Anniversary

7th Anniversary Dinner Treat 18 Oct ‘15 @ The Substitutes Kithchen, Dataran Larkin

Thursday, October 29, 2015

oh lamanya tak bersiaran dari blog chokia ni. puan belog busy yang amat. start dari awal bulan busy dengan training volleyball dan netball. balik rumah dah penat, nak on PC pun tak larat. ngempengkan syamil dengan ummi sekali jalan hehehe. eh dah melalut cerita lain pula. kan nak cerita pasal dinner treat sempena wedding anniversary kami hehe.

macam biasa, bila sampai wedding anniversary ummi lah yang migrain cari lokasi mana nak celebrate hehe. fikir punya fikir, tekak pula macam nak makan western foods. hmmmm.. babah jomlah kita ke “The Substitutes Kitchen”. babah ilhams pun ok je. petang ahad tu, kami empat beranak ke dataran larkin. first time sampai ke kawasan ni, macam dah lama tak jejak kaki ke area larkin hehe. ooo kedai2nya sama konsep macam di UDA business centre. pusing2 akhirnya jumpa juga, dari luar nampak ramai gila orang. hmmm. jom terjah jek lah.

10614258_374830826026540_2536387356758286980_n

 

The Subtitutes Kitchen

53, Jalan Dataran Larkin 1, Dataran Larkin, Johor Bahru

Open 5.00pm - 10.30pm. - Closed on TUESDAYS
0177996878 (Kasha) atau 0177996870 (Am)

20151018_183931

mula2 potpet2 mulut dia. sekali ummi toleh belakang tengok dah senyap tertidur sambil baca buku. hamboiiii bergaya sakan abang tidur ye.

20151018_185322

main entrance. kena ambil nombor rupanya. tapi masa kami sampai waiter suruh masuk je terus hehe.

20151018_184915

tak sangka selera kami hari tu sama, terjumpa nanie (by nanie’s kitchen) pembuat kek comel pun ada makan kat sini sefamily. dah la anniversary dekat2, hari sanding pun hari yang sama.. selera pun sama haha. kalau tahu order siap2 cup cakes hehe.

20151018_184949

budak kecil ni pun baru bangun dari tidur. on the way ummi dah susukan siap2 bagi adik kenyang.

20151018_185002

abang ilham langsung tak boleh nak buka mata.

tenung2 menu.. akhirnya kami pilih..

20151018_185440

beef burger untuk abang ilham.

20151018_185454

meatball untuk ummi.. nama penuh dia tak ingat dan lupa nak snap list menu.. meatball share sekali dengan babah. ehhhh meleleh air liur tengok.

20151018_185510

angus nachos yang sedap gila ni makan sama2.

20151018_185622

beef steak untuk babah. mula2 babah jek yang order. sekali dia tanya ummi makan apa? makan meatball n nachos tu jek lah. maybe babah rasa macam tak percaya ummi makan sikit hahaha. jadi ummi pun order 1 set beef steak. (padahal diri sendiri kecur tengok babah makan hahaha)

20151018_190343

abang ilham dah bangun nak makan.

20151018_191641

tapi dia komplen kata ni bukan burger daging hahaha. well, taste dia burger daging kampung jek hehehe.

20151018_190358

terbeliak mata adik tengok abang dan babah makan. sambil2 telan air liur hehe.

20151018_191557

ewahhhhh.. dia buat2 manja pulak bila ummi nak snap gambar. budak manis sorang ni hehe.

review dari kami:
alhamdulillah.. kenyang sesangat. highly recommended. makanan semuaaaaaaaaaa sedapppppp belaka. (makanan yang kami order tu la) haaaa nampak tak betapa sedapnya tu. serius harga pun berpatutan. staff ok tak sombong. dah cakap dengan babah ilhams next time nak datang lagi. harap2 babah ilham tak lupa hahaha. orang memang sentiasa penuh je. ehhh memang sedaplah. uolls yang nak mencuba bolehlah terjah “The Substitutes Kitchen” dataran larkin ni. dijamin puas hati. nak lagi puas hati ajak saya 4 beranak kui3. thanks babah belanja makan. ok next dah boleh fikir lokasi makan2 untuk 8th anniversary next year hahaha.

ok untuk uolls yang nak menjengah gambar2 menu.. boleh 'follow' FB dan IG The Substitutes Kitchen. contact number ada saya share sekali kat atas tu.

FB : The Substitutes Kitchen
IG : The Substitutes

p/s ini bukan iklan berbayar.. hehehe

You Might Also Like

0 Th♥ught (s)

Thanks 4 ur comment.. peace!

Advertise with us!