Dari Dapur Hernee Nazir

DDHN | Cucur Udang & Homemade Sos Cili Thai

Monday, June 20, 2016

1465786950235

menu ramadhan hari ke 5 disamping menu utama nasi putih dan ayam masak merah.
macam biasalah ayam masak merah aka ayam red tu pilihan abang ilham.
ummi dan babah redho jek lah janji anak2 nak makan.

sebelum ni kalau buat cucur/ jemput2 ni main taram jek bentuk free style.. hehehe
kali ni kita follow resepi orang dia bentukkan bulat so kita follow..
jom tengok resepi dari Azza ex-PTP staff. tq ye azza.

Resepi Cucur Udang
kredit: Azzarena Chamingan

2 cwn tepung gandum
1/2 sudu besar yis mauripan
Garam
Sedikit serbuk kunyit untuk bagi shining2 sikit
1 3/4 cawan air - agak2 ya jangan cair sangat ..jangan pekat sangat
Hirisan bawang
Sayur kobis atau taugeh
Daun kucai
Udang size sederhana untuk parking kat atas cucur tu.
Campur semua bahan kecuali udang. Kacau rata.
Pastu rehatkan 5 ke 10 minit. Sambil tu panaskan minyak.
Minyak banyak sikit ya.
Dah panas....ceduk adunan tadi ke senduk kuah (panaskan senduk ke dalam minyak seminit dua suapaya tak lekat)
Letak udang atas adunan tu kemudian rendam dalam kuali.
Ambil garfu longkahkan cucur dari senduk. Kemudian buat lagi sampai abis.

ini pula resepi homemade sos cili thai

Resepi Sos Cili Thaikredit: https://balannambiar.wordpress.com/2012/05/18/resepi-buat-sendiri-sos-pencicah-thai/

Bahan2:

  • 3 ulas bawang putih dikopek kulit.  
  • 2 cili merah. (kalau ingin lebih pedas tambah dua atau tiga cili padi merah).  
  • 1/2 cawan gula pasir.  
  • 3/4 cawan air.  
  • 1/4  cawan cuka.  
  • 1/2 sudu  besar (tbsp) garam.  
  • 1  sudu besar tepung jagung dicairkan dengan 2 sudu besar air.
Cara2:

1. Kisar semua bahan-bahan di atas kecuali tepung jagung.
2. Masak kisaran tersebut dengan api yang sederhana.
3. Bila mula mendidih masukan cairan tepung jagung dan kacau sehingga tepungnya masak dan kelikatan sos . Sos perlu sentiasa di kacau  selama  1 minit.
4. Biarkan sos sejuk dan masukkan dalam botol kedap udara dan simpan di peti sejuk. alhamdulillah sedap..
ehhhh terpuji masakan sendiri pulak.. kuang3.
ehem2 babah pun kata sedap.
tq babah.. ummi masak ikhlas dan penuh kasih sayang untuk babah dan anak2.
dah kata sedap.. makanya hari ke 8 babah request repeat cucur udang sekali lagi.
tapi kali ni tak dan lah nak ceduk adunan dalam senduk.
syamil tak bagi kerjasama kat ummi.
babah kerja pagi maka masak pun charlie chaplin lah.
janji ada rasa bentuk tolak tepi.. hahahaha.

ok ibu2 dah boleh buat cucur udang petang ni untuk berbuka hehehe.
selamat bercucur Winking smile

Love,
Ummi Ilham

You Might Also Like

0 Th♥ught (s)

Thanks 4 ur comment.. peace!

Advertise with us!