Ilham Learning Phase

Lawatan Abang Ilham Ke Muzium Nenas, Pontian

Monday, June 13, 2016

cerita penghujung bulan Mei. Tadika Ummu Mukmin & Aulad Ilmiyyah buat lawatan sambil belajar ke Muzium Nenas, Pontian. masa first time cikgu bagitahu je abang ilham macam jual mahal. lagi2 bila mommy ngah dan mama cu ejek2 dia nanti bawa balik nenas. lagilah hangin satu badan mamat tu. ummi balik kerja tanya dia pun dia marah cakap “mana ada cikgu nak pergi muzium.. ilham tak nak pergilah ummi” hahaha. ilham lah ilham.

lama2 ummi pujuk2 eh dia pulak excited terlebih nak pergi muzium nenas. sebab ummi cakap jannah.. ammar semua pergi. takkan ilham sorang2 je tak nak pergi. lagi pun kan ilham teringin sangat nak naik bas. haaaa kan best cikgu bawa naik bas. dengar perkataan bas tu teruslah bertambah teruja. siap tanya ummi.. “ummi bas tu colour red ke blue?” hmmmmmm.. ummi termenung kejap nak menjawab. dalam hati ni berkata, mestilah bas sekolah warna kuning kan. eh kuning ke oren tu ek. ahhh bedal! “ummi rasa bas sekolah colour yellow lah ilham”. jawab dengan yakin walaupun ummi tak tahu cikgu sewa bas warna apa. muka ilham macam percaya macam tak percaya sebab dia macam nak suruh ummi bagi jawapan red or blue hahaha.

hari2 asyik tanya bila nak naik bas. ummi cakap ilham settlekan dulu exam 17-19 mei baru cikgu bawa naik bas. excited sampai tak hirau exam pun. sebenarnya dia tak faham pun exam tu apa hehehe. ummi dan babah tak harap apa2 pun abang ilham. tak paksa pun abang ilham study hard. ummi dan babah tahu abang ilham baru nak berjinak2 dengan dunia sekolah. jawablah apa termampu hehehe.

masa hari ahad sebelum hari rabu 27 mei nak ke muzium, balik sekolah dia bagitahu ummi. “ummi cikgu kata balik rumah mandi.. pakai baju sukan baru pergi naik bas”. sambil2 tu dia terus buka baju cakap nak mandi. ummi yang tengah masak ni mengiyakan je lah. baguslah kalau nak mandi, mungkin dia rimas. sekali tengah2 syok masak, dia turun ke dapur.. tunjuk kat ummi dah siap pakai baju sukan. “ummi cepatlah hantar saya pergi sekolah.. nanti kawan2 tinggalkan naik bas”. ya ampun.. belum lagi nak oi. hari rabu, ni baru hari ahad. puas jugalah memujuk. lama2 dia pasrah salin baju semula.

eh panjang mukadimah ummi ilham ni kan. well gini lah kalau dah start merapu. ok hari yang dinanti dah tiba. babah first day kerja pagi, so memang tak sempatlah nak hantar abang ilham ke taman nusantara. ummi je lah yang hantar abang ilham sebab semua pelajar akan berkumpul di Tadika Ummu Mukmin.

20160525_075452

bahagialah sangat tu kalau dpat berdua2an dengan ummi. ummi ajak wefie, dia buat muka macam tu pulak. grrrr.. babah photographer tapi anaknya tak suka bergambar hehehe. ada kaitan tak? Smile with tongue out

20160525_085701

alhamdulillah sempat sampai sebelum jam 8am. tapi bas masih belum sampai. anak2 UMAI semua diminta berkumpul ikut kumpulan masing-masing. bila tengok ada ibu2 lain yang menunggu, ummi pun over juga lah nak tunggu abang ilham naik bas. bas sampai lewat dalam jam 8 lebih.

20160525_085749

sebaris2 cikgu lepaskan masuk bas ikut cikgu pengiring masing2. ni anak2 tadika ummu mukmin.


20160525_085925

yang ini anak2 taska ummu mukmin..


20160525_090007

baru sampai turn anak2 tadika aulad ilmiyyah..


20160525_090015

muka excited memasing.. sampai tersungkur2 nak berjalan Smile with tongue out


20160525_090035

cikgu suruh jalan macam keretapi hahaha.


20160525_090038

ummi panggil nama dia.. mak orang lain di tengoknya..


20160525_085721

20160525_085835

beratur tunggu cikgu susun kedudukan dalam bas..


20160525_090040

ecehhhhh.. abang ilham ni..


20160525_090043

20160525_090052


sabar je lah cikgu2 melayan kerenah anak2 murid ni kan. memaasing excited nak naik bas.


20160525_090156 (1)

tengok muka abang ilham senyum kambing. mata melilau cari kelibat ummi.


20160525_090145 (1)


dah masuk dalam bas pun masih terjengah2.


20160525_090339 (1)

ummi nampak kepala abang ilham terjengah2 tu ha. nak tunjuk kat ummi dia dah masuk dalam bas la tu.


20160525_090423


babai.. abang.. take care.. selamat belajar.. ummi pun teruslah pecut masuk office.
sekejap cikgu send kat group whatsapp gambar anak2 dalam bas.


ilham peace

tengok tu babah.. anak babah bersemangat peace kata dia.. kopiah senget benget.. jambul terkeluar adoiii la anak.


ilham duduk dengan anaqi.. sorang lagi tu ummi tak kenal hehehe.


MN1

ni kawan2 ilham.. yang ummi kenal ammar kat hujung tu dan adam je..


MN3

yang ni ummi kenal jannah jek.. sebab ilham suka jannah..hahahaha

kat bawah ni gambar2 diorang masa dah sampai di muzium.


MN7

MN8
MN

alahai comel2 jek pelawat2 ni..


MN9

apalah yang abang ilham terjengah2 tu.. muka tu konfem dalam bas tidur.. sepet semacam matanya.


benang dari nenas

faham ke tak tu anak2 oii.. masing2 ternganga.. hehehe


bowling nenas


cikgu snap gambar ammar je.. gambar ilham tak nampak bayang.. ni game bowling nenas.. hehehe.

gambar2 di atas semua daripada cikgu2 UMAI. thanks ye cikgu2. rombongan encik ilham sampai di taman nusantara lebih kurang jam 12 lebih. masa tu ummi dah pesan mama cu dan mommy ngah untuk standby jemput ilham balik. bila ummi balik kerja tanya pasal lawatan ke muzium.. amboi tak cukup nafas dia bercerita.

“best saya naik bas.. boleh tak saya nak naik bas lagi ummi?”
”ilham tak kencing pun dalam bas.. ilham tidur je”


hahaha.. sempat dia tidur beriyakan. padahal dari gelang patah ke pekan nenas tu bukanlah jauh mana. menurun ummi dia betul masa zaman study. pantang masuk kereta konfem padam hahaha. sekarang pun kadang2 macam tu juga Smile with tongue out
alhamdulillah feedback dari ibu bapa anak2 UMAI di whatsapp, anak masing2 memang teruja dapat ilmu bau di muzium nenas. masing2 tak habis2 excited bercerita. harap2 next year ada lawatan ke tempat lain pulak ye cikgu. sekian cerita ummi ilham.

You Might Also Like

0 Th♥ught (s)

Thanks 4 ur comment.. peace!

Advertise with us!