14681997_10209903703656878_9213555103443356221_o_thumb[2]
BANDUNG TRAVEL ITINERARY 
11-13 OKTOBER 2016 (3 HARI 2 MALAM)
Itinerary ringkas yang sempat saya buat sebelum ke Bandung. Untuk pengetahuan semua, masa kami adalah terhad jadi kami hanya dapat melawat sebahagian sahaja tempat2 menarik di Bandung. Insha Allah kalau ada rezeki lagi kita ke kawasan yang lain pula ye anak2.

DAY 1 (11/10/16)

Flight JBH (1140hrs) - BDO (1230hrs)
Lunch - Restoran Simpang Raya (Nasi Padang)Check in hotel Aston Braga Hotel & Residence ~ rehat ~
Petang – Ke Rumah Mode
Malam - Ke Dago, The Stone Cafe (celebrate birthday ayah dan pok teh)

DAY 2 (12/10/16)

Breakfast di hotel.

Tangkuban Perahu (1hr 19mins dari Bandar Bandung)
Tiket - Rp200,000/ pax
Parkir - Rp10,000

Lembang Floating Market
Tiket - Rp20,000/ pax
Parkir - Rp10,000
**setiap tiket boleh redeem secawan air

Lunch 
- nasi padang/ sate kelinci/ sate kambing/ rojak/ pisang goreng cheese
**pembelian makanan menggunakan token

Natural Resto & Strawberry Land~ singgah sekejap je sebab hujan rintik2 dan strawberrynya macam tak meriah hehe

Farm House, Lembang
Tiket - Rp20,000/ pax
Parkir - Rp10,000
**setiap tiket boleh redeem makanan/ secawan susu segar pelbagai perisa

Pasar Baru Trade Centre
~ Supir kami ada kawan tourist guide di Pasar Baru. Jadi kami gunakan khidmat beliau untuk mencari barang2 yang kami perlukan. Jadi tak buang masa merayau tak tentu hala sebab masa kami sangat limited. Upah seikhlas hati. Alhamdulillah, baik orangnya dan sangat2 membantu.

Butik Adidas
~
 Babah, Tok Ayah dan Nenek yang shopping. Saya tak ada niat nak beli apa2, lagi pun dah kepenatan sambil mengejar anak2 lagi dalam butik.

Dinner - Restoran Sederhana Masakan Padang**Ayah saya penggemar nasi padang, jadi kita ikut je tekak dia. Alhamdulillah kali ni nasi padang dia betul2 sedap.

Balik hotel ~ rehat

Malam - ronda2 Braga City Walk
** Kami berjalan2 meronda tak lama masing-masing dah tak larat kepenatan.. turun pun sebab ilham lapar lagi dan kebetulan sebelah hotel memang bersambung dengan mall.. Supper di Justin Cafe sempat juga babah belikan anak2 baju dan kasut dan kemudian balik ke hotel berehat.

DAY 3 (13/10/16)
Breakfast
Check out

Kartika Sari - beli ole2 sikit sebelum ke airport

Flight - BDO (1255hrs) - JHB (1545hrs)
**flight delay 1/2 jam jadi kami sampai ke Senai jam 1600hrs

TIPS PENTING:
~ cuaca agak sejuk jadi saya memang standby ubat demam, balm, pil chi kit teck aun (in case perut meragam tak sesuai makanan di sana).
~ adapter - kena standby universal adapter kerana charger handphone kita tak sesuai digunakan di sana.
~ kemana saja tempat yang dituju mesti ada penjual2 yang akan merapati kita dan mendesak supaya kita membeli barang2. jadi kena hati2. hati2 juga dengan penyeluk saku. alhamdulillah, kami selamat dari perkara2 yang tidak diingini di sana.

Memang singkat sangat masa kami di sana, tapi alhamdulillah puas hati walaupun ada banyak lagi tempat2 menarik yang tak sempat kami singgah. insha Allah next trip. marilah kita menabung lagi. kos makan bergantung kepada kekerapan makan dan mengikut jenis makanan. kami rasa duit banyak juga habis pada makanan hehehe.

Ok itu saja, itinerary ringkas untuk percutian 3 hari 2 malam kami. Disarankan kalau nak ke Kawah Putih, Ciwidey dan kawasan sekitarnya silalah tambah hari percutian anda. Untuk aktiviti di setiap tempat2 yang kami kunjungi akan saya ceritakan dalam entri seterusnya.