Dari Dapur Hernee Nazir

DDHN | Resepi Roti Jala Lembut Dan Sedap

Thursday, June 16, 2016

1465787278077


ini menu berbuka hari ke 4.
alhamdulillah sempat juga saya menjala sesorang di dapur ditemani syamil.
macam ni lah dugaan nak memasak kalau babah ilhams kerja pagi.
memang berperang sesorang kat dapur dengan assistant2 yang bijak2 belaka tu.
dalam masa 1 jam setengah kena siap semua untuk berbuka.
macam ni jugalah rutin kalau babah ilhams kerja malam.
balik kerja dalam masa lebih kurang 1 jam kena siap prepare dinner.
pukul 7.30 pm babah dah nak ke office, jadi masak memang macam lipas kudung.
semua tu bukan alasan yang ibu bekerjaya tak boleh sediakan makanan untuk suami dan anak2.
ecehhhhhhh.

ok sebenarnya ni pertama kali saya membuat roti jala.
sebelum ni angan2 di alam fantasi je.
bulan puasa ni semangat nak membuat tu berdezup macam roket.
jadi awal2 dah bagitau babah ilhams menu yang nak dimasak.
kalau dia ok, maka proceed lah dengan menu tu.
ok jom tengok resepi dari blog Azlita Masam Manis.

Resepi Oleh : Suriati Ramli

Bahan2:

3 cawan tepung gandum
3 1/2 cawan air
2 biji telur gred A
1/2 cawan minyak masak
secubit garam
sedikit pewarna kuning telur

Cara2:

Satukan semua bahan di atas dan kacau rata
Masukkan dalam mesin pengisar / blender dan kisar halus
Kemudian tapis
Adunan tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair
Mentega untuk di gris pada kuali leper
Daun pandan sebagai alat untuk meratakan mentega
Acuan roti jala
Panaskan kuali leper atas dapur hingga betul-betul panas ( guna api sederhana ), ini supaya roti yang di kirai tidak melekat dan mudah di angkat
Bila dah panas barulah sapukan mentega dengan menggunakan daun pandan
Masukkan adunan dalam acuan roti jala dan dan kirai dalam bulatan kecil-kecil secara berterusan hingga menjadi bulatan yang besar. Anggaran 6 inc
Tunggu hingga permukaan atas kering , ini bermakna dah masak lah . Tak perlu balikkan
Terus angkat dan lipat. Terpulang kalau suka lipat boleh lipat bentuk 3/4 bulatan atau boleh gulung seperti mengulung kuih dadar
Ulang proses yang sama hingga habis

Kari Ayam
** notes: kari ayam ummi ilhams memang simple dan cincai boncai. tapi rasa tetap rasa kari..hehehehe

1/2 ekor ayam ~ dipotong kecil
1/2 cawan minyak masak
3 sudu besar rempah kari ayam atau daging
1 sudu cili kisar
1/2 kotak santan (ekspress guna santan kotak jek)
1/2 biji carrot ~ dipotong dadu
1 biji kentang ~ dipotong dadu
5 biji bawang merah ~ dikisar
4 ulas bawang putih ~ dikisar
2 inc halia ~ dikisar
3 tangkai daun kari
rempah tumis
Panaskan minyak masukkan rempah tumis.
Satukan rempah kari, cili kisar, air asam, bawang merah/putih halia kisar, daun kari. jadikan pes.
masukkan dan biarkan hingga naik pecah minyak.
Masukkan carrot, ayam, kentang, santan dan garam.
Biarkan mendidih hingga ayam dan kentang empuk.
Agak2 dah masak tu cepat2 tutup api ye.
Taraaaaa.. siaplah kari cincai boleh dicicah dengan roti jala.
alhamdulillah menjadi juga roti yang di jala tu walaupun tangan menggigil menjala hahaha.
poyo betul ummi ilhams ni kan. mula2 nak gulung macam biasa tu.
sekali macam malaslah. jadi roti jalan versi ummi ilhams main lipat2 je.
ok berbukalah ummi sesorang dengan roti jala sementara menunggu babah balik kerja jam 8pm.

jom perah otak fikir menu apa untuk hari ni Smile

xoxo,
Ummi Ilham

Red lips

You Might Also Like

0 Th♥ught (s)

Thanks 4 ur comment.. peace!

Advertise with us!