Desa Paya Mengkuang

Sambutan Ambang Merdeka Di Desa Paya Mengkuang :)

Friday, September 04, 2015

tahun ni KRT desa paya mengkuang mengadakan program ambang merdeka.
ecehhhhh pandai je mak bagi nama hahaha. lupa nak tanya dengan babah apa tajuk program ni.
yang penting ayat senang lagi mudahnya, diorang nak main bunga api tepat jam 12am 31 ogos 2015.
ehhhh mercun ke bunga api? ahhh gasaklah.

kami empat beranak pun sibuk juga nak ke padang.
tapi ummi dan syamil duduk dalam kereta je lah memalam hari ni.
tak turun ke padang pun sebab kesian kat adik syamil.

20150830_234535

babah parking dalam pagar klinik desa paya mengkuang.
sesuka hati dia jek kan hahaha.

20150831_000027

haaaa tepat jam 12am, diorang main bunga api sambil melaungkan “merdeka.. merdeka.. merdeka”
lepas tu nyanyi lagu negaraku, jalur gemilang..
ilham pun jerit.. “temeka.. temeka..”
erkkkkkkkkk.. apasal ke laut bunyinya tu bang.

20150831_000029

20150831_000033

gelap2 pun nak juga snap. walaupun gambarnya kelabu asap hahaha.

20150831_000228

ni khemah depan stage. YB dr. zaini pun datang bagi sokonga tau.
harap2 KRT desa paya mengkuang terus aktif dengan pelbagai aktiviti.
esoknya ada sukaneka, poco2 makcik2.
tapi kami tak dapat join sebab nak balik batu pahat.
itu je cerita merdeka orang desa paya mengkuang.

You Might Also Like

0 Th♥ught (s)

Thanks 4 ur comment.. peace!

Advertise with us!