DYMM Sultan Johor

Al-Fatihah Buat Almarhum DYMM Sultan Iskandar Alhaj Ibni Al-Marhum Sultan Ismail

Friday, January 22, 2010

Sumber: Umno-online.com

JOHOR BAHRU, 22 Jan. – Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan semua ahli-ahli Majlis Tertinggi UMNO bersama dengan seluruh ahli UMNO menyembahkan ucapan takziah dan rasa dukacita yang teramat sangat ke atas kaum kerabat Di Raja Negeri Johor di atas kemangkatan DYMM Sultan Mahmud Iskandar Alhaj Ibni Al-Marhum Sultan Ismail.

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan memaklumkan demikian setelah beliau mendapat pengesahan daripada kenyataan Setiausaha Sulit Pemangku Sultan Tuanku Ibrahim berkenaan kemangkatan baginda pada jam 7.08 malam tadi.

Terdahulu pada sebelah petang Al-Marhum Sultan Iskandar telah di masukkan ke Hospital Pakar Puteri, Johor Bahru setelah gering.

Ekoran itu, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ibrahim Ismail Sultan Iskandar hari ini dilantik sebagai Pemangku Sultan semasa kegeringan baginda Sultan.

Setiausaha Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli melalui satu kenyataan memaklumkan, Jumaah Majlis Diraja membuat keputusan itu di bawah Fasal 9(1)(b) dan 9(2) Bahagian Pertama Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Johor 1895 selepas menerima laporan kesihatan daripada pakar-pakar perubatan mengenai kegeringan baginda.

Menyorot kembali, Almarhum Sultan Iskandar yang diputerakan pada 8 April 1932 adalah Yang di-Pertuan Agong Malaysia kelapan iaitu antara 26 April 1984 hingga 25 April 1989.

Almarhum Baginda adalah putera sulung kepada Sultan Ismail ibni Almarhum Sultan Ibrahim dengan isterinya Sultanah Ungku Tun Aminah binti Ungku Paduka Bena Sri Maharaja Utama Ahmad dan dilantik sebagai Tengku Mahkota pada 1959.

Justeru, sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah ke atas roh Almarhum dan semoga dihimpunkan bersama orang-orang yang soleh – Al-Fatihah.

***********************

Rakyat Johor akan berkabung selama 7 hari bermula hari ini. Untuk memberikan penghormatan terakhir, rakyat Johor diberi peluang untuk menziarah jenazah pada jam 9.00 pagi hingga 10.30 pagi esok. Jenazah akan dikebumikan pada jam 2 petang esok di Makam Di Raja Tanah Perkuburan Mahmoodiah, Johor Bahru, Johor.


post signature

You Might Also Like

4 Th♥ught (s)

  1. Salam...sebagai rakyat Johor saya berdukacita..Alfatihah

    ReplyDelete
  2. saya (juga orang johor) turut berdukacita. semoga roh baginda dicucuri rahmat-Nya. amin...

    ReplyDelete
  3. Semoga roh almarhum tuanku dirahmati Allah.. Al-Fatihah!

    ReplyDelete

Thanks 4 ur comment.. peace!

Advertise with us!