Family's Birthday

Ilham's Birthday Dinner Treat At Boat Noodle @ Teh O Ice 50Cent

Friday, July 15, 2016

tak habis2 lagi kan story pasal birthday abang ilham.
hahahaha ada ummi dia kisah.

semalam plan punya plan dengan babah, kami decide nak belanja abang ilham makan.
mula asal nak makan kat johnnys, tapi babah kata takut tak sempat.
malam babah nak join kumpulan marhaban KRT desa paya mengkuang.
babah kata kita makan kat saujana jek.
tapi sebenarnya ummi memang dah siap2 ada plan B.
well you know me hahaha.
yok kita makan2 kat boat noodle yok.
sejak puasa memang tak makan kat sini.
babah on je. cuma ilham tu la problemo sikit,
tak ada menu yang menarik hati dia kat boat noodle.
pujuk2 ok je tapi ada syarat, nak pinjam handphone babah.
Smile with tongue out

ehhh chup2.
ni birthday siapa ni?
apa pasal ummi yang over buat keputusan ikut tekak sendiri ni?
krik..krik..krik..

20160714_185053
inilah birthday boy yang terpaksa redho dengan pilihan ummi dia ngeh3.
sudahnya dia tak nak makan. dia kata dah kenyang makan kat rumah opah.

20160714_184453
dia suruh babah belikan air milo kat kedai sebelah.

20160714_184952
maka ummi pun mengorderlah menu2 favourite kami tanpa rasa bersalah sebab birthday boy tak nak makan hahaha.

20160714_185045
kerang rebus..

20160714_185223
ummi punya.. boat noodle pisek beef.
big bowl terus, meleceh jek nak bowl kecil2 tu hehehe.

20160714_185148
babah punya.. nasi kerabu ayam yang sedap!
kami memang peminat nasi kerabu hehehe.
sempat ngecek sesudu ecehhhh.
alahhh babah pun ngecek boat noodle ummi gak.

IMG-20160714-WA0038
 menu mesti order.. pulut mangga. nyum3.
air kami order teh o ice 50 sen jek 3 cup.

ada order tambahan.
keropok ikan 1 set untuk adik syamil.
sambil2 tu babah suap dia nasi kerabu.
abang ilham tapau nasi kukus ayam goreng berempah.
standby kot2 sampai rumah dia lapar.
ehhh macam ada lagi order tambahan, hmmmmm..
tapau sebungkus nasi kerabu ayam untukkkkkkkk.. ummi ilhams.
ekekeke. dah selesai bedal boat noodle, tetiba rasa macam kenyang tak padat.
hahahaha matilah berat naik semula.
babah kata tapau lah standby makanan kat rumah.
apa lagi.. melajulah order nasi kerabu ngeh3.
thanks babah yang prihatin, dia tahu ummi kena banyak makan.
sebab nak menyusukan anak kesayangan dia ekekekeke.
baik punya ayat cover line.
Open-mouthed smile

oklah sesiapa yang belum pernah mencuba jom.
try menu di Boat Noodle @ Teh O Ice 50cent, Gelang Patah ni..
bolehlah la jengah2 sambil isi perut.
setiap kali kami datang tak pernah tak ada orang la.
sebab memang sedap makanannya.
tak percaya cubalah sendiri hehehe.
akhirnya dah berkali2 makan baru terkeluar entry review hehehe.

Boat Noodle @ Teh O Ice 50cent, Taman Nusantara, Gelang Patah

address:
no 58-01 jalan nusaria 11/4 taman nusantara, 81550 Gelang Patah

for reservation/ order  boleh call 07-5701797

Opening hours
 

Mon/ Wed/ Thu/ Fri:11:00-22:00
Saturday:15:00-23:00
Sunday: 15:00-23:45
      20160714_184210

20160714_184244

20160714_184231
list menu yang sempat disnap sebelum handphone di kidnap.

lepas siap makan jek teruslah balik.
babah dan abang ilham nak bermarhaban.
malam ni turn rumah kami, balik ni ummi kena bersilat kat dapur.
menu? hmmm.. kue tiaw goreng, karipap ibu azie, kuih raya.
ok nanti ummi update lagi.

stay tuned!

You Might Also Like

0 Th♥ught (s)

Thanks 4 ur comment.. peace!

Advertise with us!