Family's Activity

8th Anniversary Dinner Treat @ JBorn Cafe & Bistro, Kempas

Wednesday, October 26, 2016

20161020_202955

JBorn Cafe & Bistro

No.8 Jalan Cengkerik 4, Kempas Town Centre, 81200 Johor Bahru, Malaysia
Halal Restaurant in Johor Bahru
Opens at 4:00pm – 11:00pm

(bangunan belakang @mart Kempas)
20161020_203114
alhamdulillah, setelah berhempas pulas berfikir dimanakah lokasi sesuai untuk small anniversary celebration untuk kami empat beranak, akhirnya babah pilih JBorn Cafe & Bistro. walaupun pada peringkat awal, ummi dah set otak nak ke Ejohng Concept, Taman Sri Pulai Perdana. bila babah tanya nak makan dimana, beriyalah ummi kata Ejohng dan alternatif kedua untuk ke JBorn hanya difikirkan petang sebelum ke sana hehe. sekali bila dah siap2 babah kata kita ke JBorn je lah. ok saya yang menurut perintah Smile

sesampainya kami di JBorn, nampak ramai pelanggan. tapi rezeki dapatlah tempat kosong di meja 11. yeay!
20161020_203015
my life partner.. baru 8 tahun. semoga kekal bahagia hingga ke syurga.
20161020_203037
percubaan pertama sementara menanti makanan. ummi tengok apa ke bawah tu. adik pulak menjeling ke kanan.
20161020_203039
ummi dan abang dah ok adik pulak tengok ke lain.
20161020_203040
ok pasghahhhhh. abang dah malas nak layan.
20161020_203102
babah dan adik pula. tapi kenapa ada bayang2 jari ummi di situ Flirt male
20161020_203331
ini pun kes tak berjaya memujuk bergambar. dia tengah main games.
20161020_203427
sementara makanan tak sampai2 lagi, sempatlah mata ummi melilau2 kawasan dalam cafe.
20161020_210942
memang menarik tertarik. lagi2 bila nampak ada doodle2 comel tu. interior design cafe ni memang sedap mata memandang. ok, makanan kami dah sampai.
20161020_204141
spaghetti meatball bolognese untuk ummi. harga memang tak ingat. resit mana entah babah simpan. rasa Thumbs up memang sedap uolls. homemade meatball. dah la ummi lapar, nasib baik ummi nampak baha depan mata, kalau tak memang tak merasa la babah spaghetti ni hehe.
20161020_204311
fish n chips untuk syamil. dia tak lah makan sepinggan ni. ummi dan babah ada tumpang sekaki hehe. menu ni pun sedappppppp. coleslaw dia sedap.
20161020_205510
nasi putih dan tomyam thai jborn untuk abang ilham. mula2 tomyam sampai, terus terpacul keluar.. “macam tak menarik je tomyam ni.. rupa tak ada” woihhhh jangan kau pandang tomyam itu sebelah mata ok, sekali kauh hirup kuah, baru kau tahu langit tu tinggi ke rendah. serius sedappp.
20161020_205612
babah punya menu nasi goreng seafood. malas nak cakap banyak, ngecek sesudu rasa nak bersudu2 pulak. memang sedap uolls. menu babah dan ummi tu kami cuba hasil dari review orang lain di page JBorn. nak juga tahu betul2 sedap ke. bila dah cuba ok memang tak rugi plan bertukar last minit ke JBorn.
20161020_210725
ok pencuci mulut, babah order pulut mangga. sedap juga. eh tak ada yang tak sedap eh. tak sudah makan pulut mangga, on the way ke sinki nak basuh tangan, ummi tergoda pula dengan durian crepe.
20161020_210630
macamanalah tak tergoda, cuba tengok durian crepenya bukan main gebu gebas. ambil 2 ketul rm5. eh harga durian crepe jek ingat haha. rasa? hmmmmm.. sedap gila. durian mahal ni hehe.
20161020_210949
lepas makan relax2 sekejap bagi makanan turun. budak cenonit tu, pantang ummi babah bangun nak ikut je.
20161020_203702
20161020_203802
dia buat hal dia. kejap ke depan kejap ke belakang. tak nak duduk di kerusi. anak bertuah ni. ok, alhamdulillah walaupun celebrate lambat sehari (sebab hari anniversary malam tu babah nak layan bola JDT vs Benggaluru FC) tapi kami enjoy empat beranak.

makanan di JBorn Cafe & Bistro memang awesome. deliciousssss.. yummeh.. hamboiii kata dia hehehe. ye serious, memang saya rasa sangat2 berbaloi dengan harganya. babah ilhams pun kata sedap. ummi kata ok nanti boleh datang lagi hehe. patutlah ramai orang masakannya sedap rupanya. recommended!!! Thumbs upThumbs upThumbs up lepas makan kami pulang dengan hati girang perut kenyang hehe. saya bagi StarStarStarStarStar

untuk suami tersayang.. encik mohd nazir mahat,
“semoga Allah pelihara hubungan kita hingga ke syurga.. maaf andai sepanjang 8 tahun ni belum mampu menjadi isteri dan ibu yang sempurna untuk sayang dan anak2.. semoga Allah kurniakan kita rezeki baby girl pula.. ehhhhhh???!!” Nyah-NyahNyah-Nyah

You Might Also Like

0 Th♥ught (s)

Thanks 4 ur comment.. peace!

Advertise with us!