Family

#Raya2016 | Beraya Rumah Tok Ayah :)

Friday, July 22, 2016

cerita beraya di rumah tok ayah ilhams.
ecehhhhh macamlah jauh sangat rumah tok ayah tu kan.
sekangkang semut jek. jerit pun dengar dari rumah hahaha.
balik kerja dah memang sah2 tak masak sebab nenek ajak makan kat rumah dia.
ikutkan plan mommy ngah nak suruh beraya ke rumah dia sekali.
memang request sesiap nak makan nasi impit, lodeh, ayam masak merah.
tapi kalau dah dua2 masak konfemlah senak perut nak menghabiskan makanan.
lagi satu macam tak dapat feel gitu. hehehe.
so kita pilih rumah tok ayah dulu, rumah mommy ngah tukar malam lain.

1468465873517
babah ambil peluang tengok bola sekali hehehe.
JDT lawan apa entah tak ingat.

1468465959353
beriya ni ha memasing menatap tv.

1468466266438
eh berkenan pulak tengok lampu nenek yang cun melecun tu.
pandai nenek deko rumah. simple dan menarik.

1468466175315
tunggu tok ayah tak balik2 kerja.
jadi nenek suruh kami makan dulu.

1468466154429
kus semangat rezeki lauk.
asam pedas, udang goreng, sayur2, telur dadar.
penambah selera ikan masin. yummeeehhhh.
thanks nenek masak sedap2 semua.. burppppp kenyang.

1468466193575
mak wee.. budak kuat berangan.
bukan main melentok lagi bila orang nak ambil gambar dia kan.

1468466210817
lagi 2 orang tu senyap2 duduk dalam bilik. sorang khayal main henpon.
nasib baik ada bibik upahan tolong tengok2 kan bebudak.
aman sikit ummi babah nak makan hehehe.

1468466236427                                                                                              
tak lama lepas kami habis makan tok ayah pun balik.
lepas habis bola baru lah kami balik.
babah borak2 dengan tok ayah sambil ummi terlelap kat bilik.
hahahaha. ngantok gila mata.

** bulan raya ni memang haru la.. rasanya bakal mengetat lagi sebahagian seluar2 ummi..
tak pe lepas raya kita jaga makan semula ekekeke.

You Might Also Like

0 Th♥ught (s)

Thanks 4 ur comment.. peace!

Advertise with us!