Cuti2

Short Vacay On Tok Ayah’s Birthday 10 Oct ‘15 @ Gold Coast Malacca International Resort – Part 1

Monday, November 30, 2015

familycerita bulan lepas, tok ayah pun dah 56 tahun sebulan 10 hari dah hahaha. busy sangat gamaknya ummi ilham ni kan. sampai nak taip entri blog pun tak sempat hahaha. sebenar2nya malas jek lebih. kadang2 kat rumah, anak2 dah tidur mak dia pun join tidur. impian nak update blog tinggal harapan jek lah.

ok, berbalik kepada cerita percutian singkat kami anak beranak. 9hb oktober memang dah plan awal2 babah ummi ambil annual leave nak celebrate birthday tok ayah kat melaka. kek pun kami dah bincang nak bagi tok ayah kek apa. of course order dengan nanie’s kitchen. pagi yang tak pagi sangat kami bertolak ke melaka dengan dua buah kereta. mami ngah n dedi ngah naik kereta tok ayah, mama cu n papa cu tumpang kami.

20151009_131147

alkisah, balik kerja semalamnya tu ummi demam. adoiiii.. srottt srettt.. fuhhh. demi tok ayah ku gagahkan juga ke melaka. dah janjikan. tu yang muka pun seme’eh jek tu. tak sampai pun half way.. semua dah tumbang kecuali babah dan papa cu.

20151009_131157

mama cu dah terlentok.

20151009_131207

adik syamil dah sampai lala land. abang ilham dan ummi pun 2 kali 5 haha.

20151009_131214

babah tu sebenarnya baru balik kerja malam. tapi masih bertahan lagi nak drive. papa cu ada back up driver so tak kisah sangat dan tak rasa bersalah sangatlah kalau ummi tertidur kat belakang Smile with tongue out

sampai yong peng kami berhenti makan. almaklumlah dah tahap kebuluran tak breakfast beriya pagi tu. masak2 semua nenek punya bahagian hehe. kami2 tukang makan jek tak aci betul. menu kami serahkan pada nenek. menu ala terengganu katanya.

20151009_141123

gambar mesti ada uolls. tak sahkan kalau tak bergambar hahaha.

20151009_141532

masing2 tengah syok menjamu selera.

20151009_142504

bukan main serius lagi nenek makan petai ahahaha.

20151009_142514

babah tukang suap abang ilham.

20151009_142527

sebenarnya umminya dah bedal dulu. eh sedaplah menu nenek ni. daging masak singgang bergabung dengan jeruk petai, tempoyak, ulam2, terung goreng ke celur tak ingat, ketam rebus. beriya kami makan macam dekat rumah sendiri, padahal berhenti kat pondok hentian sebelah yong peng. hahaha. makan hati makcik cleaner nak kemas pondok. tapi serius berselera hoii makan. siap pesan kat nenek, nanti repeat menu yang sama hahaha.

 

20151009_142623

mak wee dah kekenyangan.

20151009_142711

tok ayah dah kenyang nasi dia top up makan buah2 pulak.

20151009_143325

apalah budak kecil dua orang ni fikir agaknya.

20151009_143340

muka ummi memang penyek habis hahaha. toye betul orang demam ni. hahaha. lepas isi perut memasing kami sambung perjalanan ke melaka. menuju ke destinasi gold coast malacca international resort di bukit katil. jangan tanyalah kami buat apa kat belakang tu kan. perut dah kenyang, hmmmm lala land lah kita. tahu2 je dah masuk tol ayer keroh hehehe.

20151009_154100(0)

haaaaa.. taklah jauh mana pun kan. sampai dah ke gold coast malacca international resort bersebelahan dengan bayou lagoon park jek. nampak gaya kat gold coast ni pun tak siap sepenuhnya lagi. masih ada kawasan yang under construction. kami ambil 2 apartment. keluarga kami gabung dengan tok ayah. mami ngah dan mama cu share 1 apartment lagi.

20151009_160642

apartment 3 bilik. yang ni bilik kami sebelah depan. bilik lagi 1 tak dibuka untuk kegunaan customer. wah adik landing dulu rasmikan katil hehehe.

20151009_160709

ini master bedroom untuk tok ayah, nenek dan mak wee. view apartment kami kurang menarik sikit sebab nampak kawasan under contstruction hehe. redho jeklah ye.

20151009_160841

bilik air master bedroom.

20151009_160743

bilik air satu lagi.

20151009_160935

ruang tamu.

20151009_160810

budak kecil ni sibuk nak main telefon. jakun kat rumah tak ada telefon hahaha.

20151009_160910

dapur comel ada kettle dan peti sejuk comel.. dapatlah simpan bekalan makanan syamil.

20151009_160940

ruang makan. apartment luas dan selesa untuk anak2 berkejar2an hehehe.

20151009_161335

adik syamil tengah meregang badan.. berehat sebelum nak turun swimming.

20151009_161756

mak wee tak habis2 jakunnya hahaha.

dalam pukul 5pm kami turun mandi manda. kena berjalan kaki sikitlah ke water park sebab tak ada short cut dari apartment.

20151009_165916

SSC memang membantu mak menggendong syamil ke water park hehe.

20151009_170040

abaikan ummi yang excited lebih ni.

20151009_170256

pemandangan dar entrance water park. sejuk mata tengok langit membiru.

20151009_170300

kapal tu cafe rupanya.

20151009_170306

20151009_170312

ni cafe juga. abaikan uncle yang tengah baca apa entah tu. sebenarnya saya dah keciciran di belakang. ilham dah ikut babah, mami, nenek semua. melilau mata mencari diorang. rupanya tengah beli boya hahaha.

20151009_170359

ni harga rental boya.. life jacket segala.

20151009_170431

20151009_170433

itu mak wee punya bukan nenek hahaha.

20151009_170519

abang ilham dah sambar boya angry bird kegemaran dia. beriya sangat. sampai kat air menjerit.

20151009_170538

20151009_170635

ini bahagian kanak2. tapi kenapa umminya yang rasa nak terjun hahaha.

20151009_170649

cafe bentuk kapal ni nenek nak book untuk celebrate birthday ayah, tapi katanya dah full. hmm tak ada rezeki.

20151009_170704

ilham takut nak mandi kat sini isyhhh. nak mandi kat swimming pool kata dia.

20151009_171518

sudahnya ikutlah orang2 tua mandi. tu ada pasangan romantikus tengah berenang itik haha.

20151009_171556

20151009_171557

mak wee meraung tak nak naik float tu.

20151009_171618

20151009_175621

20151009_175626

20151009_175631

mak wee tak nak naik, biar syamil yang naik. yeay! happy si kecil ni. first time berendam.

20151009_175700

bibik tolong tengokkan syamil. eh bibik pulak.. mami ngah la hehehe.

20151009_175721

tok ayah.. nenek dan mak wee yang tak nak berlepas apa lagi naik float.

20151009_175806

20151009_175816

orang2 tua yang riang hahaha.

20151009_175832

abang ilham berkepit dengan babah je. babah pandai berenang ok la kan. kalau ikut ummi memang berenang itik jek.

20151009_175838

syamil dah mula merengek nampak ummi snap2 gambar tapi tak layan dia.

20151009_175913

kembang hidung abang ilham.. sejuk berendam haha.

20151009_175933

tak padan demam mak dia ni kan hahaha.

20151009_175948

abang ilham ni datang hangin dia memang gini la. nak kat tepi jek.

20151009_181329

papa cu petang ni langsung tak cecah air. cetek sangat kata dia hahaha. alasan! ilham dah stop kesejukan.

20151009_181349

adik syamil pun dah stop.. dah menggigil kesian. sebelum balik apartment, ummi dan mama cu sempatlah main gelongsor macam kana2 ribena hahaha. anak takut mak lah yang main jawabnya.

20151009_181519

mak wee pun dah kesejukan.

20151009_181720

birthday boy..hehehe. susah ooo nak ajak tok ayah cuti2. sekarang ni la baru senang sikit. tok ayah memang workaholic.

20151009_181757

semua dah kepenatan. lepas mandi manda balik mandi kat apartment pulak. lepas maghrib nak makan2 sambil potong kek tok ayah. yeay! harap bersabar. sambung part 2 ye. tapi tak janji keluar entrinya zaman bila hahaha.

babai!

You Might Also Like

0 Th♥ught (s)

Thanks 4 ur comment.. peace!

Advertise with us!