Dari Dapur Hernee Nazir

DDHN | Resepi Sagu Gula Melaka

Monday, June 20, 2016

1465639612391

desert berbuka puasa ramadhan ke 6.
hari tu tengok azza post cucur udang rasa terliur.
lepas tu nampak dia post sagu gula melaka, terliur juga.
jadi untuk menghilangkan rasa terliur tu apa kata kita cuba sagu gula melaka pulak.

anak2 bagi tengok tv supaya tak kacau ummi kat dapur.
sesekali si kecik tu datang jugalah nak jadi assistant ummi.
tengok2 mana susu cair ummi ghaib.
rupanya dah diangkutnya susu ke hall.
hei budak bertuah tu kan.

ok lah jom jengah resepi.
again.. thanks azza for the recipe.

Bahan2:
susu cair/ santan ** saya guna susu cairsagu
1 peket (jenis kecil)
gula melaka (prefer yang sebiji tu)
rose sirap
daun pandan

cara2:

air gula
- hancurkan  gula melaka
- masak dengan daun pandan
- air jangan banyak.. sebab nak bagi pekat
** kalau tak pekat gula tu, nanti tambah gula pasir putih sikit bagi likat sikit
- biarkan sejuk dalam 15 minit

sagu
- rendam sekejap sagu dalam air (sementara nak memotong gula melaka)
- kemudian rebus sagu dengan air paras2 sagu. kalau nak letak daun pandan pun boleh.
- masukkan sirap rose tanpa gula 2 sudu besar
- standby air extra sebab takut air kering cepat
- masak sampai hilang warna putih sagu dan jadi macam lembut creamy2..
- biarkan sejuk dalam bekas lain

hiasan
- letak gula merah dulu dalam 3 sudu besar (boleh adjust kalau tak nak manis sangat)
- letak sagu timpa atas gula melaka dalam 2 senduk nasi
- tuang susu cair atas sagu.. jangan banyak sangat
- kalau guna santan, letak garam sikit.. lebih sedap dari susu
- sejukkan dalam peti sejuk.. siap!

masa buka puasa saya bedal dulu.
hmmmm.. not bad.. sedap juga.
cuma kan.. mungkin saya tertuang gula melaka banyak sangat.
jadi manis dia boleh potong kaki wooooooihh.
sekali sekala boleh makan.
kalau selalu “sweet pee” nanti aiyokk hahaha.
ayu kata manis sampai ke jantung. kahkahkah.
babah makan pun tak habis.
konfem takut kena potong kaki ngeh3.

itu saja cerita desert buatan ummi ilhams.
alhamdulillah hari ke 15 berpuasa, masih gigih memasak dengan air tangan sendiri.
hari ke 18 je periuk belanga berehat sebab dah janji nak berbuka di luar bersama besan ekeke.

ok, next menu pleaseeeeee.
Winking smile

Love,
Ummi Ilhams

You Might Also Like

0 Th♥ught (s)

Thanks 4 ur comment.. peace!

Advertise with us!