Foods Review

Foods Review | Cendol Durian @ Kg. Seri Bunian, Pontian

Tuesday, July 12, 2016

cerita beberapa minggu sebelum bulan puasa.
nak buat review masa bulan puasa takut dikatakan kejam hehehe.
so kita reviewlah dalam bulan syawal.

hari berdating ummi dan babah.
sebenarnya ada banyak urusan kebetulan babah off day.
jadi ummi ambil kesempatan untuk settlekan urusan2 bank dan ptptn.
lepas urusan2 tu selesai barulah layan babah yang mengidam nak makan cendol durian.

tengok kekawan duk post gambar cendol durian babah ilhams pun terkecur.
mengalahkan orang mengidam seram pulak ummi rasa hahaha.
ada yang post gambar cendol durian kg. seri bunian, pontian.
malas nak cari tempat lain, kami nekad jek ke sini.
mula2 terbabas jugalah mencari mana warungnya hehehe.
sekali baru perasan warung kecil depan rumah yang ramai orang.

kami pun teruslah order sorang semangkuk.
taraaaaaa.. dah sampai..

1465788158370

cendol durian ditambah dengan pulut berwarna hijau dan pink gitu.

banyak juga aksesori lain.. kacang merah, jagung, cincau.
meriah semangkuk rm5.

1465788260612

tengok cik abang saya melepaskan rasa ngidam nak makan cendol durian.

cendolnya ok sedap. not bad. santannya pun secukup rasa.
kadang2 kita minum cendol santan cair kan.
yang ni pekat dan rasanya auwwwwmmmmm hehe.
kalau dapat durian yang rasanya lagi power mesti lagi sedap.

babah ilham kata, bila dah makan cendolnya, terus hilang feel makan durian.
maybe sebab dah bercampur aduk rasa tu.
tapi apa pun puas hatilah dengan harganya tu kan.
nasib dah redah kg. seri bunian kedainya buka.
kalau kedainya tutup, memang harulah postponed ngidam hahaha.
sebut ngidam banyak kali, bukan bermakna syamil nak jadi abang ye.
belum lagi hehehe. ni babah yang ngidam bukan ummi.

ummi babah

last but not least.. belanja gambar dating berdua.

ramai orang kata muka kami seiras.
kata orang2 tua kalau muka seiras jodohnya kuat.
mudah2an inilah suami pertama dan terakhir dalam hidup saya.
mudah2an Allah pelihara hubungan kami suami isteri.
semoga jodoh kami hingga ke akhir hayat dan dipertemukan semula di syurga.
aamiin.

You Might Also Like

2 Th♥ught (s)

Thanks 4 ur comment.. peace!

Advertise with us!