Family's Birthday

Ilham's Birthday Celebration @ Tadika Aulad Ilmiyyah

Thursday, July 14, 2016

IMG-20160714-WA0001

tercapailah cita2 abang ilham nak kek ninja turtle.
ummi order kek simple2 je untuk celebrate dekat sekolah.
lagi pun abang ilham bukan makan pun kek tu.
ikut plan asal cikgu2 UMAI nak buat jamuan hari raya hari ni.
oleh kerana masalah ketiadaan bekalan air berlanjutan cikgu postponed.
tapi plan ummi ilham tetap diteruskan.

ummi bagitau dia, ummi dah order kek ilham dengan ibu ammar.
dan macam biasa dia punya excited asyiklah bertanya bila nak “happy birthday to you ilham”
malam tadi dia cakap.. “ummi.. tadi kan ilham tanya ammar mana kek ilham.. ammar kata kek tak ada pun”kahkahkah.. terus tergelak ummi dengar.
adoiii la anak. biarlah mak dengan mak jek yang uruskan kek awak tu.
mom to mom talk gitewwwww.
tak payah la awak anak2 nak sibuk mintak update kek tu. hahaha.
manalah ammar tahu ibu dia dah siapkan ke belum kek nya.

ummi dah siap2 whatsapp cikgu fatin.
minta uruskan kek tu semua nanti.
ummi tak dapat join sekali, dan mintak cikgu fatin snapkan gambar.
thanks cikgu fatin. gambar2 kat bawah ni semua ihsan cikgu fatin.
cikgu fatin kata, susahnya nak ambil gambar ilham hahaha.
well.. mak dia dah redho lagi pasghah.
nama jek babahnya cameraman tapi anaknya tak suka pun bergambar.
kecil2 dulu suka la.. dah besar seksa sikit hehehe.

IMG-20160714-WA0019

jenuh ummi google gambar terbaik ninja turtle untuk buat edible image.
bila tunjuk kat dia.. dia komplen.. “saya kan nak lego ninja turtle”.amboiii kan main lagi demand. babah kata jangan bagi pilihan kat dia.
tak payah tanya order je hehehehe.

IMG-20160714-WA0020

beriya awak nak potong kek. tapi mata tak tengok pun kamera.

IMG-20160714-WA0023

banyak2 gambar ni je yang dia tengok kamera dan senonoh sikit gambarnya.
hai lah ilhammmmmmmm.

IMG-20160714-WA0025

tengok tu.. kawan2 semua beriya posing.
dia selamba kodok tunjuk penumbuk gitu.
ramai kawan2 tak datang sekolah hari ni.
termasuklah jannah awek angkat ilham hahahaha.

IMG-20160714-WA0021

lagi buat peel.

IMG-20160714-WA0024

sabar je lah ye cikgu melayan ilham syahmi.
nasib baik ammar tak join sama buat muka.
selalunya dorang ni 2 kali 5 je suka photo bomb gambar2 hehe.
kali ni ammar control hensem hehehe.

IMG-20160714-WA0022

tak ada apa sangat pun ummi bekalkan makanan tadi.
cuma air kotak yang babah belikan dan karipap order dengan ibu azie.
plan nak bagi goodies bag isi makanan2 lain.
tapi fikir2 dari pandai2 bagi anak orang jajan.
baik bagi makanan yang mengenyangkan untuk dorang.
air kotak tu sah2 la abang ilham tak minum pun.

alhamdulillah settled janji ummi untuk ilham potong kek dengan kawan2.
nak janji buat birthday party memang tak berani.
takut tak cukup bajet hahahaha.
tunggulah apa dia nak cerita kat ummi nanti.
petang ni kita pergi celebrate birthday ilham berempat ye.
jangan kata nak makan nasi kuah lagi sudah.
nasi kuah tu nasi lauk tomyam kat barami seafood taman nusantara.
dia suka bebenor lepas tu pepandai bagi nama hahaha.

ok, doakan ummi konsisten update blog.
banyak nak cerita hahahaha.

You Might Also Like

0 Th♥ught (s)

Thanks 4 ur comment.. peace!

Advertise with us!