'Duit Raya' RM500 Untuk Kakitangan Awam

'Duit Raya' RM500 Untuk Kakitangan Awam, Pesara

Wednesday, August 25, 2010





KUALA LUMPUR: Lebih 1.24 juta petugas awam dan 590,000 pesara kerajaan mendapat durian runtuh apabila kerajaan hari ini mengumumkan akan membayar Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata dalam satu kenyataan hari ini bahawa bayaran itu adalah untuk petugas dalam Gred 1 hingga 54 dan pesara kerajaan dan akan dibuat sebelum 1 Syawal. 

"Keputusan ini diambil setelah mengambil kira kebajikan kakitangan awam dan pesara Kerajaan terutamanya bagi meringankan beban kos persediaan bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri," katanya.

Najib berkata, bayaran itu membabitkan perbelanjaan sebanyak RM934.6 juta iaitu RM639.6 juta bagi petugas awam dan RM295 juta bagi pesara. - BERNAMA

Sumber: Berita Harian Online


©Hernee Nazir – Beruntunglah kakitangan awam ya dapat juga tambah2 belanja Hari Raya. Alhamdulillah juga untuk saya dan En. Nazir yang bukan kakitangan awam kerana insya'Allah company masih lagi bermurah hati nak memberi bonus Hari Raya untuk semua pekerja tahun ini. Dalam bergembira nak dapat duit raya tu, ingat2 jugalah pada yang tiada ya. Pesanan untuk diri sendiri dan juga kawan2 semua.

You Might Also Like

6 Th♥ught (s)

  1. aku nak nuat terlebih baik dgn dato k la..

    ReplyDelete
  2. sonoknyer dapat duit raya kanns.. ehehe

    ReplyDelete
  3. ::cdot the dot:: >>bodek la dot..hehehe

    ReplyDelete
  4. mesti dapat 2-3 bulan gaji ni..huhu

    ReplyDelete
  5. nakkk duit jgk lah cmniii..iskkkk

    ReplyDelete

Thanks 4 ur comment.. peace!

Advertise with us!