Padahnya Bila Terlalu Excited Menunggu Tudung :)
Semalam saya half day. Sehari sebelum tu saya ada tempah tudung dari Butik Nara. Naf confirmkan yang dia dah send parcel petang Selasa. Before tu pun saya dah inform dengan receptionist kalau ada parcel untuk saya bagitau. Nanti saya turun ambil. Semalam receptionist call.
"Hernee.. barang ko dah sampai"
"Ok, nanti aku suruh Pak Dollah ambilkan"
Saya terus mintak tolong dengan Pak Dollah ambilkan parcel tu.
Oleh kerana memang dah plan nak time off pukul 1, jadi saya biarkan je parcel tu. Pak Dollah tanya "apa tu Nee? berat betul"
Saya pun dengan confidentnya menjawab, "ooo.. ni tudung saya Pak Dollah ada 4 helai tu yang berat gaknya.. order online.. thanks aeh"
Terus letak bungkusan kat atas meja.
Sampai rumah terus excited bukak bungkusan.
Buka punya buka dengan rasa pelik. Memang berlapis2 bungkusannya. Dalam hati "Kan jauh, mesti Naf bungkus tebal2 takut terkoyak je ape.."
Makin lama rasa makin pelik, kenapa keras je tudung ni.. "Ooooo.. mungkin Naf masukkan dalam kotak.."
Sekali buka sampai habis tengok yang keluar buku ni daaaa...
Sebenarnya parcel ni untuk Capt. Kamarol, bukan untuk saya. Ini buku IMO Marpol yang saya orderkan untuk dia bukannya tudung saya. Huwaaaa.. bengang kejap. Ketawa sorang2. Patutlah keras semacam je. Hadoi.. rupanya yang saya kendong tu buku hehehe~
Ni la bukunya.. esok kena bawak pergi office semula..huhuhu. Tu la excited sangat nak tunggu tudung sampai. Sampai tersilap parcel. Baru saya teringat semalam before balik saya email kat Naf yang tudung dah sampai. Kalau la Naf terbaca entri ni, saya belum terima lagi tudung tu, esok saya check dah sampai ke belum.
Dah boring2 tersalah parcel, kepala dah lalok pekena ubat demam, saya pun melayan plastik letup2 ni.
Keletap..keletup..keletap keletup..
Makin lama makin syok picitkan.
Tetiba suara jiran belakang rumah panggil nama adik saya Anna.
"Na.. ooo.. Na"
Saya menyahut on behalf of Anna sambil menjengah dari tingkap bilik sebab sure Anna tak dengar dia kat bilik depan.
"Ye kenapa?"
"Bunyi apa tu, macam bunyi benda terbakar meletup2"
"Hehehe.. tak la.. bukan bunyi terbakar.. ni ha orang tengah picit plastik meletup2 ni ha"
"Ooooo.. ingatkan apa yang terbakat terkejut aku" kata Abang Mie.
Saya pun ketawa je la nak cakap apa lagi kan hehehe. Lepas tu terus tidur tak sedarkan diri :)
©Hernee Nazir – Next week dah boleh rasmi tudung baru gi keje.. hehehehe~
6 Comments
firdaus suka main benda ..tu ..suka dgr bunyi dia
ReplyDeleteatty's >>hehehe..tu la dr kcik msti x buang slagi x abis ltupkn..
ReplyDeletemain letup2 tu mmg best..hehe
ReplyDeleteE.d.Y>>hehehe khayal nk abiskn smua..
ReplyDeleteabg mie abg ali ke?? ko pun sama sengal hek....mcm kasha plak dok letup2kan menda alah tuh...
ReplyDelete:cdot the dot::>>a'ah la abg mie mane lagi blkg umh arwah mak aku ni..hehehe..suke la ltup2 tu..nk bg kasah jauh sgt..hhahaha
ReplyDeleteThanks 4 ur comment.. peace!