Dari Dapur Hernee Nazir

DDHN | Menu Minggu Lepas.. Asam Pedas, Pucuk Paku Dan Sambal Terung Asam

Tuesday, November 17, 2015

entri pembuka tirai kemalasan dan kebizian ummi ilham.
dah 17 hari bulan november, baru sempat taip entri ni je.
memang berkurunlah jawabnya entri lain2 tu kena perap ngeh3.

ok, recap semula.. menu ahad 8 november.
simple jek janji kenyang anak beranak, walaupun sorang anak tu komplen ini bukan ayam red.
lama2 redho jek bila ummi suap ayam red versi asam pedas masuk mulut dia.

20151108_142433

asam pedas ayam. makanan feveret orang2 joho. bubuh daun kesum banyak dan serai. nyum3.

20151108_135318

teringin nak makan pucuk paku. walaupun tahu yang babah ilham tak gemar.
ahhh masak secoet pun tak apalah buat makan sesorang hehehe.
pucuk paku goreng simple, baling2 bawang ikan bilis je.

20151108_141137

sambal terung asam. oh mai feveret!
lama tak makan. jadi bila terjumpa tu tak toleh kiri kanan, beli jek lah.

cili padi.. 10 biji terung asam (kupas kulit).. belacan bakar.. tumbuk dan tambah gula.. siap!

disebalik tabir pembikinan hahaha.

20151108_133812

ni ha masa tengah menjerang asam pedas.

20151108_135654

ini buah terung asam untuk sesiapa yang kurang kenal.
memang feveret kami anak beranak.
dulu arwah mak suka buat.
lawan dengan nasi panas, betik masak air letak lada hitam. perghhh.
kekadang betik masak lemak, sambal terung asam dan ikan kering.
fuhhhhh terangkat uolls.
oklah ngencessss rasa sebut nama2 makanan ni.
nanti repeat menu ni lagilah hehehe.

You Might Also Like

0 Th♥ught (s)

Thanks 4 ur comment.. peace!

Advertise with us!