Adik²

Derio, Tepi Sejuk, Kerendaan dan Ayu

Wednesday, December 02, 2009

Tadi dah bercerita pasal Anna yang pelat panggil askar jadi calaka. Ada pula yang ingat saya tengah marah orang dengan menyebut celaka atau dengan kata lain menyumpah seranah orang ;) Ohhh~ tidak sama sekali. Sekarang Ayu yang lidah bersimpul sampai sebut perkataan terbalik terbongkang.

Ayu ada kamus bahasa dia sendiri. Sampai ke sekolah rendah juga la dia tak pandai menyebut dengan betul. Kesian dia. Mula2 tak faham, dah lama2 baru faham apa yang dia cakap. Sebenarnya dia pelat huruf T. Pelat tu kira biasalah untuk kanak2. Cuma tiga perkataan ni je yang dia agak susah nak sebut.

Derio, tepi sejuk dan kerendaan.

Apa itu derio? Derio ialah radio. Dulu dia memang panggil radio tu derio. Ada masalah lidah terbalik agaknya hehehe~

Apa pula tepi sejuk? Haa, tu la peti sejuk bahasa dia.

Kerendaan tu ape ek? Kerendaan tu, kenderaan.

Adakah Ayu kekurangan zink atau stress masa kecil2. Saya pun tak tahu :) Nasib baiklah dah besar dah pandai sebut betul2. Mesti takut kena gelak. Kadang2 tersasul juga tu.

Kepada adik2 saya yang terbaca entri ni, minta ampun ya.. sekadar nak berkongsi cerita zaman kanak2. Cerita Kak Long nya pula akan menyusul nanti ;)



post signature

You Might Also Like

0 Th♥ught (s)

Thanks 4 ur comment.. peace!

Advertise with us!