Foods Review

Foods Review | Lunch @ Restoran Kari Kambing 40 Hari, Yong Peng

Thursday, October 20, 2016

20161002_123028
Restoran Kari Kambing 40 Hari
tepi highway PLUS area Ayer Hitam – Yong Peng
(exit tol Ayer Hitam atau Yong Peng Selatan)
Masa Operasi : 7.30 am – 3.00 pm
selama ni dengar orang cakap bestnya makan kat sini.
memang teringin nak ajak babah ilhams mencuba tapi tak plan2 bila.
sekali dia dah mencuba dengan kawan2 dia dulu masa on the balik dari MMC Games 2016.
babah kata nanti nak bawa kami pula.
dan kebetulan kami balik senggarang, singgah ke yong peng dulu.
kita pekena nasi arab kari kambing 40 hari.
20161002_122135
kami sampai dalam jam 11 pagi la gitu.
pelanggan ya ampun.
dari luar bawa ke dalam kussssss semangat ramainya.
beratur panjang gila kot.
babah la yang beratur, ummi handle anak2 sambil cari port.
yang bestnya isteri taukey melayan pelanggan penuh berhemah.
20161002_113513
sementara tunggu babah beratur panjang, ummi layan adik.
abang ilham khusyuk mewarna. nasib baik bawa bekal buku.
jadi tak lah dia boring sangat dengan keadaan orang yang super ramai.
ohhhh patutlah public holiday hehehe.
masa ni cuti awal muharram hehehe.
20161002_114049
masih mampu senyum lagi.
20161002_11405520161002_114811
tapi kejap2 dia nak memanjat atas meja.
20161002_114813
bila ada atok berjanggut tegur terus mencebek nak nangis hahaha.
boleh tahan jugalah berminit2 tunggu babah siap beratur.
dan akhirnya sepingga nasi arab kari kambing untuk ummi dan abang ilham.
sepinggan lagi untuk adik syamil dan babah.
share je sebab banyak gila portion nya.
air babah ambil air teh o ais dan air limau ais.
20161002_120329
Set 1 pinggan
Nasi Arab + Kari Kambing / Ayam
RM 12/pinggan

atau

Set  1 Dulang
Nasi Arab + Kari Kambing / Ayam
RM 45 / dulang
FREE 1 jug air

20161002_121237
ya Allah kenapalah sedap sangat ni woihhhhh.
nasi tu nampak je banyak tapi bila dah makan tu macam tak cukup pula Smile with tongue out
nasi tu rasanya makan macam tu je pun dah sedap sesangat.
ehhhh powerlah resepi chef ni hehehehe.
kari kambing tu jangan katalah. dah terasa lalu tekak ni oii.
rasa cukup2 sedap macam nak nangis sedap dia. hahaha.
adunan rempah tu memang terbaik. bau kari melekat kat tangan.
20161002_121241
babah tengah khusyuk menikmati kari kambing yang pekat likat.
syamil nak makan sendiri, layankan je lah.
memang tak rugi makan kat sini.
puas hati berbaloi2 dengan harga yang tak mahal.
dah la tak mahal sedap pulak tu ehhhhhhhhhh bah yok balik BP hehehe.
20161002_123043
lepas makan kami pun bergegas balik ke senggarang.
masa ni pun orang tak putus2 datang sanggup beratur tengah2 panas.
encik bikers lagilah kus semangat ramainya entah berapa group la tu.
murah rezeki taukey restoran kari kambing 40 hari ni.

kalau anda belum mencuba, apa kata cuba menu diorang.
konfem nak datang lagi. make sure datang awal.
lambat melopong hehehe.
saya.. konfem akan datang lagi nanti.
recommended!!
Winking smile

xoxo,
ummi ilhams si pencinta kambing Goat

You Might Also Like

0 Th♥ught (s)

Thanks 4 ur comment.. peace!

Advertise with us!