Hari Melawat Kawan2 Di Zoo Johor ;p
seperti yang dijanjikan ahad nak bawa hero2 kecil kami melawat kawan2 di zoo johor.
lepas zohor, makan2 siap2 terus keluar. nekad walaupun cuaca macam nak hujan.
dalam perjalanan tu dah mula hujan rintik2.
babah cakap kat ilham “macamana ni am hari dah hujan”
dia kata “tak apa bah.. kita tunggu je dalam kereta”
hahahahaha.. animals punya pasal sanggup tu. ada je jawapan dia kan.
alhamdulillah sampai2 hujan tak lah lebat pun gerimis halus2 je.
tiga2 hero haruslah pakai topi nanti tak pasal2 demam kena hujan.
ada bahagian depan zoo yang diubahsuai jadi tak boleh guna laluan utama.
so kena start lawatan sambil belajar ke kawasan itik gembo2 dulu.
sebenarnya kannnn kannn.. ilham kata kali ni dia pergi zoo nak jumpa elephant, giraffe and pig.
hmmmm.. elephant giraffe ok lagi.. tang pig tu sah2 tak ada.
nantilah ummi bawa ilham lepak tepi semak dekat jalan kampung.
kita tunggu pig melintas jalan
ok kita teruskan pengembaraan kita ye anak2 hehehe.
jom tengok angsa sedang menyudu2 ikan2 keli dalam air.
confident je ummi kata ikan keli hahahaha.
bila tunjuk kat adik itik tu dia pun.. “wahhhhhhh.. wahhhhhhh.. duck”ni lawatan kali ketiga abang ilham dan kali kedua untuk adik syamil.
masa pertama kali datang adik tak faham apa2 lagi.
itu dia memerang.
ummi banyak snap gambar haiwan untuk ulangkaji sampai rumah nanti.
“ummi ni flamingo.. flamingo..” kata abang ilham.
khayal tengok animals kiri kanan.
adik relax2 je ummi back carry.
dia dah tak seriau back carry senang sikit nak jalan2 bandung next month hehe.
ni adik beradik ostrich kot lupa pulak nama.
babah dah jadi pemandu pelancong abang ilham.
flamingo lagi.
“ummi kenapa hypo tu tak nak balik rumah dia?”
”ooo dia memang suka duduk dalam air.. nanti lepas ni dia masuklah rumah dia”
crocodile tengah bersantai. “uissshhh.. wahhhh” kata syamil.
next kita ke kawasan jajahan ostrich, seladang dan rusa.
“ummi ni buffalo kan?”
”ye betul.. ni buffalo dari india”
“hmmm.. macam tak lama ilham tak pergi zoo”
sila buat2 faham dengan ayat ilham yang tonggang terbalik tu ya bahaha.
adik buat apa tu? hehehe.
“babah.. ilham nak beli sayur nak bagi animals makan”
babah pun belilah seikat kangkung rm2.
bila suruh dia bagi makan ehhh ehhh, tak nak pula.
babah buat demo.
pun dia tak nak bagi, takut katanya.
cesssssssss tadi beriya sangat kan.
cuba tengok adik ni.
adik berani tu bagi makan kangkung. yeay!
kesian yang lain2 pun lapar juga.
jom kita patah balik dan naik ke atas pula.
syamil tengah kagum monkey senyum2 kat dia hahaha.
pandai pula tu monkey ni senyum hahaha.
yang ni malu2.
spesis yang ni agak seram rupa dia.
yang comel cenonit ni tak ingat nama dia. tapi macam seram tengok.
tunjuk kat adik.. “wahhhh.. fish.. fish..” kata adik.
burung enggang.
ular albino.
”ummi.. ummi ini fox”
sampai depan kandang kancil.. dia terus membuang hajat hahaha.
tak sabar2 nak ke sangkar parrot.
terdongak adik nak tengok bird.
”ummi kenapa peacock ni dia tak kembang?”
”ooo sebab dia sekor jek.. tak ada kawan yang lain”
dalam hati eh fakta ke auta ni.
seingat ummi merak jantan akan mengembangkan ekor dia tu bila nampak merak betina.
kebetulan memang dia sekor jek ada kat situ jadi taklah dia mengembang.
kira jawapan ummi sangat selamat hahahaha.
ini kura2 mas nama dia. banyak betul di celah2 pokok merayap terkedek2.
sampai ke kawasan camel ilham excited nak bagi makan.
mula2 macam ala tak payah la tengok je bukan ilham nak bagi pun.
ehhh dia beriya juga nak, jadi babah belikan seikat lagi kangkung.
jengjengjeng..
macam ye tak ye.
berani dalam takut hahahaha.
kepala camel tak sampai nak ambil kangkung.
babah tolong dukung abang ilham nasib baiklah awak tu ringan hahaha.
wahhhhh makin berani.
syabbasssss bete! hehehe.
bangga gila bila dah siap bagi camel makan.
next kita skodeng encik tapir yang sedang tidur hehehe.
sampai ke kandang harimau adik nampak excited.
akhir2 ni dia memang suka sangat buat bunyi tiger.
”adik.. macamana bunyi tiger?”
”auwwwwmmm..” dengan suara manja dia tu.
”alahaiiii sopan betul tiger ni kan”
seriaunya la hai kalau tercampak dalam kandang tiger ni.
babah ajak pusing ke kandang lion, tapi ada budak tu dia tak nak.
muka cuak habisssss.
dia tak nak sebab dia takut kami bawa dia ke kandang chimpanzee.
”babah.. jom kita balik.. ilham takut.. nanti kalau chimpanzee baling batu lagi camana?”kesian abang ilham, trauma lagi peristiwa 2 tahun lepas hehehe.
peristiwa di baling batu oleh chimpanzee.
boleh baca ceritanya disini **Lawatan Sambil Belajar Ke Zoo Johor**
sempat jengah lembu sebelah kiri.
ehhh ehhhh bagi peluang babah dan ummi nak wefie sekejap.
cekonon berdua, padahal ada sorang kat belakang ummi tu terlindung hehe.
jengah lagi ada bear tengah berjalan2.
ilham tanya “ummi mana polar bear?”
”kat sini tak ada polar bear la ilham”
”ooo polar bear ada kat snow eh ummi”
amboi kan main bergayut.
lepas pusing2 kandang2 atas kami turun semula ke bawah.
ada orang minta upah aiskrim.
hmmmm.. aiskrim apa lagi kalau bukan aiskrim traffic light.
adik pun jamah la sikit aiskrim mat kool.
abang ilham nak main kat playgorund tapi baru lepas hujan masih basah dan licin.
lepas makan aiskrim ummi jengah kandang gajah.
so sadddddd.. sob.. sob.. sob..
kandang gajah masik krik2.
dah 3 kali datang, gajah masih tak balik2.
lama betul gajah pergi training nak naik pangkat mungkin.
atau pun gajah training belajar bercakap kot hahahaha.
hampa lagi ilhammmm. nanti kita pergi zoo lain ye.
itik spesis apa ni entah tengah berenang sambil menyudu2 ikan.
dah nak balik, sampai ke kawasan di bawah ni ummi nak wefie la 4 beranak.
kebetulan ada couple ni lalu depan kami.
yang lelakinya sudi pula volunteer snapkan gambar kami berempat.
angan2 ummi nak bergambar 4 beranak memang tinggi.
hakikatnya anak yang sulong tu hmmmmmmmm.. macam biasalah.
buat perangai tak nak bergambar walaupun masih menyelit dalam gambar.
sabar je lah cameraman tak berbayar kami tu kan tengok perilaku budak belakang tu.
ilhammmm.. ilhammmmm.. nanti orang ingat ummi babah anak tirikan ilham hahahaha.
untuk adik yang snapkan gambar, thanks bebanyak ye dik.
babah la ni terlupa bawak action cam dia hmm.
sebelum masuk kereta ummi suruh babah snap gambar kami bertiga.
adik steady jek nak buat peace tak jadi tu.
abang dah la tak nak bergambar dia mengacau kami bergambar.
sudahnya babah snap jek lah hahahaha. redhoooooo.
misi ke zoo kali ni nampaknya tak dapat memenuhi hasrat ilham.
gajah tak ada.. zirafah pun memang tak ada.. pig apa lagi memang tak ada.
tapi dia enjoy je.. belum pun keluar zoo dah cakap nak datang lagi.
hambooooooooiiiiiii.
sampai rumah apa jadi agak2nya ye dengan 2 hero kecil ummi ni?
taraaaaaaaaaaaaaa..
sorng terbongkang atas sofa tak sedarkan diri.
sorang lagi terbongkang dalam bilik.
masing2 kepenatan melawat haiwan2 di zoo hahaha.
ummi dan babah minum petang cekodok, pisang goreng dan keledek goreng.
malam sesi ulangkaji tengok gambar haiwan hehehe.
alhamdulillah, masih diberi peluang menghabiskan sisa2 hujung minggu dengan anak2 dan suami.
this week last ahad babah off day. next week sabtu ahad babah kerja tak dapat jalan2 siang.
kita jumpa 3 bulan lagi ye weekend yang heaven hahaha.
ok that’s all cerita lawatan anak2 ke zoo.
panjang umur ke zoo lagi menunggu cik gajah pulang
p/s masa tengah tengok monkey kannnn.. ada makcik tu dia tengok syamil kena
gendong.. masa tu ummi tengah bercakap dengan syamil.. “dik2 tengok
monkey tu” boleh pulak makcik tu menyampuk sambil cakap “aah
awak pun dah macam dia” . dia tu sah2 la rujuk kat
monkey kan. tergamak la makcik cakap anak saya monkey ek. babah tersenyum kelat
sambil tengok je makcik tu. ummi telan air liur sambil mengomel sikit hahaha.
tak apalah makcik, nak kata apa pun sekurang2nya anak saya selamat duduk di
belakang tu. ke makcik teringin nak guna baby carrier? jom saya ajar.. tak pun
jom join selat tebrau babywearers hahahaha.
0 Comments
Thanks 4 ur comment.. peace!