Ke Makam Bonda

Selamat Hari Ibu :(

Sunday, May 09, 2010

Dengan berat hati membuat entri Hari Ibu :(

Selamat Hari Ibu

untuk ibu mertua yang saya kasihi Puan Tipah binti Yet.. dan juga buat makcik2, kawan2 dan semua wanita yang bergelar ibu. Semoga perngorbanan kalian diberkati Yang Maha Esa. Insya'Allah.



Sungguh tak disangka ini suapan terakhir di Hari Ibu tahun lepas. Masa ni Mak baru saja disahkan menghidap kencing manis. Tapi dia tetap ceria walau dalam hati hanya Allah yang tahu.

Kali ni ucapan yang dapat saya lafazkan hanya pada dua batu nisan sahaja. Pagi tadi kami sempat ke kubur Mak dan nenek2. Selepas membaca apa yang patut, dalam hati saya berkata "Selamat Hari Ibu.. Mak, Tok Mok dan Tok Esah.. semoga kalian tenang di sana"

Jasa dan pengorbanan kalian tak terbalas. Semoga Allah mengampunkan dosa2 dan mencucuri rahmat ke atas roh Mak, Tok Mok dan Tok Esah.



 Al-Fatihah buat Bonda Kasmah binti Daud



 Al-Fatihah buat Nenda Hjh Zaliha binti Hj Abd Ghani



Al-Fatihah buat Nenda Esah binti Kunuk

 Ke Makam Bonda - Usman Awang

Kami mengunjungi pusara bonda
Sunyi pagi disinari suria
Wangi berseri puspa kemboja
Menyambut kami mewakili bonda

Tegak kami di makam sepi
Lalang-lalang tinggi berdiri
Dua nisan terkapar mati
Hanya papan dimakan bumi

Dalam kenangan kami melihat
Mesra kasih bonda menatap
Sedang lena dalam rahap
Dua tangan kaku berdakap

Bibir bonda bersih lesu
Pernah dulu mengucupi dahiku
Kini kurasakan kasihnya lagi
Meski jauh dibatasi bumi

Nisan batu kami tegakkan
Tiada lagi lalang memanjang
Ada doa kami pohonkan
Air mawar kami siramkan

Senyum kemboja mengantar kami
Meninggalkan makam sepi sendiri
Damailah bonda dalam pengabadian
Insan kerdil mengadap Tuhan

Begitu bakti kami berikan
Tiada sama bonda melahirkan
Kasih bonda tiada sempadan
Kemuncak murni kemuliaan insan

~Usman Awang~



©Hernee Nazir – Segala kenangan bersama tetap segar dalam ingatan.. tenanglah kalian di sana.. buat yang masih ada kedua ibu bapa.. hargailah mereka.. tanpa mereka siapalah kita..

You Might Also Like

14 Th♥ught (s)

  1. alfatihah utk mak...sbb tuh aku tak nak kuar kereta ikut ko pg td...aku tau aku akan sentap....

    ReplyDelete
  2. ::cdot the dot:: >>xpe ko doa dr jauh pn dh ckup..

    lg pun ko dh kna celur dlm keta kn..sauba tu..hehehehe

    ReplyDelete
  3. Hernee,
    Al-Fatihah untuk mereka..
    semoga mereka tenang di sana..

    ReplyDelete
  4. doa supaya mak ditenpatkan dikalangan yg beriman

    ReplyDelete
  5. selamat hari ibu... moga dicucuri rahmat.. ^____^..




    My new entry is ready
    >> Jangan abaikan rupa sidebar blog u all..

    ReplyDelete
  6. selamat hari ibu tuk ibu akak...

    alfatihah untuk nenek akak...

    ReplyDelete
  7. E.d.Y >>ibu mertua la edy..ibu akk dh pergi utk selamanye..

    ReplyDelete
  8. Alfatihah utk keluarga erni.. semoga mereka tenang disana..

    ReplyDelete
  9. al fatihah tuk arwah2..semoga dtmptkan diklgn org2 yg beriman.amin

    ReplyDelete

Thanks 4 ur comment.. peace!

Advertise with us!