Menambah Koleksi CD

Yeeeehaaaaa..
Saya sedang gila CD..
Tangan gatal je nak membeli..
Maklumlah koleksi CD Ilham baru ada 5 pcs jek..
Puan CT tag kat FB dia ada promote CD Babyland 5pcs insert fleece..
RM100 free postage.. Fikir punya fikir.. tapi tak buat keputusan..
Dah beberapa hari kemudian rasa nak membeli..
Semalam pilih design dan bagitau Puan CT..
Berdezupppp courier hantar kat opis..
Tadaaaaaaaaa..
Ilham’s new CDs collection..
Denim.. Fish.. Rabbit.. Blue ABC.. Blue Swirl..
Kata Puan CT.. fleece materialnya cepat kering..
tapi penjagaannya sama macam microfiber..
Ok..ummi Ilham ni pun tiap2 hari study pasal CD..
makin hari makin syok rasanya..
ohhh.. walaupun tengah excited study pasal CD..
dia tetap tak lupa study pasal breastfeeding..
dan yang penting ilmu yang ada ni harus dikongsi dengan kawan2..
Ok.. saya jumpa ini
“KENAPA IBU-IBU PATUT GUNAKAN CLOTH DIAPER”
credit to: ratuhati.com
Kenapa????
Sebabnya:
1) Lebih jimat
Kos lampin pakai buang
3 tahun = RM3500
Kos cloth diaper
3 tahun = RM1000-2000
(boleh pakai semula untuk anak seterusnya)
2) Lebih sihat
Tiada bahan kimia bertoksik
Tiada masalah ruam lampin
Bagus untuk kulit sensitif bayi
3) Gaya Baru
Rekaan baru
Lebih menarik
Mudah diguna
Lebih bergaya
banyak dijual online
4) Mesra Alam
Tahukah anda lampin pakai buang antara sisa buangan terbanyak di dunia
WARISKAN BUMI YANG LEBIH HIJAU UNTUK ANAK ANDA!
******************
Mudah2an saya dapat mewarisi bumi yang lebih hijau untuk Ilham Syahmi.. sikit2 usaha nak bertukar sepenuhnya kepada CD.. insya’Allah semoga dipermudahkan :)

Sudahkah Anda Membuat Ujian Papsmear? :)

Sharing is caring :)
Few weeks ago..  Encik Nazir membuat appointment dengan Dr. Fadzilah di Poliklinik Puteri & Surgeri, Taman Nusa Perintis 2, Gelang Patah. Dengan penuh rasa debaran didada, saya pun ikut je la untuk kebaikan saya juga :) Hari tu saya time off, kerja half day. Sepatutnya saya buat 1 months after bersalin, memang Dr. Rajesh dah set appointment. Tapi on that appointment date saya demam pulak, dan lepas tu terus lupa nak follow up..kui3.. Ok lah,  nak share pasal Ujian Papsmear yang saya google :)

pic credit to: google

Apa itu ujian Pap Smear?
Ujian Pap Smear adalah ujian saringan bagi mengesan kanser serviks peringkat awal. Ianya diantara ujian saringan yang terbukti boleh menyelamatkan nyawa.
Apa itu serviks?
Serviks adalah pangkal rahim. Sebelum menjadi kanser, serviks menunjukkan perubahan di dalam sel-selnya yang merupakan peringkat pra-kanser. Peringkat awal ini mengambil masa beberapa tahun sebelum ia bertukar kepada kanser serviks dan pap smear boleh mengesannya peringkat ini dengan mudah.
Siapakah yang perlukan ujian Pap ?
Setiap wanita yang pernah mangadakan hubungan seks perlu menjalani ujian Pap terutamanya:
  1. Mereka memulakan hubungan seks pada usia < 18 tahun
  2. Mereka yang mempunyai pasangan seks berbilang.
  3. Pasangan seks wanita tersebut atau suami yang mempunyai ramai pasangan seks.
  4. Mereka yang mempunyai Jangkitan kuman HPV (agen penyebab kanser)
  5. Perokok
  6. Tidak pernah/lebih 3 tahun tidak melakukan ujian Pap Smear.
Bagaimanakah ujian Pap Smear dilakukan?
Pemeriksaan faraj akan dilakukan dengan mengunakan speculum. Kawasan dalaman faraj dan serviks akan dilihat dengan mata kasar. Setiap ketidaknormalan akan diperiksa dengan teliti.
Dengan mengunakan kayu kayu kecil (spatula) sel-sel pada bahagian serviks akan diambil dan akan dismear pada permukaan slaid. Slaid ini kemudiannya dihantar ke makmal untuk diproses sebelum dibuat pemeriksaan mikroskopik.
Bilakah waktu yang sesuai untuk ujian Pap Smear dilakukan?
Ujian mudah ini boleh dilakukan pada bila-bila masa anda tidak didatangi haid kerana sel darah merah boleh mengganggu pemeriksaan mikroskopik. Sebolehnya elakkan hubungan seks pada malam sebelumnya.
Credit Info: Alam Hamil
### Situasi di dalam klinik### 
;)
Ummi Ilham sedang mententeramkan diri dengan melayan FB.. bapak penakut.. sejuk kaki tangan.. siap terkucil kejap..sambil digelakkan oleh En. Nazir.. serious saya sangat takut dan ngeri.. tetiba teringat time kena d&c dulu..seriau makkkkk.. :)
Sekali assistant tu panggil “Puan Hernee”
Gulppppppppppp..
Luruh jantung gue sekejap :)
Tengok muka En. Nazir..
Dia senyum..
Fuhhhhhhhh.. kuatkan semangat saya!
woooohhhhhhhhhhhooooo..
~~butterfly in my stomach~~
Masuk dalam bilik doktor.. siap2 suruh baring dan buat apa yang patut..
Saya dengan muka tak malunya..
“Doktor.. sakit tak?”
“Taklah tak sakit sikit je ni.. kenapa awak takut ke?”
“A’ah saya ni penakut” ;)
Sekali sambil2 berbual tu.. tak sampai 5 minit kot.. dah siap..
Aiikkkk??? Dah siap ke?
Tak sakit pun.. (ewahhh berlagak ko Hernee ;) )
Serious.. rasa macam kena cubit manja je sikit..
Alhamdulillah selesai ujian papsmear..
Keluar bilik doktor sambil senyum :)
Total cost.. RM50 je.. result dapat dalam masa seminggu..
Bukannya tak nak buat kat government.. saja je sebab result cepat sikit dapat.. pihak klinik akan call untuk dapatkan resultnya..
Seminggu kemudian, kebetulan En. Nazir ke klinik.. jadi doktor bagitau sekali resultnya.. Alhamdulillah, saya bebas dari kanser servik. Mudah2an saya dan adik2 dijauhkan dari kanser yang pernah membuat ibu saya sengsara. Ye la memang takut juga, kami adik beradik kena berjaga2. Mintak dijauhkanlah.
Untuk mommies yang belum buat ujian papsmear.. apa tunggu lagi.. cepat2 ye buat ujian.. sekurang2nya kita dapat bersedia lebih awal.. :)

Lunch @ Sushi King

Dulu sangat tak suka sushi2 ni.. sekali dah try makan sekali amekawwww.. asyik terasa2 nak lagi ;)
Ok.. ni cerita lunch entah minggu bila.. asyik lewat update je..
Ita belanja lunch kat Sushi King.. yummmyy!!
Buntang mata nak pilih menu ;)
Fresh orange untuk saya ;)
Meal set.. Yakiniku Bento
Kani Tama Maki atau dalam bahasa melayunya “Nak kena maki” ;)
Tsubukko atau dalam bahasa melayu “Sibuk ko” ;)
Salmon Skin Piri Piri yang sedap :)
Watashiwa Herneedes ;)
{cam poyo pulak gamabar Ummi Ilham posing macam ni..hahahaha.. puihhhh}
Itasan :)
Kenyang yang amat.
Thanks ye Itasan.. ni la pengaruh rakan tak sebaya.. membuatkan saya semakin menggilai sushi :) Dulu benci sekarang sukaaaaaaaaaaaa gila nasib baik tak gila ;)

Handling Frozen Express Breast Milk (EBM) :)

Sharing is caring yawwwwwww! ;)
Cara termudah untuk memahami cara2 untuk mengendalikan frozen EBM.

credit to Puan Nihadriz 
**thanks Puan Lin Talib sebab bagitau siapa pelukis kreatif ni** :)
Mudahkan??
Nak seribu daya.. tak nak seribu dalih :)
Peace!

Perkembangan Bayi Pada Usia 10 Bulan

{Ilham with his future bestfriend.. Rayqal Aqasha Hiew}
Melakukan pergerakan yang lebih banyak
Ketika bayi berusia 10 bulan, dia selalunya boleh merangkak dengan baik menggunakan tangan dan lututnya, dengan anggota-anggotanya lurus dan tubuhnya selari dengan lantai. Banyak juga bayi yang cuba merangkak sebelum usia 10 bulan tetapi hanya dapat melakukannya dengan baik pada usia ini. Pada usia ini juga, bayi anda boleh duduk dengan yakin dan mungkin boleh berjalan sambil memegang perabot, dan mungkin juga dapat melepaskan pegangannya seketika dan berdiri tanpa sokongan.
Apabila bayi sudah dapat berdiri dengan mengimbangkan badannya, sambil menggunakan objek lain untuk mengekalkan posisi, dia juga akan mencari cara-cara untuk naik ke atas perabot dan juga merangkak naik tangga. Semasa berada dalam posisi berjalan dia akan mengambil langkah dan akan cuba mencapai alat mainan dari posisi berdiri. Langkah-langkah pertama yang menakjubkan ini sebelum dia mencapai perkembangan penuh – yang akan memberi anda senaman yang cukup! – akan tiba tidak lama lagi.
*** Wahhhh.. memang betul.. sebelum ni Ilham tak pandai merangkak.. tetiba je masuk 10 bulan terus terror merangkak.. no more menyelar..kalau lepaskna kat bawah konfem la dia memapah tepi2 perabot dan meja makan kami tu.. duduk pun dah confident.. good job Ilham! :) ***
Memegang dengan jari-jemarinya
Jari-jemari bayi anda menjadi semakin lincah. Dia boleh mengangkat objek kecil menggunakan ibu jari dan jarinya dengan tidak perlu mengampukan pergelangan tangannya di atas permukaan yang keras. Dia berminat dengan barang-barang kecil dan akan menjilat-merasanya; ini adalah okey selagi barang itu boleh dimakan dan tidak terlalu kecil sehingga menyebabkan bayi anda tercekik.
***Saya dah try bagi ‘finger foods’ untuk Ilham.. dan nampak gayanya dia dah pandai pegang makanan sendiri.. kalau mainan pun dah boleh pegang sendiri dan yang penting semua pun nak sumbat masuk mulut***
Personaliti yang berkembang
Personaliti bayi anda sedang berkembang dengan cepat sekarang. Dia akan mula menjadi sangat sosial, memberikan senyuman besar kepada semua orang atau sebaliknya menjadi lebih penyegan dan menyembunyikan mukanya apabila berjumpa dengan orang yang tidak dikenali. Dia akan mengulangi bunyi, memberikan tanda isyarat tertentu untuk mendapatkan perhatian anda dan mungkin akan melambai-lambai selamat jalan apabila melihat anda menuju ke pintu. Dia juga boleh berfikir dengan sendiri, dan anda akan menyedari ini apabila dia membantah jika diletakkannya dalam kerusi bayi dalam kereta atau dalam kereta tolaknya.
***Alhamdulillah Ilham ni mudah je nak senyum2 dengan orang.. cuma ada masa juga la dia akan tenung lama2  orang baru dia kenal..memang banyak sangat dah bunyi2 sekarang ni..kalau tak nak dia akan geleng kepala sambil bunyi “na..nak” hehehe.. dan pandai sikit2 lambai tangan tapi angkat tangan tinggi je gitu..hehehe.. dua tiga hari ni dah tak nak masuk dalam walker dah..***
Menangani ketakutan bayi anda
Ada masa-masanya bayi anda akan takut dengan perkara-perkara yang dia tidak faham atau perkara biasa yang sebelum ini tidak menganggunya, seperti bunyi loceng atau telefon. Apabila ini berlaku, perkara yang paling penting yang dilakukan oleh seorang ibu atau bapa ialah bagi menenangkan bayi anda serta meyakinkan dia yang anda ada di situ dan tiada apa-apa yang akan berlaku kepadanya.
***Ilham takut kalau dengar ummi dan babah bersin.. mula la nak menangis.. selalunya ummi pujuk la cakap sikit dengan dia supaya dia faham bersin tu perkara normal.. lagi satu Ilham takut bunyi blender.. hahaha hero kampung..***
Bercakap dengan bayi anda yang ‘bermulut murai’
Bayi anda sudah mula memahami banyak perkataan dan frasa yang mudah, jadi adalah amat penting untuk anda terus bercakap dengannya. Berikan bayi anda asas kukuh dalam menggunakan struktur ayat yang baik dengan mengulangi sebutannya dahulu, kemudian menyatakan perkara yang sama tetapi menggunakan bahasa yang betul. Sebagai contoh, jika dia meminta “baubau,” ulangilah, dengan cara lembut, sebutan yang betul dengan menanyakan, “Adakah kamu mahu minuman?” Pada peringkat ini, perkara paling baik ialah untuk mengelakkan penggunaan percakapan bayi – yang sememangnya menarik, tetapi ingatlah bahawa adalah lebih baik untuk perkembangan bayi anda jika dia mendengar sebutan yang betul.
Walaupun kadang-kala anda akan berasa pelik untuk berbual dengan bayi anda, ini sebenarnya adalah cara terbaik untuk menggalakkan kemahiran bahasanya. Apabila dia mengeluarkan ayat secara meraban, jawablah “Oh, ya ke? Pandainya.” Sudah tentu dia akan respon dengan gembira dan meneruskan percakapannya. Lambat laun, anda akan dapat mengenali beberapa perkataan atau tanda isyarat yang boleh difahami, di samping lain bentuk komunikasi seperti menunjuk atau berdengus dengan cara tertentu.
Memberikan bayi anda deskripsi terperinci mengenai apa yang sedang anda lakukan juga merupakan satu amalan yang baik, seperti menceritakan aksi anda sedang menghiris bawang untuk masakan atau melipat kain. Sambil anda meletakkan bayi anda ke dalam kereta tolaknya, katalah, “Sekarang, mak nak letakkan kamu ke dalam kereta tolak biru. Sekarang, ibu akan mengancingkan kamu dan membuatkan kamu selesa. Okey dah, jom kita ke taman.” Anda juga boleh menyanyikan lagu kanak-kanak dengan melakonkan aksi sesuai (sebagai contoh, melambai untuk “selamat tinggal”) supaya dia belajar mengenali kata-kata dan frasa-frasa asas.
Bayi akan mula memahami konsep hubung kait. Apabila ini berlaku, dia akan turut menepuk tangannya apabila anda menepuk tangan atau dia mula mengatakan “mama” apabila memandang anda dan “dada” apabila ayahnya masuk ke bilik (walaupun pada mulanya, dia akan menggunakan nama-nama ini secara sembarangan).
*** Ye.makin becok mulut dia.. ter’oi2′ kalau babah kacau.. nangis sebut ‘mama’ .. ‘babah’ memang dia dah terror sangat sebut.. first word dia la tu.. kadang2 time dia merengek ummi tengah buat kerja,  saya akan pujuk dan berbual dan terangkan apa yang saya buat.. yang syoknya kadang2 tetiba dia berbunyi.. “aaa..aah” atau “hmmm” seolah2 mengiyakan apa yang kita cakap..Ilham.. Ilham.. mudh2an Ilham mudah faham apa yang umi sampaikan..
22 Mei 2012  bawak Ilham check kat Klinik Desa Paya Mengkuang, berat Ilham maintain sama sebijik sebijon macam 2 bulan lepas 7.1kg jek.. selim kan anak ummi.. ummi dia je la tak tahu bila nak selim ;) Nurse pot pet pot pet juga la.. kenapa berat tak naik.. saya jawab la mana la saya tahu makan macam biasa, 3 kali sehari.. susu macam biasa.. dia tanya bagi makan apa, saya bagitau la saya buat bubur dan frozenkan.. tapi muka dia agak pelik la.. bubur pun bukan bubur semata, ada je sayur.. ayam.. ikan.. bukan bagi makanan sejuk suka suki tau.. setiap pagi dipanaskan.. rasanya bubur saya bagi tu 100 kali baik dari nestum tau.. dia pesan jangan sampai ke garisan kuning takut kurang zat makanan..so far Ilham ok je.. cuma demam2 tu biasalah kan.. tak tahulah kerana demam mengurangkan berat badan dia ke apa.. sebab dia memang dah makin aktif..tak reti duduk diam..selagi tak mengantuk ada je aktiviti dia..tak apalah Ilham ummi akan tambah lagi protein dalam makanan Ilham.. harap2 Ilham sihat je la kan walaupun berat tak bertambah :)
Ok.. itu saja nak share perkembangan bayi 10 bulan dan sedikit perkembangan Ilham.. untuk Ilham ummi akan terus berusaha memberikan yang terbaik buat hero kechik kesayangan ummi ni :)

Powered by Blogger.

Friday, June 01, 2012

Wednesday, May 30, 2012

Friday, May 25, 2012

Lunch @ Sushi King

Dulu sangat tak suka sushi2 ni.. sekali dah try makan sekali amekawwww.. asyik terasa2 nak lagi ;)
Ok.. ni cerita lunch entah minggu bila.. asyik lewat update je..
Ita belanja lunch kat Sushi King.. yummmyy!!
Buntang mata nak pilih menu ;)
Fresh orange untuk saya ;)
Meal set.. Yakiniku Bento
Kani Tama Maki atau dalam bahasa melayunya “Nak kena maki” ;)
Tsubukko atau dalam bahasa melayu “Sibuk ko” ;)
Salmon Skin Piri Piri yang sedap :)
Watashiwa Herneedes ;)
{cam poyo pulak gamabar Ummi Ilham posing macam ni..hahahaha.. puihhhh}
Itasan :)
Kenyang yang amat.
Thanks ye Itasan.. ni la pengaruh rakan tak sebaya.. membuatkan saya semakin menggilai sushi :) Dulu benci sekarang sukaaaaaaaaaaaa gila nasib baik tak gila ;)

Thursday, May 24, 2012

Handling Frozen Express Breast Milk (EBM) :)

Sharing is caring yawwwwwww! ;)
Cara termudah untuk memahami cara2 untuk mengendalikan frozen EBM.

credit to Puan Nihadriz 
**thanks Puan Lin Talib sebab bagitau siapa pelukis kreatif ni** :)
Mudahkan??
Nak seribu daya.. tak nak seribu dalih :)
Peace!

Perkembangan Bayi Pada Usia 10 Bulan

{Ilham with his future bestfriend.. Rayqal Aqasha Hiew}
Melakukan pergerakan yang lebih banyak
Ketika bayi berusia 10 bulan, dia selalunya boleh merangkak dengan baik menggunakan tangan dan lututnya, dengan anggota-anggotanya lurus dan tubuhnya selari dengan lantai. Banyak juga bayi yang cuba merangkak sebelum usia 10 bulan tetapi hanya dapat melakukannya dengan baik pada usia ini. Pada usia ini juga, bayi anda boleh duduk dengan yakin dan mungkin boleh berjalan sambil memegang perabot, dan mungkin juga dapat melepaskan pegangannya seketika dan berdiri tanpa sokongan.
Apabila bayi sudah dapat berdiri dengan mengimbangkan badannya, sambil menggunakan objek lain untuk mengekalkan posisi, dia juga akan mencari cara-cara untuk naik ke atas perabot dan juga merangkak naik tangga. Semasa berada dalam posisi berjalan dia akan mengambil langkah dan akan cuba mencapai alat mainan dari posisi berdiri. Langkah-langkah pertama yang menakjubkan ini sebelum dia mencapai perkembangan penuh – yang akan memberi anda senaman yang cukup! – akan tiba tidak lama lagi.
*** Wahhhh.. memang betul.. sebelum ni Ilham tak pandai merangkak.. tetiba je masuk 10 bulan terus terror merangkak.. no more menyelar..kalau lepaskna kat bawah konfem la dia memapah tepi2 perabot dan meja makan kami tu.. duduk pun dah confident.. good job Ilham! :) ***
Memegang dengan jari-jemarinya
Jari-jemari bayi anda menjadi semakin lincah. Dia boleh mengangkat objek kecil menggunakan ibu jari dan jarinya dengan tidak perlu mengampukan pergelangan tangannya di atas permukaan yang keras. Dia berminat dengan barang-barang kecil dan akan menjilat-merasanya; ini adalah okey selagi barang itu boleh dimakan dan tidak terlalu kecil sehingga menyebabkan bayi anda tercekik.
***Saya dah try bagi ‘finger foods’ untuk Ilham.. dan nampak gayanya dia dah pandai pegang makanan sendiri.. kalau mainan pun dah boleh pegang sendiri dan yang penting semua pun nak sumbat masuk mulut***
Personaliti yang berkembang
Personaliti bayi anda sedang berkembang dengan cepat sekarang. Dia akan mula menjadi sangat sosial, memberikan senyuman besar kepada semua orang atau sebaliknya menjadi lebih penyegan dan menyembunyikan mukanya apabila berjumpa dengan orang yang tidak dikenali. Dia akan mengulangi bunyi, memberikan tanda isyarat tertentu untuk mendapatkan perhatian anda dan mungkin akan melambai-lambai selamat jalan apabila melihat anda menuju ke pintu. Dia juga boleh berfikir dengan sendiri, dan anda akan menyedari ini apabila dia membantah jika diletakkannya dalam kerusi bayi dalam kereta atau dalam kereta tolaknya.
***Alhamdulillah Ilham ni mudah je nak senyum2 dengan orang.. cuma ada masa juga la dia akan tenung lama2  orang baru dia kenal..memang banyak sangat dah bunyi2 sekarang ni..kalau tak nak dia akan geleng kepala sambil bunyi “na..nak” hehehe.. dan pandai sikit2 lambai tangan tapi angkat tangan tinggi je gitu..hehehe.. dua tiga hari ni dah tak nak masuk dalam walker dah..***
Menangani ketakutan bayi anda
Ada masa-masanya bayi anda akan takut dengan perkara-perkara yang dia tidak faham atau perkara biasa yang sebelum ini tidak menganggunya, seperti bunyi loceng atau telefon. Apabila ini berlaku, perkara yang paling penting yang dilakukan oleh seorang ibu atau bapa ialah bagi menenangkan bayi anda serta meyakinkan dia yang anda ada di situ dan tiada apa-apa yang akan berlaku kepadanya.
***Ilham takut kalau dengar ummi dan babah bersin.. mula la nak menangis.. selalunya ummi pujuk la cakap sikit dengan dia supaya dia faham bersin tu perkara normal.. lagi satu Ilham takut bunyi blender.. hahaha hero kampung..***
Bercakap dengan bayi anda yang ‘bermulut murai’
Bayi anda sudah mula memahami banyak perkataan dan frasa yang mudah, jadi adalah amat penting untuk anda terus bercakap dengannya. Berikan bayi anda asas kukuh dalam menggunakan struktur ayat yang baik dengan mengulangi sebutannya dahulu, kemudian menyatakan perkara yang sama tetapi menggunakan bahasa yang betul. Sebagai contoh, jika dia meminta “baubau,” ulangilah, dengan cara lembut, sebutan yang betul dengan menanyakan, “Adakah kamu mahu minuman?” Pada peringkat ini, perkara paling baik ialah untuk mengelakkan penggunaan percakapan bayi – yang sememangnya menarik, tetapi ingatlah bahawa adalah lebih baik untuk perkembangan bayi anda jika dia mendengar sebutan yang betul.
Walaupun kadang-kala anda akan berasa pelik untuk berbual dengan bayi anda, ini sebenarnya adalah cara terbaik untuk menggalakkan kemahiran bahasanya. Apabila dia mengeluarkan ayat secara meraban, jawablah “Oh, ya ke? Pandainya.” Sudah tentu dia akan respon dengan gembira dan meneruskan percakapannya. Lambat laun, anda akan dapat mengenali beberapa perkataan atau tanda isyarat yang boleh difahami, di samping lain bentuk komunikasi seperti menunjuk atau berdengus dengan cara tertentu.
Memberikan bayi anda deskripsi terperinci mengenai apa yang sedang anda lakukan juga merupakan satu amalan yang baik, seperti menceritakan aksi anda sedang menghiris bawang untuk masakan atau melipat kain. Sambil anda meletakkan bayi anda ke dalam kereta tolaknya, katalah, “Sekarang, mak nak letakkan kamu ke dalam kereta tolak biru. Sekarang, ibu akan mengancingkan kamu dan membuatkan kamu selesa. Okey dah, jom kita ke taman.” Anda juga boleh menyanyikan lagu kanak-kanak dengan melakonkan aksi sesuai (sebagai contoh, melambai untuk “selamat tinggal”) supaya dia belajar mengenali kata-kata dan frasa-frasa asas.
Bayi akan mula memahami konsep hubung kait. Apabila ini berlaku, dia akan turut menepuk tangannya apabila anda menepuk tangan atau dia mula mengatakan “mama” apabila memandang anda dan “dada” apabila ayahnya masuk ke bilik (walaupun pada mulanya, dia akan menggunakan nama-nama ini secara sembarangan).
*** Ye.makin becok mulut dia.. ter’oi2′ kalau babah kacau.. nangis sebut ‘mama’ .. ‘babah’ memang dia dah terror sangat sebut.. first word dia la tu.. kadang2 time dia merengek ummi tengah buat kerja,  saya akan pujuk dan berbual dan terangkan apa yang saya buat.. yang syoknya kadang2 tetiba dia berbunyi.. “aaa..aah” atau “hmmm” seolah2 mengiyakan apa yang kita cakap..Ilham.. Ilham.. mudh2an Ilham mudah faham apa yang umi sampaikan..
22 Mei 2012  bawak Ilham check kat Klinik Desa Paya Mengkuang, berat Ilham maintain sama sebijik sebijon macam 2 bulan lepas 7.1kg jek.. selim kan anak ummi.. ummi dia je la tak tahu bila nak selim ;) Nurse pot pet pot pet juga la.. kenapa berat tak naik.. saya jawab la mana la saya tahu makan macam biasa, 3 kali sehari.. susu macam biasa.. dia tanya bagi makan apa, saya bagitau la saya buat bubur dan frozenkan.. tapi muka dia agak pelik la.. bubur pun bukan bubur semata, ada je sayur.. ayam.. ikan.. bukan bagi makanan sejuk suka suki tau.. setiap pagi dipanaskan.. rasanya bubur saya bagi tu 100 kali baik dari nestum tau.. dia pesan jangan sampai ke garisan kuning takut kurang zat makanan..so far Ilham ok je.. cuma demam2 tu biasalah kan.. tak tahulah kerana demam mengurangkan berat badan dia ke apa.. sebab dia memang dah makin aktif..tak reti duduk diam..selagi tak mengantuk ada je aktiviti dia..tak apalah Ilham ummi akan tambah lagi protein dalam makanan Ilham.. harap2 Ilham sihat je la kan walaupun berat tak bertambah :)
Ok.. itu saja nak share perkembangan bayi 10 bulan dan sedikit perkembangan Ilham.. untuk Ilham ummi akan terus berusaha memberikan yang terbaik buat hero kechik kesayangan ummi ni :)

Follow Me

linkie รข™¥

Blog contents © Hernee Nazir's Blog 2010. Blogger Theme by NymFont.