Products Review

Product Review | Kalsom Klasik Kurung Aquamarine By Mumsluv

Friday, August 05, 2016

ahhh mak tak kira. raya dah tamat pun tetap nak siapkan draft2 yang beratur. hehehe.
ini nak cerita pasal baju raya ummi ilham. sejak 2011 baju raya ummi tak boleh selfish untuk cantik sendiri. (cantik ke???)

baju raya ummi haruslah menepati ciri2 mak2 menyusukan anak ye.
baju yang mampu menutup aurat supaya dapat memenuhi keperluan budak cenonit sorang tu.
bila baju melayu 3 orang hero tu dah dijumpai dengan warna tema yang last minute punya fikir.
maka ummi pun mencuci mata secara online. klik sana klik sini.
terjumpalah nursing kurung kalsom klasik dari website mumsluv ni ha.
warna macam lebih kurang sama dengan warna baju2 melayu diorang.
terus snap dan forward ke babah. ada 2 pilihan dan babah kata yang ni ok.
haruslah dapatkan nasihat dari orang yang nak belanja kita baju kurung tu kan hehe.
IMG_4300-1200x1800
Kalsom Klasik Kurung Aquamarine by Mumsluv.siap berdokoh bagai tahun ni ye hahahaha.
rm169 tengah sales masa saya beli tu.

20160627_164401
tak lama menunggu selang 2 hari sampai sudah baju raya ummi. yeay!

20160627_164540
masa baca tu tengok ukuran kena ambil besar sikit.
sebab slim fit takut pulak kang sendat lagi haru.
bila check2 stok size tinggal XL jek hmmmmmmm.
nekad la ambil dengan harapan nanti boleh alter sikit2 sendiri.
sekali sampai gulppppppppp saiz terbesar le makcikkkkkkkkkkkkk.
(eh itu maknanya ummi ilham dah kurus la kan..ngeh3)
biru sekejap muka.. takut kena bebel 7 hari 7 malam dengan babah ilhams.
alhamdulillah nasib baik ada nyonya nak terima alter baju ni.
kalau tak babah kata ummi beraya pakai tshirt dengan kain batik jek hahaha.

dan hasil di pagi raya.
taraaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa..

20160706_110652
eehhhh manisnya mak siapa tu berbaju kalsum hahahaha.
warna tema yang berbagai ton hahaha.
gasaklah janji sekali imbas nampak macam sewarna gitu.

baju ni kalau tengok dari fizikalnya nampak kainnya panas dan tebal.
tapi bila dah sarung tak lah memanaskan pun kecuali ko berdiri tengah2 panas hahaha.
materialnya quality soft-crepe. so far ok la pada saya cuma silap size tu salah sendiri hahaha.
memang sangat2 memudahkan saya untuk menyusukan syamil sepanjang tempoh beraya.
next raya dah boleh jeling2 lagi koleksi mumluv hehehe

20160706_105511
ok gambar sampingan.. hero2 kecil ummi yang susah nak bergambar di pagi raya.
adik songkok kelaut mana entah. kain samping recycle abang punya.
kain samping abang pun recycle tahun lepas punya ahahaha.

akhir kata, pilihlah baju menyusu yang selesa dan menutup aurat dengan sempurna.
”ibu bergaya anak ceria” eceeeeeewaaaaaaaahh.

xoxo | ummi ilhams

You Might Also Like

0 Th♥ught (s)

Thanks 4 ur comment.. peace!

Advertise with us!