Life

Suara Siapa Tu?

Sunday, March 14, 2010

Selamat pagi Ahad ;)

Tetiba kerajinan nak update hek. Update blog sambil membasuh baju dan sambil mengunyah kerepek ubi kari Salleh Foods yang dibeli semalam sebelum balik ke Gelang Patah.

Kami selamat sampai malam tadi, terus jengah Mak sekejap. Tak lama tu terus balik rumah coz boss En. Nazir nak datang bertandang.

Dah nak tengahari ni masih berfikir2 nak masak apa. Pergi kedai pun tak lagi. Boss besar kerja hari ni, jadi makcik kena pergi kedai sendiri la. Tengah2 membasuh tadi sempat bukak fb, sebelum tu siap2 buka tingkap rumah luas2 nak bagi udara masuk. Dah tu berkurung dalam bilik, tetiba ada suara perempuan beri salam tiga kali bertalu2 kat tingkap. Oh sangat suspend untuk si penakut macam saya.  Siapakah gerangannya? Kenapa tak panggil nama saya, atau sekurang2nya beritahu tujuannya. Saya mendiamkan diri dalam bilik, jawab salam dalam hati je la. Nak jengah takut. Jengah dari tingkap bilik tak nampak pulak. Ada ke patut takut di siang hari.

Terus sms En. Nazir, dengan harapan dapat meraih simpati seorang suami hehehe~ Sekali dia balas..
Jangan fikir yg bukan2 la.. siang2 mcm ni.. org bri slm pn takut..
Terus rasa malas nak balas balik. Orang kering darah kat rumah sorang2 ni dia tak tahu ;p Tak lama lepas tu dia call. Sayang juga dia kat isteri dia ni kan hehehe~ Takut isteri dia kena kidnap ngeh2.
Masa suara tu dah hilang lama sikit, saya terus je tutup semula tingkap. Takut la entah siapa yang kita tak kenal ke kan. Lagi2 musim perompak bermaharajalela ni. 

Sebelum ni, tinggal sorang juga. Tengah menyidai baju tiba2 ada suara orang beri salam sambil ketuk pintu dengan kuatnya, Makin lama suara tu makin dekat dengan rumah saya. Terus check pintu, dah berkunci selamat. Tapi jantung dah dup dap dup dap. Belum pun sempat menguncikan diri dalam bilik, sekali pintu rumah saya yang kena ketuk. Menggigil2 kecut perut masuk dalam bilik dengan baju yang tak sempat disidai. Call En. Nazir bagitahu sambil suara terketar. Memang cuak tahap cipan la masa tu. 

Kepala otak saya dah terbayang Ah Long tengah cari rumah orang yang pinjam duit dia. Oh~ sangat terpengaruh dengan tv saya pagi tu. Bila tak ada respon, orang tu terus ke rumah orang lain pulak. En. Nazir suruh saya call jiran depan bertanya. Saya beranikan diri keluar dan menjengah. Sekali keluar, baru saya nampak rupanya orang masjid nak kutip derma untuk majlis Maulidur Rasul. Terus saya panggil budak tu semula sempat juga la membebelkan dia. Lain kali jangan la ketuk macam tu sekali buat cuak je tau.

Bila En. Nazir balik kerja saya pulak yang kena bebel. Dia kata..
Mana ada perompak datang rumah orang nak beri salam.. cuba fikir logik sikit..
Huwaaaaa.. dalam keadaan takut tak sempat nak fikir masa tu hehehe~ Tapi tak tahu juga kan, perompak sekarang macam2 teknik dia boleh buat. Saya ni cuma berhati2 je ;p ayat orang takut.

You Might Also Like

8 Th♥ught (s)

  1. huhu...nih pengaruh cerite penunggu gunung raya la nih. :p

    ReplyDelete
  2. aidi>>ngeh2..tp cite tu tngok sipi2 je..x brani nk tngok btul2..

    ReplyDelete
  3. laaa...hengat idung kembang, hat kembang gak...rupa2nya sama gak ngan aku...padddayappa...pa..pa...

    ReplyDelete
  4. ::cdot the dot:: >>baru tau ke?aku dh lame tau ko hati x tebal stebal bibir ko..hahahaha..

    ReplyDelete
  5. saya pun cuak kalau kat rumah sensorang, ada org tekan loceng@ketuk grill.

    memang buat donno aje ;). takut ooo nak bukak. dah la kat rumah pakai baju tak cukup kain, panas punya pasal.

    ReplyDelete
  6. saudah>>btullah..xbuka pn xpe..kte x tau bhya yg dtg..

    ReplyDelete
  7. lawaklah hernee ni..penakut leh tahan..he he he...

    ReplyDelete
  8. Siti @ nurie >>hahahaha..mmg pnakut la siti..

    ReplyDelete

Thanks 4 ur comment.. peace!

Advertise with us!