Family

Cerita Raya: Episod 2

Tuesday, September 29, 2009

Sebelum menziarah kubur, kami ke rumah Mok De dulu. Tok Mok ada di rumah Mok De, jadi kami kesana. Riuh rendah macam biasalah keluarga kami.



Kak Ngah sempat berposing dengan baby Dania and Mok De. Pertama kali Mok De berhari raya tanpa suami. Tengok muka dia pun sedih je.



Saya sempat juga Umi Long pegang Nik Nur Dania Emelda ni. Wah, nama berbelit-belit lidah nak sebut. hehehehe~ Umi dia panggil Emel, tapi lidah saya senang nak menyebut Dania. Suka hati je, macam anak sendiri.

On the way ke Kubur Tinggi, Kg. Tg. Kupang..



Izhan masih melekat dengan Abang Nashir dia tu. Sehati sejiwalah diorang berdua ni. Pernah sekali Izhan kena marah dengan ayah dia, nangis-nangis sambil sebut nama Abang Nashir. hehehe~



Layankan wajah puteri-puteri En. Samshudin dan Puan Kasmah. Sempat lagi berangan masa dalam kereta.

Lepas balik kubur semua menuju ke rumah mak.


Keluarga Pak Anjang sedang menjamu selera. Adik dan Kiki tak nampak bayang. Pak Anjang macam biasa tak boleh berpisah dengan anak saudara kesayangan dia, Anna.



Keluarga Mok De pula menjamu selera di bawah. Masing-masing layan diri. Mak, masih tak berbaju raya. hehehehe~

Lepas keluarga diorang balik, sampai keluarga Pak Ngah (abang mak) dan sepupu saya sebelah mak. Penat juga melayan tetamu yang tak henti bertandang, apa nak buat hari raya kan. Lagi pun lagi ramai orang datang rumah kita, lagi banyak rezeki kita dapat. Insya'Allah.

Bila tetamu dah reda, saya dan En. Nazir pergi beraya di rumah Mak Anjang, Pak cik Mat (bapa saudara En. Nazir) dan Tok Busu (adik Tok Abah) maklumlah kami nak balik Senggarang malam nanti. Rumah-rumah penting kena settlekan beraya dulu. Ok, cerita raya bersambung lagi episod akan datang.


post signature

You Might Also Like

2 Th♥ught (s)

  1. Alimaz-Kembara Terasing>>xramai wak..ade 3 org jek..spupu spapat yg rmai..

    ReplyDelete

Thanks 4 ur comment.. peace!

Advertise with us!