En. Nazir

Menu 13 Ramadhan Punya Cerita

Tuesday, August 24, 2010

Semalam plan asal malas nak masak sebab dari pagi sampai petang tak ada idea nak masak apa. Beriya call En. Nazir ajak pergi beli je. Tapi masa on the way balik tu, tiba2 rasa bersalah pula kalau tak masak. Terus singgah kedai beli sotong sikit dan ikan kitang. Sayur memang ada stok sikit kat rumah jadi tak perlu membazir nak beli. Masak simple je semalam main campak je la.

Dan hasilnya.. taraaaa..



Ikan kitang goreng tawar..



..cicah kicap (potong lada + bawang + perah air limau)


Ada siapa2 yang tak kenal ikan kitang? Ikan ni memang sedap. Kalau yang kecil2 fresh dari laut tu memang manis rasa isinya. Masak asam pedas pun sedap. Selalunya ikan kitang ni senang jumpa kat kampung2 la sebab nelayan dari laut biasanya terus hantar ke kedai untuk dijual. Saya memang dari kecil dah terbiasa makan ikan ni. Selain dari lauk di atas, saya juga sempatlah masak..



Sambal Sotong



Sayur sawi goreng..

Itu saja juadah berbuka puasa semalam dan tambahan 2 cucuk hati dan pedal ayam sambal yang dibeli. Hari ni masih mencari2 idea untuk masak petang :)



©Hernee Nazir – Tiap2 hari fikir nak masak apa.. macam nilah hidup mak2 kita sebagai suri rumah kan..

You Might Also Like

5 Th♥ught (s)

  1. ha tu mak2 punya pkir.. yang anak2 dara ni plak pikir ape mak masak ek berbuka ni kang...

    ReplyDelete
  2. Aini>>tu la..bru kte rase cmane mak2 fikir..hehehe

    ReplyDelete
  3. kicap + cili potong tu buat kty terliur.tu

    ReplyDelete
  4. pencicah tu sedap... aku tiap2 ari beli paru sambal kata laki aku kuat tul penangan che'long wakaka

    ReplyDelete

Thanks 4 ur comment.. peace!

Advertise with us!