pagi ni ada 3 miscall.
semuanya dari ayah saya. oleh kerana saya di dapur dan en.nazir sedang khusyuk membasuh baju kami tak dengar langsung bunyi telefon. telefon pula saya letak dalam bilik.

sekejap lepas tu, adik saya call beritahu yang mak bleeding banyak macam pertama kali dulu. saya terus mandi dan bersiap nak ke hospital. kami ke rumah mak dulu tapi ayah dah bawa mak ke hospital dulu.

kami sampai lewat sikit. mak dah dimasukkan ke bahagian kecemasan. sekarang ni pun masih tak keluar lagi. doktor masih merawat.

tak tentu arah rasa hati saya. saya tak putus berdoa supaya mak selamat. sebenarnya esok mak akan mula menjalani rawatan radioterapi. tapi apa buat belum pun sampai waktunya dia dah sakit semula.

'Ya Allah, selamatkanlah emakku, panjangkanlah usianya, kurangkanlah penderitaanya.. berikanlah aku kesempatan untuk membalas jasa-jasanya selama aku di dunia ini..amin'

[send via nokia xpressmusic]