Majlis semalam selepas waktu bekerja dari pukul 6pm sampai 8.30pm Farewell Dinner untuk Capt Abdullah Thani yang akan bersara tak lama lagi dan Capt Abd Razak yang dah berhijrah ke tempat kerja baru. Masing2 dah berkhidmat dengan PTP sebagai malim atau dalam bahsa jawanya pilot lebih kurang 10 tahun. Capt Abdullah ni pernah muncul dalam rancangan Majalah 3, masa TV3 buat satu slot khas untuk PTP.



 Cenderamata untuk Capt Abdullah Thani..



  Cenderamata untuk Capt Abd Razak..



Boss pot pet pot pet.. kitorang berlantak bergambar ;p 


Tiba masa yang dinantikan, masa untuk makan *suka* sebab menu pilihan tekak sendiri wakaka.




  Makan sampai kenyang ;p



 Ni je yang saya makan, tu pun tak habis ;)



 Sementara tunggu pilot2 lain sampai, sempat layan Ariff..




Saya ibarat makcik kantin la kat department ni. Tukang order makan saya, lepas makan tukang basuh pinggan pun saya dibantu Kak Intan sebagai assistant makcik kantin. Semalam tengah khusyuk membasuh pinggan tetiba sekeping pinggan ni meluncur ke lantai. Akibatnya, terbelah dua la pinggan tu. Terkejut makcik kantin sambil menggelupur ketakutan ;p Saya bagi tahu dengan caterer yang pinggan diorang terbelah dua, nasib baik diorang kata ok, kalau tak saya kena ganti pulak. Kalau kena ganti pun saya beli je kat kedai RM1.30 wakaka.


©Hernee Nazir – Agak kemalasan akhir2 ni nak mengupdate blog :)