Bual Kosong

Oi Dik.. Kot Ya Pun Nak Jadi Model Agak2 Le Sakit Mata Akak Tengok ;p

Monday, May 31, 2010



Masa ni saya baru terjaga dari tidur yang lena, sedangkan En. Nazir kat sebelah tengah bersengkang mata drive dalam hujan lebat. Saya tak sedar satu apa pun hujan ke guruh berdentum ke sepanjang jalan tidur mengalahkan kerja shift malam. Lepas tu mengalahkan perjalanan JB ke Kelantan jauhnya ;p

En. Nazir berhenti kat Pasaraya Maslee kat kawasan Taman Cendana tu, nak belikan anak2 buah jajan. Saya dalam keadaan mamai malaslah nak keluar. Cuma sempat pesan belikan air 100 plus je sebab rasa macam nak demam lagi. Tengah duk menunggu tu, mata macam nak terpejam semula. Tiba2 terdengar bunyi motor parking betul2 sebelah kereta. Ah, lantaklah dalam hati berkata, lagi pun pintu dah berkunci. Pejamkan juga si mata rabun ni.

Dalam nak melayan mata ni, terdengar bunyi suara budak lelaki..

"Oraitttttt.. oraiittttt.."

"Haaa, kat sini pulak.. kat sini"

"1..2..3.. oraiiittt.."

"Kat sini.. macam ni ok tak?"

"Oraittttt.. oraiitttt"

Rasa macam dikuak2 mata ni nak tengok apa ke benda yang ter"oraiiittt2". Rupa2nya ada dua orang mamat ni parking motor tepi kereta kitorang, yang sorang yang ter"oraiiittt2" tu jadi photographer, yang sorang lagi duk berposing maut dekat kaki lima. Siap pergi tepi ATM tu dengan gaya rambut terpacak dia semata2 nak suruh photographer ambil gambar dia. Oi dik.. kot ya pun nak jadi model agak2 le hand phone awak sebiji sebijon dengan hand phone orang sebelah akak ni ha. Tapi hand phone dia dah jadi arwah hehehe. Paling tak tahan si photographer tu buat suara "oraiitttt" tu macam ada bunyi sengau2 sikit. Nak gelak tapi dorang nampak. Takut pulak.

Bila mata saya dah celik, saya pun snap la gambar dorang ni hehe. Gambar pertama saya tak masukkan sebab model tak nampak. Takut juga nak snap terang2an budak2 ni macam ganas je rupa seram pulak. Bila En. Nazir dah masuk kereta dan nak ke rumah kakak saya snap sekali lagi  baru nampak model tu yang baju biru. Siapa2 yang bekerja dengan modeling agency, nak cari model2 terhangit di pasaran bolehlah cari kat area Taman Cendana, Pasir Gudang. Dijamin hot! ngeeee~


©Hernee Nazir – Mata sudah mahu tidur.. zzzzzz...

You Might Also Like

15 Th♥ught (s)

  1. ahahahah!! lawak2, tetepi jalan pon nak amik gambo, heheh!

    ReplyDelete
  2. Ieda Al-Habsyi >>hehehe..dh mcm x pnah jmpe kamera..ke x pnah jmpe hp..hehehe

    ReplyDelete
  3. haha..xde tmpt len ke nak amik gmbr..

    ReplyDelete
  4. xmo la...bole buat stok anak hayam jek tuh kan...

    ReplyDelete
  5. Wanie>>hehehe..tmpt tu je yg cntik pd die kot..heheh

    ReplyDelete
  6. ::cdot the dot:: >>hehe..ank hayam pn cam x ssuai la dot..ko cari yg lain la..hehehe

    ReplyDelete
  7. pergh mmg lawak la wei...ade jugak mat rempit yang pandai posing2 nie...
    tu kompom2 nk masukkan gambar dalam "MUKA BUKU" tu...hahaha

    ReplyDelete
  8. gila bergambaq..!! kalo pompuan, boleh accept lagi. kalo laki, hmmm.. rejek!! haha

    ReplyDelete
  9. gaya macho yang tak leh blah....hahahaa...

    ReplyDelete
  10. uik... nie gambar curik nie...confirm mamat tu tak perasan...

    ReplyDelete
  11. aRe-lOnG >>btul2..dh upload ke blm gaknye wakaka..

    ReplyDelete
  12. gadis comel>>tau xpe dik..siap posing geli2 tu akk x larat..hahaha

    ReplyDelete
  13. hazman aka species1980>>btul2 stuju..hehehe

    ReplyDelete
  14. kisahsensasi >>cnfirm mmg..kalo prasan nti die ingt sy pminat die plak..kikiki

    ReplyDelete
  15. Hello
    I'm thinking about purchasing a new automobile and I need help picking between an Audi or a Mercedes?
    I am looking to choose between and Audi A4 and C class
    I currently own an A4 and i am really pleased with it
    however I want to hear from those who own a Mercedes or maybe have owned both
    which one should I choose
    Cheers for your help

    ReplyDelete

Thanks 4 ur comment.. peace!

Advertise with us!