burn di b.point, bukit senyum. bolehlah lagi pun sepanjang kewujudan burger bakar abang burn ni, saya memang tak pernah mencuba kesiankan? hehehe. jomlah kita cuba.

Menu Burger Bakar Abang Burn

menu burger bakar abang burn. juling mata nak memilih. babah ilham order burger kambing. apa lagi kita copy jek lah ye sebab takut jeles nanti hahaha. ilham makan burger daging original. lagi satu saya request nak meatballs hehe.

20150912_184643

taraaaaaa.. meatballs dah sampai. ehhhh sambil taip ni ngences lah pula tengok meatballs tu. sedap!

20150912_184650

burger babah dan ummi sorang satu. ohmaiiii sedap rupanya. jenuh nak habiskan sesorang.

20150912_184912

abang ilham baru dapat burger. membebel dia burger dia lambat sampai haha.

20150912_185335

syok no la dua beranak ni makan haaaa. oleh kerana nak menikmati setiap inci burger, jadi kita biar babah makan dulu. bagi dia kenyang lepas tu turn dia jaga adik syamil hehehe.

20150912_185407

adik syamil yang sentiasa ceria. kecap2 tengok ummi makan. tak boleh ye dik, awak kecil lagi makan puree jek hehe. adusshhhhh kenapakah muka  ummi ilham dah lebar selebar pinggan hahaha. lagi tambah makan burger memang jadi periuk la tak lama lagi hehehe.

kesimpulannya, sedap burgernya berbaloi kot dengan harganya. tetiba terasa nak makan lagi ni. hmmmmm.. hai babah ilham! hehehe.