Family

Berhari Raya Di Senggarang

Tuesday, September 21, 2010

Raya kali ini adalah giliran beraya di Senggarang. Hari Khamis saya dah mula bercuti. Sebelum balik ke Senggarang haruslah tidur rumah Mak dulu. Sedih pula rasa hati nak meninggalkan ayah dan adik2. Memanglah tak jauh mana, tapi tahun ni buat pertama kalinya kami beraya tanpa Mak tu yang menambahkan kesyahduan saya tu. Sebelum balik tengahari tu, sempat bermaafan dengan diorang dan jengah pusara Mak. Oh tidak.. syahdu bertambah :(

Sampai Senggarang dalam pukul 1 pm. Tengok MIL tengah sibuk kat dapur. Apa lagi teruslah membantu apa yang patut. Menu untuk hari raya kat rumah MIL ada beza atu jenis lauk dengan yang biasa arwah Mak masak. Selalunya kami mesti tak lupa masak Ayam Masak Merah dan serunding. Kat sini ayam diorang biasa masak kari. Saya ikutkan saja selera mereka, sebab saya tolak batu dengan kayu :) Tak tahulah kenapa saya terlupa nak snap gambar juadah hari raya tu semua.

Pagi hari raya yang dilimpahi hujan rahmat..



Keluarga En. Nazir..



Kami dan MIL..




Jangan betulkan monitor anda. Memang kami pakai baju yang dah pernah dipakai tahun lepas. En. Nazir tak nak buat baju melayu baru. Dia kata baju ni elok lagi. Memang pun. Jadi tema kami tak jauh beza dengan tema tahun lepas. Saya.. hanya memakai baju arwah Mak yang dia pakai masa majlis perkahwinan saya. Tak kisahlah baju lama ke baru, baju tu sangat berharga bagi saya. Tudung pun recycle, tudung raya tahun lepas. 



Kenapakah muka pakcik nampak macam cerah sikit ni? Apa rahsia? hehehe



Terlebih makan leher ayam agaknya ;p


Malam raya tidur saya tak berapa nyenyak. Asyik terjaga je terkenangkan arwah. Memang tak boleh nak lelap sedih betul rasa hati. Nasib baik orang sebelah sabar memujuk isteri yang gembeng. Pagi raya saat bermaafan dengan MIL bertambah lagi syahdu hati saya. MIL kata, "mak tahu menantu mak semua dah tak ada mak.. semuanya menumpang kasih dengan mak.. mak sayang semua menantu mak.. anggap je mak ni macam mak Heni sendiri" Huwaaaaaaa... mak saya sangat sedih. Terima kasih sebab terima saya seadanya.

Kesyahduan bertambah-tambah bila bermaafan dengan si dia.. :'(

Raya pertama hanya duduk di rumah sebab cuaca yang tak memberangsangkan menunggu tetamu yang datang je. En. Nazir meneruskan tradisi marbahan dari rumah ke rumah sekitar Kg. Parit Jabar tapi mengelat tak habis semua rumah dah cabut balik dengan alasan letih ;p

Next entri, cerita beraya lagi ;)


©Hernee Nazir – Saya yang ketinggalan bercerita pasal raya..

You Might Also Like

9 Th♥ught (s)

  1. kite sama2 ketinggalan n3 raya huhuhu.. aku lak yg over sentap baca ayat MIL ko..

    ReplyDelete
  2. Mummy Dasy>> mls sungguh aku nk update..hehehe

    beb ko jgn sdih2 kang dpt ank gembeng kang..hehehe

    ReplyDelete
  3. amboi meriahnya beraya, selamat hari raya hernee :)

    ReplyDelete
  4. ieda>>slmt hari raye gak ida..maaf zahir batin yek..hehehe

    ReplyDelete
  5. wah meriahnyer...

    betul la kak... 1st raye tu ujan lebat gakkan...

    ReplyDelete
  6. hajarus>>lebat gile kan..hajar kt bp gak ke?

    ReplyDelete
  7. next year nak wat tema warna ni utk family lah..
    cantik... hehehe

    ReplyDelete

Thanks 4 ur comment.. peace!

Advertise with us!