Dari Dapur Hernee Nazir

DDHN | Resepi Daging Goreng Pedas Korea

Friday, July 15, 2016

IMG_20160702_200858
hujung2 ramadhan, terjumpa resepi ni.
bila tengok gambar adoiiimakkkk kecur betul air liur hahaha.
nekad jek nak masak.. walaupun dalam hati fikir “aku makan sorang je lauk ni”
memang tak rasa pun babah ilhams nak makan lauk ni.

sekali dah masak, ehhhh sedap kata kauuuu.
babah pun kata sedap.. cumaaaaaaaaaaaaaaaa.
boleh jadi tercabut gigi kata dia. kahkahkah.
marinate tak lama, lepas tu terus goreng.
jam masa tu pulak dah hujung2 nak berbuka.
jadi manalah sempat nak jerang dalam pan lama2.
tapi walaupun keras kojol, habis licin tau.
sedap yang amat. resepinya la.
bukan saya kata saya masak sedap hahaha.
esoknya hakak repeat menu yang sama uolls.
tapi kali ni marinate lama dan rebus daging separa masak.
haaaaaa barulah empuk. tapi tak empuk pun sedap je.
liat2 gitu memang saya suka hehehe.

ok jom tengok resepinya.
credit resepi dari blog Eny Abdullah

Bahan-bahan

800 - 1000 gm daging , dihiris sederhana tebal
2 pokok daun bawang dipotong memanjang
1/3 kobis, dipotong
2 ulas bawang besar, dibelah 8
4 biji cili hijau, dipotong
1-2 sudu besar bijan
Minyak untuk menumis

Bahan Perap
2-3 sudu besar serbuk cili - kalau nak pedas boleh tambah lagi
3 sudu besar gula perang - atau gula biasa pun boleh
4 ulas bawang putih, dicincang
1 sudu besar minyak bijan
1 sudu besar halia yang diparut
1/3 cawan kicap cair
2 sudu besar sos tiram - saya tambah

Cara penyediaan

Perap daging dengan bahan perap selama lebih kurang satu jam atau lebih
Panaskan minyak dan masukkan daging yang diperap. Goreng seketika. Masukkan sedikit air jika perlu untuk mempercepatkan proses melembutkan daging
Apabila daging empuk, boleh masukkan kobis dan bawang besar. Masukkan garam jika perlu.. Masak lagi seketika hingga kobis empuk.
Hidangkan dengan nasi panas.
Masukkan daun bawang, cili hijau dan bijan. Kacau rata dan sedia untuk dihidangkan

kalau babah suka makan makanan korea,
maknanya boleh la ummi try resepi2 lain kan.
hahahaha. padahal sendiri yang nak makan.
tapi masak apa pun saya memang kena consider tekak suami dan anak2.
kang saya beriya masak dorang tak nak makan. tak ke haru hehehe.
tunggulah muncul ke tak resepi korean foods dari ummi ilham.

okbai!

yang benar,
bukan peminat k-pop

You Might Also Like

0 Th♥ught (s)

Thanks 4 ur comment.. peace!

Advertise with us!