Foods Review

Foods Review | Dinner @ Adam Steamboat & Grill, Taman Nusantara

Friday, August 05, 2016

FB_IMG_1470204996725
kalau tak cerita pasal makan bukanlah hernee namanya hehehe.
port makan terbaru.. Adam’s Steamboat & Grill, Taman Nusantara, Gelang Patah.baru je try malam Ahad lepas. mana saya tahu ada port makan steamboat ni?
ooo masa beraya ke rumah dida, sedara dia duk sebut2 steamboat baru belakang pasaraya everjoy.
peminat tegar setamboat and grill haruslah alert kan hehehehe.
malam tu terus dapat idea nak try. nak ajak babah, dia ada training volleyball pulak.
hmmmmm mangsa seterusnya haruslah mama cu.

1469926956761

haaaaa ni lokasinya, berdekatan dengan pasaraya everjoy.

Adam Steamboat & Grill 
Address: No, 14, Jalan Nusaria 1/3, Taman Nusantara, 81550 Gelang Patah, Johor.
Phone: +60 13-250 9578
Opening promo: adult – RM20 children – RM10
Operation hours: 5pm until midnight

sampai2 kami disambut oleh owner yang ramah tamah.
rupanya dia baru je buka 2 hari. oooo kisahnya.
dia tanya mana saya tahu ada steamboat baru ni.
saya cakaplah dari kawan.. akak ni memang suka setamboat hehehe.
tu yang cepat jek nak cuba.
1469927066129
setakat yang saya pergi.. memang banyak pilihan menu.
ada nasi goreng, mee goreng, buah2an untuk ruangan belah kanan.

1469927122213
tengah2 ni pulak aneka bahan2 steamboat. ada lebih kurang 30++ jenis.
hujung sana seafoods dan perapan ayam, daging lembu dan kambing.
of course la ummi cekut kambing dulu.

1469927030857
ni bahagian air dan desert.. ice cream.

1469927198766
ummi sibuk memasak, abang asyik nak dengki adik.
mama cu dah macam mak lampir dah rupa nak marah ilham Smile with tongue out

1469927237661
 ha tu ha kambing2 yang bergelimpangan.
dalam tu ada seafoods dan aneka fishball/beefball segala ball2 lain.
mama cu tak nak makan.. tukang suap adik syamil nasi goreng.
ilham syok hirup kuah tomyam dan mee.
ummi makan dengan penuh penghayatan la kan.

ok, overall kuah tomyam sedap. kuah lagi satu tak rasa pulak.
owner bagi 2 2 jenis kuah sekali.
bab2 daging/ayam perap tu semua memang sesedap rasa.
paling sedap encik kambinglah hehehehe.
sampai mengulang lagi sepinggan lalalalala.
makan hati mama cu tunggu.

bila ownernya datang meja kami tanya ok tak makanan semua.
saya pun cakap ok sedap. bla bla bla.
sekali budak kecil sorang ni bagi review dia sendiri.
”sedappppp.. macam hebat sangattt” hahaha.
macam biasalah keluar ayat skema irama dia tu kan.
jujur sangatlah tu agaknya.. from the bottom of his heart hahaha.

lepas makan cepat2lah balik sebab syamil dah merengek ngantok.
insha Allah akan repeat lagilah nak makan pepuas lagi hehehe.
ayat atas ni tuju kat babah, dengan harapan dia baca entry ni Nyah-Nyah

p/s baru perasan entry hari ni banyak review punya entry hehehe.

You Might Also Like

0 Th♥ught (s)

Thanks 4 ur comment.. peace!

Advertise with us!