Tips Travel

Travelog Bandung | Persediaan Sebelum Ke Bandung, Indonesia

Friday, October 21, 2016

800px-AirAsia_X_Airbus_A330-300_Nazarinia-3
{credit image: Wikipedia}
Sebelum ke Bandung, saya dah buat reserach serba sedikit tips2 travel ke sana. Terima kasih kepada blogger2 yang sudi berkongsi pengalaman. Memang sangat2 membantu.

1) TIKET

Tiket - Saya beli pada tahun lepas Nov 2015 masa Air Asia buat promo. Bermula November 2015 hingga September 2016 saya dan suami menabung RM100 seorang sebulan. Nak jalan2 makan angin kan? haaaa kenalah menabung. Kita bukan orang berada tapi teringin nak berjalan jauh sikit ke tempat orang dan tujuan paling utama nak perkenalkan anak2 dengan salah satu pengangkutan awam terkenal di dunia iaitu kapal terbang.

selama 11 bulan kami berusaha menabung, akhirnya kami dapatlah RM2200 untuk perbelanjaan di sana termasuk kos penginapan, supir, makan, membeli belah dan lain2 kos sampingan termasuk mainan anak2 Eye rolling smile
2) BAGASI
Bab2 packing baju memang sayalah yang bertanggungjawab disamping khidmat mendapatkan khidmat nasihat babah ilhams yang perlu dan tak perlu dibawa. Apa yang penting jangan berlebihan ye beratnya tu. Mana boleh recycle kita recycle je.
3) PAKAIAN/ KASUT
Pakaian dan kasut sepanjang di sana haruslah yang selesa supaya mudah bergerak ke sana sini. Ini hasil rujukan di blog2 yang saya baca. Jadi anak2 pun saya siap sediakan pakaian dan kasut yang selesa dan sesuai. Cuaca di sesetengah kawasan tanah tinggi juga sejuk jadi saya bekalkan baju sejuk untuk setiap seorang termasuk saya dan suami.
4) DUIT/ BANK
20161010_115341
Duit kami siap2 tukar sebelum ke sana. Babah ilham tukar di Taman Perling, bersebelahan Maybank.

RM1,502.00 dapatlah IDR4,650,000.00

Ok, sila mabuk tengok angka yang banyak tu hehe. In case of emergency, debit card juga dah siap2 diaktifkan melalui online. Kalau tak sempat online boleh je call operator.
5) HOTEL (arrangement by Pok Teh)

Hotel - Pakcik saya booked kan di Aston Braga Hotel & Residence untuk 3 hari 2 malam (IDR3,528,360 = RM1,100/2) apartment 3 bilik. Kami bahagi dua dengan family ayah saya. So 1 family RM550. Actually ada hotel bajet lain, tapi saya ikut saja pilihan pakcik saya. Breakfast included.

Penginapan ok sesangat memang selesa untuk kami yang travel dengan anak2 kecil.

Aston Braga Hotel & Residence
Jl. Braga No. 99, 101 Bandung 40111
(+62-22) 844 60000
6) MAKAN
Sarapan pagi untuk dua hari memang dah termasuk dalam pakej penginapan. Jadi kami tak perlu bimbang tekejar2 masa untuk sarapan. Alhamdulillah makanan masih boleh diterima tekak hehe. Cuma ilham la ada jual mahal sikit bab2 makan ni.
7) TIPS
Budaya tips, memang berleluasa. Nak melintas jalan dengan kenderaan pun supir perlu memberi duit tips. Ramai “polis trafik upahan” di sekitar Bandung hehehe.
8) PENGANGKUTAN/ SUPIR/ TOURIST GUIDE (arrangement by Pok Teh)

Pak cik saya dah tolong booked kan supir aka tourist guide untuk kami maklumlah dia dah 2 tahun menetap di Bandung dan dah ada kenalan di sana.

Vizu Tourism - Toyota Avanza Rp600,000/ day
IDR600,000 per day x 3
= IDR1,800,000 (RM573)
Boleh add Facebook Vizu Tourism
Dea - +6285212222755

service terbaik.. recommended Thumbs up

** oleh kerana kami dah bayar kos pengangkutan/supir jadi kami tak perlu keluarkan wang untuk tips parking etc. Semua wang tips supir yang bayar. Fuhhhh lega hehe.
9) BELI OLE-OLE
Pasar Baru – untuk beli baju2, souvenirs dan lain2.
Kartika Sari – kek, brownies pisang salai

** Frankly speaking, saya tak excited pun nak shopping2 beriya. Saya lebih fokus pada tempat2 menarik untuk dikunjungi. Jadi maaf bila kawan2 bertanya soal shopping dimana yang best.. saya pastinya tak dapat nak memberikan cadangan yang bernas hehehe.
10) UBAT-UBATAN
Jangan lupa bawa PCM, Aktif fast, pil chi kit teck aun, ubat demam, minyak angin, vicks/ balm (cuaca sejuk).
11) ADAPTER
Standby universal adaptor sebab plug di sana tak sama dengan kita di Malaysia. Saya bawa adapator yang sedia ada beli masa nak ke China tahun lepas.
12) HATI-HATI
Penyeluk saku/ penjual/ pengamen - galas beg ke depan terutamanya bila berada di kawasan yang ramai orang. Bacalah ayat2 pelindung diri sepanjang berada di sana.

13) JADUAL TUKARAN DUIT
20161011_181809_thumb[2]_thumb

Saya siap2 buat dan print jadual tukaran duit ni untuk rujukan di sana. Harga mengikut tukaran matawang terkini. Simpan elok-elok dalam purse kerana ia sangat2 membantu untuk mengelakkan kita tertipu dengan harga2 barang yang ditawarkan.

Ok, itu saja buat masa ni. Saya akan kongsikan pengalaman sepanjang berada di Bandung selama 3 hari 2 malam dalam entry2 akan datang termasuklah itinerary ringkas kami di sana. Harap jangan jemu ya. Mana tahu sedikit pengalaman yang saya kongsikan ini boleh membantu anda2 di luar sana.

xoxo,
ummi ilhams

You Might Also Like

2 Th♥ught (s)

  1. Adapter mcm mana? leh tgk takk? suasana sejuk selalu ke?

    dan... jalan kat sana ok x, ade rosak2 ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti saya snap adapternya ye.. kalau kat bandar tu tak sejuk dah.. kalau ke kawasan tanah tinggi sejuk la..jalan sana so far ok la..

      Delete

Thanks 4 ur comment.. peace!

Advertise with us!