My Hero Kechik - Ilham Syahmi

14 July '16 | Ilham Syahmi Turns 5!

Thursday, July 14, 2016

IMG-20160604-WA0019

happy 5th birthday hero nombor 2 ummi..
makin besar dah anak ummi ni.
makin besar makin banyak akal.
buat apa pun ada je alasan yang kekonon kukuh dia bagi.
ilham yang banyakkkkkkkkkk sangat ilhamnya.
suka menyanyi.. berangan menyanyi sambil main gitar babah.
sampaikan adik pun terikut2 gaya abang.
latest favourite song.. lagu “sudah ku tahu”
tapi dia pandai2 tukar tajuk lagu tu..
dia kata lagu tu lagu “sayang aku kau lupa, aku kau luka”
hambooooiii bang.. panjang benor tajuk lagu tu ye.

ummi dah bagitau dia awal2 thursday birthday ilham.
tanya juga dia nak kek apa? sebab ummi plan nak celebrate kat sekolah.
dia kata dia nak kek ninja turtle.
maka berdezuplah ummi order dengan ibu ammar.
kebetulan juga cikgu UMAI nak buat jamuan hari raya untuk anak2 UMAI.
tunggu nanti ummi minta cikgu snapkan gambar2 dia ye.

IMG-20160604-WA0018


buat muhammad ilham syahmi bin mohd nazir..

”semoga menjadi anak yang soleh, yang taat pada perintah Allah, Rasul, babah dan ummi. semoga jadi anak dan abang yang bertanggungjawab. semoga berjaya dunia akhirat. semoga jadi anak yang mendengar kata, lembut hatinya. ummi sentiasa doakan yang baik2 untuk abang ilham. we love u to the moon and back. jaga nama baik ummi dan babah ye sayang. ummi minta maaf sebab belum jadi ummi yang sempurna untuk ilham. kalau ummi tercubit tu sorry ye Smile with tongue out

last but not least..
nanti ilham request nak hadiah apa.. tapi minta pada babah la ekekeke.. ummi belanja makan je hehehe.

xoxo,
ummi, babah &adik syamil
140716

You Might Also Like

0 Th♥ught (s)

Thanks 4 ur comment.. peace!

Advertise with us!