Dari Dapur Hernee Nazir

Solid FOods For Baby | Bubur Jagung + Kurma + Kismis

Friday, October 16, 2015

alhamdulilah ummi masih diberi kesempatan memasak untuk anak2 syurga. adik syamil dah semakin bertambah menu2nya. terbaru ummi buatkan dia bubur jagung kurma dan kismis. kurma dan kismis tu buat penyedap rasa. selain itu ummi juga blend ikan bilis yang disangai sebagai bahan perasa. ingat ye NO SUGAR, NO SALT untuk baby.

20151014_120826

ini bubur jagung, kurma dan kismis. sedap. opppsss kantoi ummi termakan hehe. sebelum bagi adik syamil makan of course lah ummi kena merasa dulu ye tak.

20151014_120210

Resepi Bubur Jagung + Kurma + Kismis

bahan2:
segenggam besar (renehkan hingga menjadi bubur)
sebiji jagung rebus (diambil isinya)
2 biji kurma
15 biji kismis

20151014_120349

cara2:
masak nasi hingga menjadi bubur. bila dah jadi bubur masukkan jagung, kurma dan kismis. panaskan hingga mendidih. angkat dan biar sejuk seketika. blend sehingga lumat.

alhamdulillah syamil suka nampaknya. ummi stop suap dia menjerit. feedback dari opah pun kata sekejap jek hilang2 bila opah suap. yeay! good job adik. weekend ni ummi try pasta simple2 untuk adik syamil bahan dah siap beli tunggu masa jek nak membuatnya hehehe.

You Might Also Like

0 Th♥ught (s)

Thanks 4 ur comment.. peace!

Advertise with us!