Adik²

ABC ohh ABC..

Monday, November 09, 2009

semalam dalam lebih kurang pukul 2pm, saya, en. nazir, anna n ayah ke kota iskandar, bandar nusajaya. ada projek anak beranak. projek apa? hmmm.. dah confirm baru boleh share. selagi tak nampak bayangnya, baik diam2 je dulu ;)

alkisahnya bila dah settle projek anak beranak tu, en. nazir teringin pulak nak makan abc. duk la memusing taman nusa perintis tak jumpa satu kedai yang jual abc pun. ada satu kedai mamak tu, tapi kami tak berapa selera kat kedai tu.

tiba2 en. nazir teringat, masa on the way lalu depan smk gelang patah ada sorang makcik ni jual air tepi jalan. en. nazir kata dia nampak ada mesin kisar tu. kami pun teruslah terjah ke sana. dalam hati, alhamdulillah dapat juga en. nazir minum abc.

makcik ni memang peramah melayan customer. sampaikan cousin kami lalu dan kami berbual sama sendiri pun dia nak ambil tahu. en. nazir order 3 bungkus abc. dia nak yang special tapi tak ada special kata makcik ni, semua sama je. lantaklahkan janji dapat rasa abc.

ana request tak nak letak air gula. dia just nak susu, air sirap yang merah (confirm tak ada gula tu) and jagung. ok, settle dia dapat apa yang dia nak. bila tengok ada kuih siput dalam plastik dia nak juga. saya tengok rupa kuih siput tu tak menarik jadi tak la teringin.

tengah2 menunggu bungkusan abc kami berdua yang nak bahan2 yang cukup tu, tiba2 makcik ni bagi dialog macam kat bawah nun.



sangatlah bengang adanya kami berdua. anak makcik ni dok terkais2 mencari ais dalam tong ais tu. yang maknya senyum2 kambing. nasib baik bukan kambing, kalau tak saya makan makcik. ais yang dia keluarkan pun hidup segan mati tak mau. kami pun cakap dengan makcik ni, takpe lah dapat sebungkus pun jadilah janji dapat rasa. kalau dah letak ice cube dah macam abc rock le pulak. pening kepala layan makcik ni. sekali tanya berapa harga. dia kata RM4. kami dok fikir apa yang mahal sangat tu kan. kuih siput 50 sen katanya. abc ana yang tak cukup sifat tu mungkin RM1.50 dan abc en. nazir yang bercampur dengan ice cube tu RM2. sangat mencekik harganya. dah la buat abc ala kadar, harga pulak mengalahkan abc special. kami memang tak berkira kalau bab makan minum, tapi kalau harga tak seindah minuman/ makanan yang kita beli rasa tak puas hatilah juga kan.



inilah abc makcik yang berniaga depan smk gelang patah, depan padang bola dan depan pejabat pos. bukan nak tutup pintu rezeki orang. sekadar nak berkongsi dengan sekalian penduduk area gelang patah. first and last la kami jadi customer makcik ni. patutlah nampak macam tak ada pelanggan. rupanya servicenya hampeh. dah namanya berniaga abc, bahan utama kan ais mana boleh ais tu tak ada stok. sangat tak boleh dimaafkan rasanya. kalaulah makcik ni baca blog ni kan bagus. saya rasa makcik lebih baik buka bisnes kat rumah dulu, agak2 dah kukuh cukup stok ais, baru bisnes kat luar rumah ya. selamat berjaya wahai makcik abc~


***nak bantu bisnes orang melayu, tapi orang melayu tak bersungguh2 nak buat bisnes



post signature

You Might Also Like

6 Th♥ught (s)

  1. laa.. hernee kat jb ke? dok mana?

    ReplyDelete
  2. fauzi-maya>>hehehe..hernee duk gelang patah la.. kt jb ke?

    ReplyDelete
  3. xpnah lg beli ape2 kat situ :)
    ape projek kongsi ah bunga2 heheheh

    ReplyDelete
  4. Mummy Dasy>>aku pn ni 1st time long..dh nk sgt abc knonnye..

    projek tu..ala projek ciput je la..main2 je tu..

    ReplyDelete
  5. alahaii makcik...x ptt arr gitu kan..x pasal2 dah tepampang muke ha

    ReplyDelete
  6. neezareef>>2 la kak..ni edisi lps geram ni..

    ReplyDelete

Thanks 4 ur comment.. peace!

Advertise with us!