assalamualaikum semua
salam 2016 ecehhhhh.. dah 11 hari pun tahun 2016 bermula. baru nak wish happy new year ye.
busy sangat ummi ilham ni sampai tak sempat2 nak update blog.
bersusun2 sebenarnya entri 2015 tertangguh yang bakal menjadi tukun hehe.

alhamdulillah abang ilham dah mula bersekolah tahun ni.
bermulalah rutin baru ummi ilham tahun ni.
memang kecil besar juga hati ummi dia ni sebenarnya.
tapi tawakkal jek lah Allah kan ada jaga anak ummi ni.
insha Allah ummi babah doa yang baik2 je untuk abang ilham.
sekejap2 dia excited nak sekolah.. sekejap2 merengek tak nak sekolah.
kami layankan jek budak baru nak belajar hehehehe.
bermula malam ahad dah kena kerah tidur awal. pukul 9pm dah bergelap dalam bilik.
sebelum tidur dia cakap
“ummi.. ilham nak sekolah”
”yeeee.. ummi tahu.. ilham tidur.. esok pagi Allah bagi sun baru ilham pergi sekolah”
”baik ummi”
alhamdulillah bangun juga pagi walau ada drama sebabak dua.
macam2 alasan tak nak mandi sejuk. tak nak pakai baju sekolah kata dia.
nak pakai baju spiderman. tak nak pakai stokin nanti kaki sakit.
tak nak pakai kopiah nanti rambut rosak. memacam drama dia..

20160105192241

hensem tak saya? hehehe. susah sangat nak pakaikan kopiah tu.

968861_10207601009370960_5090769793782324332_n


sudahnya pakai beg tadika aulad ilmiyyah ni je.
ummi nak bekalkan donut dia tak nak, dia kata “tak pe ummi.. saya bekal biskut je” alahai ilham sedih no bunyinya. nasiblah 2 minggu orientasi ni sekolah dari jam 8am hingga 10 am je.
kalau sampai jam 12pm kesian juga sebab makan berat kat sekolah hari isnin dan khamis je.
ilham ni jenis mencari nasi jek. makanan lain mee2 suka juga la.
masa mula2 tahu sekolah ni makan ringan2 umminya dah mula risau.
bukan risau apa, risau ilham mintak “ayam yellow” kat cikgu hehehe.
jadi hari ke 4 sekolah ilham masih bawah “bento kut” ummi lupa snap.
bayangkan jek #‎bentoilhamsyahmi‬ ada 6 keping biskut dalam bento box angry bird.
air masak pun dalam botol angry bird.. hahaha
dia dah fall in love dengan biskut sugar cracker munchy’s.
pelik juga tetiba suka biskut yang kak ros makan.
mungkin dia dapat rasa kerisauan ummi dia ni agaknya.
ye memang pelik sebab ilham ni banyak benda2 yang dia tak makan.
coklat..gula2..jelly2 ke apa semua tak pernah masuk dalam perut dia hehehehe.
biskut pun dulu biskut tiger jek lain2 tak layan. bila dia suka biskut kering ni ummi dia rasa eh.. eh.. pulak
ok panjang sangat melarat.

20160103_075135

abang ilham first day at tadika aulad ilmiyyah.
dah sampai sekolah dia terkedu depan pintu tengok kawan2 lain selamba kodok masuk.
pujuk2 baru nak masuk.. tengok kawan2 main lego dia ambil sikit main sesorang

20160103_080137

suka hati dia buat hal sendiri. hehe. janji tak meraung dah cukup alhamdulillah. 
tengah2 dia khayal main tu, ummi, babah dan adik syamil berdezup cabut balik.
dalam hati doa bebanyak janganlah dia meragam ke apa.
cekalkan hati.. (ayat macam anak dah masuk U) kami serahkan ilham syahmi dibawah peliharaan Allah.

20160103_080139

sempat snap gambar kawan2 lain. amboi makcik tudung coklat ni.
macam guru besar gayanya hehehe.

20160103_094840
 
pukul 10am jemput abang ilham balik. dari jauh dah tersengih..

20160103_094903

20160103_094904

"ummiiiii.. seronoknya saya pergi sekolah"


alhamdulillah lega hati ummi dengar.
dari balik sekolah, asyik ulang cakap "ummi saya nak pergi sekolah" 
“ye ilham ye.. ummi tahu ilham excited dapat cikgu baru..kawan baru.. esok pergi sekolah lagi..tak ada orang sekolah 24 jam nak oiii..”

20160103_095041

dia nak bawa balik panda cikgu pulak. haipppp!

20160103_094922

suka sangat ke sekolah. alhamdulillah.
mudah2an Allah permudahkan ilham menuntut ilmu duniawi dan ukhrawi.

20160103_095245

excited nak bercerita gelagat kawan2 kat sekolah.

20160103_095309

muka ceria habis.
dalam masa yang sama ulang ayat “ilham nak pergi sekolah” dah berkali2.
tabah jek lah ummi babah nak menjawab.
dan opah pun bakal menjawab nanti.
hari ni ummi mula naik kerja setelah cuti 6 hari.
lepas balik sekolah abang ilham macam biasalah stay rumah opah.
hmmm get ready opah hehehe.

a day before sekolah bermula, ummi babah and the ilhams attend briefing untuk student2 tadika ummu mukmin dan aulad ilmiyyah.
almaklumlah baru first time anak nak sekolah, haruslah dengar taklimat dari cikgu ni kan.

20160102_090828

20160102_095809
taklimat sejam untuk ibu bapa dan proses pendaftaran anak bertempat di tadika ummu mukmin, taman nusantara.
tadika aulad ilmiyyah ni anak beranak ummu mukmin cuma aulad ilmiyyah di desa paya mengkuang.
nanti time ihtifal ke, sukan ke dorang bergabung sekali.

20160102_091607

gambar is blur hehehe. tengah nak snap adik syamil langgar tangan ummi.
penampakan lembaga ilham di pintu masuk.
dalam full jadi babah dan ilham dengar taklimat depan pintu.

20160102_093712

adik syamil senang hati baring diamkan diri.

20160102_094240

sekali ummi toleh sekali lagi tengok kaki dia landing atas peha auntie sebelah.
amboiii dik. senang hati nampak.
lepas taklimat dan pendaftaran, kami terus ke mydin beli kasut sekolah.
sebenarnya sebelum ni nak beli tapi mood abang ilham kelaut dia tak nak test kasut.
semalamnya ke aeon bukit indah, tapi malangnya tak ada saiz.
sudahnya repeat ke mydin.

20160102_115706

nak test stokin pun banyak drama. kaki sakit lah. geli lah. cehhh.

20160102_115751

kasut ni tak muat kata dia.

20160102_115811

haaaaa kan muat tu.. hehehe ilham.. ilham.. banyak betul ilham dia hehe.
dapatlah kasut getah aloha rm9.90 buat ke sekolah.
murah2 jek. kat sekolah pun nanti bukak kasut jadi tak payah membazir ye dok.

252203_10207572366014894_3196520797798650695_n

hari tu babah belikan beg ni kat mydin.
kononnya ni beg sekolah dia lah.
masa kat mydin dia ok je cakap beg ni cantik walaupun pada asalnya dia nak beg boboiboy.
ummi yang hasut kata beg ni comel sebab beg boboiboy tu besar sangat.
dia pun setuju dengan cadangan ummi.
sekali sampai rumah dia membebel.
”ini bukan beg sekolah.. ini beg naik kapal terbang”
dengggg! nak gelak ummi dengar hahaha.
macamlah awak pernah naik kapal terbang hehehehe.
inilah ragam abang ilham nak sekolah.

ummi dan babah harap abang ilham dipermudahkan untuk menuntut ilmu.
semoga abang ilham jadi anak soleh yang bijaksana.
aamiin