DDHN | Resepi Ayam Percik Kelantan
ini dia ayam percik kelantan buatan orang johor ekekeke.
gigih buat ayam percik hoi. semata2 nak mencukupkan aksesori nasi kerabu.
alhamdulillah sedap dan boleh buat lagi haha.
ini kuahnya.
kiranya hari tu banyak bahan menggunakan santan.
nasib baik beli santan lebih hehehe.
jom tengok resepi ayam percik kelantan. Ayam Percik Kelantan
Oleh: Azie Kitchen
Bahan Perap:
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
Garam secukupnya
Bahan Kuah:
2 pek santan pekat
10 ulas bawang merah
1 inci halia
1 batang serai
3 tangkai cili kering - boleh lebih jika suka pedas
Garam secukupnya
Gula - kena ada rasa manis
1/4 keping asam keping - letak sekejap dan dikeluarkan takut terlebih masam
Cara cara:
Kisar bahan perap sehingga halus dan perap pada ayam dalam 30 minit. Bakar ayam sehingga separuh masak. Saya kukus ayam terlebih dahulu sebab mahu cepat. Sementara ayam dibakar, siapkan bahan kuah. Kisar semua bahan kuah dan masakkan atas dapur dengan api perlahan sambil terus dikacau. Masak sehingga kuah pekat. Masukkan garam dan gula. Sesuaikan rasa dan bolehlah diangkat. Apabila ayam mulai sedikit garing, lumur bahan kuah merata rata dan bakar seketika. Terbalikkan ayam dan dilumur bahan kuah lagi secara berulang ulang di kedua dua belah. *****************

haaaa senangkan resepinya. apa tunggu lagi.
cubalah! lepas tu hantar sikit kat rumah saya barang seketul 2 hehehe.
0 Comments
Thanks 4 ur comment.. peace!