Dari Dapur Hernee Nazir

DDHN | Resepi Nasi Kerabu

Wednesday, June 29, 2016

1466256628053
alhamdulillah tercapai juga cita2 yang sekian lama nak masak nasi kerabu menggunakan bunga telang. hehehe.
minggu sebelum masak tu, saja2 cuba nasib post kat fb kot2 ada kawan2 yang ada tanam bunga telang.
tup2 kak gee geng susu ibu jb bagitau rumah dia ada. tengah elok je berbunga meriah.
alhamdulillah rezeki kan. kak gee dah bagi green light suruh ambil je kat rumah dia.
berhari2 jugalah tertangguh, sudahnya kerah ayu tolong pergi ambilkan.

20160618_131910

haaaa sampai kecut menanti diambil ekekeke.

20160618_154615
rendam bunga telang siap2 ye.. sebab ummi ilham excited nak tengok warna biru terhasil.

20160618_184507
resepi ni saya follow dari post di facebook.
kredit owner yang saya terlupa namanya.
cuma resepinya tak berapa spesifik untuk sukatan2.
pepandai sendiri la nak adjust.

RESEPI NASI
Masak nasi seperti biasa cuma tambah jus bunga nasi kerabu / pewarna biru tiruan.
Untuk membangkitkan bau boleh tambah serai dan daun limau purut.
**nervous nak masak nasi sampai terlupa letaj serai atau daun limau purut.dan hasilnya alhamdulillah macam gambar kat atas tu.
memang tak berapa nak membiru sangat, sebab tak guna bunga telang tu semua.
tapi dah nampak bayang2 biru tu kira halal lah ye.

next kita buat tumis budu pula.

20160618_160548
ni resepinya, dan hasilnya gambar atas tu. rasa alhamdulillah sedap.

RESEPI TUMIS BUDU
Bahan2:
- Santan pekat
- Bawang merah
- Bawang Putih
- Halia
- Cili kering
- Serai
- Asam keping
- Budu

Cara2:
- Masakkan santan
- Kisar bawang merah, bawang putih, halia, cili kering dan serai dengan sedikit santan
- Campurkan bahan yg dikisar dgn santan yg dimasak tadi.
- Masukkan 2 sudu budu dan asam keping
- Tambahkan garam dan gula secukup rasa.
- masak hingga pekat dan naik minyak.

next sambal ikan.. saya ikut je nama yang dalam resepi tu hehe.

20160618_163722
RESEPI SAMBAL IKAN
Bahan2:
- Isi ikan rebus
- Kelapa goreng
- Bawang merah
- Serai
- Lada Hitam
- Garam dan Gula

Cara2:- Tumbuk lada hitam, serai dan bawang merah dan asingkan
- Tumbuk isi ikan rebus dgn kelapa goreng
- Campurkan bahan yg ditumbuk tadi dan gaulkan sekali
- Masukkan garam dan gula secukup rasa

amacam terliur tak tengok sambal ikan ummi ilham? hahaha
alhamdulillah menjadi juga sambal ikan ni.

20160618_183225KERABU
- Hiris daun serai kayu, timun batang, kubis, kacang panjang, bunga kantan dll dan gaulkan sekali.

kerabu ni semua bahan cukup. buat banyak2 sebab saya memang suka ulam2 ni lebih dalam nasi kerabu.
gigih hoiii memotong satu2 hahaha. nak sedap punya pasal.

ada aksesori tambahan ikut selera ummi ilhams yang suka bebenor nasi kerabu.
itu yang buat lagi bertambah lama bertapa kat dapur hahaha.
maklumlah selalu beli memang siap complete set kan.
bila buat sendiri haruslah lagi cukup segala aksesori berbaloi la duduk dapur ekeke.


20160618_170441
 daging salai. (salai la juga kan walau guna magic pan)

20160618_172257
telur masin

20160618_175627
ikan goreng salut tepung

20160618_183213
keropok ikan

alaaaa satu jek tak buat.. solok lada.
tak dan makcik nak menyolokkan lada tu haha.
tak pe lah yang penting dah cukup banyak dah aksesori nasi kerabu ni.
20160618_191121
nampak tu kus semangat rezeki. penuh satu meja.
bersilang tangan babah ilham nak menyenduk nasi.
ohh sebenarnya kami ajak tok ayah..mami ngah.. daddy ngah.. mama cu berbuka sama2.
nenek dan mak wee tak ada balik terengganu.
lupalah ada additional “ayam percik kelantan”.
resepi akan di share next entry ye.

CARA HIDANGANGaulkan nasi dgn bahan di atas. Tambahkan sedikit budu untuk lebih menyelerakan

alhamdulillah pelanggan saya berpuas hati dengan hasil nasi kerabu air tangan ummi ilham.
juri tetap saya cakap sedap! wow! kembang semangkuk.
tapiiiiiii.. ada tapiiiinya. dia cakap dah boleh berniaga.
kalau nak berniaga memang ummi kena bangun subuh2 hari. kahkahkah.
sebab nak buat untuk berbuka pun berjam2 kat dapur. macam sehari suntuk.
hahahaha. kurang asam betulkan.
ye le first time macam terhegeh2 nak buat.
lagi pun macam banyak step2 nak di settlekan.
bila fikir2 ahhh macam ni setahun sekali je lah buat nasi kerabu sebab banyak kerja.
hahahaha. eleh sebenarnya ikut resepi tu simple je.
ummi ilhams ni yang ngengada nak tambah aksesori lain.
tu yang agak berzaman duduk bertapa kat dapur hehe.
apa pun sangat berpuas hati next time boleh buat lagi.
sahur pun repeat nasi kerabu Smile

20160620_183701
rezeki bunga telang dari bariah.
masa hari yang sama dia offer nak mintakan bunga telang di rumah MIL dia,
dapat jugalah bunganya tpi hari ahad hehehe.
so sesiapa nak buat nasi kerabu ni saya ada bunga telang lebih.
ada lagi dalam peti sejuk. rasa macam ok lagi tu.
kalau nak boleh ambil di rumah hehehe.

ok next entry “ayam percik kelantan”.
bai!

You Might Also Like

0 Th♥ught (s)

Thanks 4 ur comment.. peace!

Advertise with us!