En. Nazir

Makan2 Di Restoran Parameswara, Medan Ikan Bakar Pernu-Umbai

Saturday, October 09, 2010

Cerita awalnya belum siap lagi, sebenarnya kitorang ada agenda penting ke Melaka hari Sabtu 2 minggu lepas. Dah lama gila tak menjejakkan kaki ke Melaka. Ada peluang ni, tu yang saya ikut hehehe. Sebenarnya kitorang pergi majlis pernikahan kawan En. Nazir, Aidil dan Nurul kat Kampung Tedung, Merlimau. Kawan dia tu minta tolong ambilkan gambar nikah diorang. Kami pergi berempat, En. Nazir, saya, Kamarul dan Miji.

Cerita disebalik tabir gambar pernikahan diorang akan menyusul nanti. Tunggu tuan blog ada cukup masa nak mengadap cik pinky barulah keluar ceritanya. Sebelum balik tu, saya request kat En. Nazir nak makan ikan bakar. Jadi kami pun menyinggahlah ke Umbai sekejap. Masa ni dah tinggal bertiga je, sebab si Kamarul dah kena campak kat tepi jalan depan Dataran Pahlawan.



Kami dah sampai.. tengah pilih2 nak makan kat mana..



Akhirnya kami memilih untuk makan kat Restoran Parameswara..

Sila beratur ya sebelum nak pilih menu.




Segala macam jenis seafood semua terbentang atas meja ni. Jadi kerja kami cuma pilih dan bagitau staff restoran ni masakan yang kita nak. Oleh kerana tujuan utama nak makan ikan bakar, jadi haruslah memilih ikan mana yang nak dibakar tu. Saya pilih ikan siakap untuk dibakar. Staff tu kata kalau nak belah dua pun boleh sebelah masak lain sebelah masak lain. En. Nazir kata sebelah bakar, sebelah lagi buat 3 rasa. Ya, saya ikut je janji makan hehehe. Lepas tu pilih udang untuk dimasak sambal. Sayur pula pilih kailan ikan masin.

Servis kat Restoran Parameswara ni sangat cepat dan cekap pada saya. Tak perlu menunggu lama. Sekejap je makanan dah terhidang. En. Nazir dan Miji pilih nak makan nasi putih, saya pula nak makan....



Nasi Lemak ni.. sangat sedap uolls..

Menu2 lain macam yang kat bawah tu..



Udang Sambal.. udangnya sangat gemuk2 belaka..



Siakap 3 rasa..



Ini pencicah ikan bakar.. ikan bakar terlupa snap.. sebab tangan dah laju je cekut makanan..hehehehehe



Akhir sekali.. buah2an pencuci mulut..


Sangat berpuas hatilah makan kat sini. Makanan dan minuman semua sedap2 belaka. Tetiba teringat nasi lemak comel tu. Memang sedaplah. Tak rugi menyinggah setelah penat meronda Bandar Melaka. Total harga makan untuk 3 orang hanya RM88 je walaupun ikan bersaiz besar dan udang pun boleh tahan besar godangnya hehehe. Selalunya kat sini kalau udang jenis udang jaring tu mesti mahal gila. Rasanya next time nak menyinggah lagi la.

Sebenarnya banyak je gerai2 kat bahagian depan tu. Cuma tak tahu nak pilih yang mana satu dah terlalu banyak. Nanti rimas pula rasa semua suruh duduk kat gerai masing2 hehehe.

Kalau uolls menyinggah ke Umbai, try la singgah Restoran Parameswara ni. Sure tak mengecewakan dari segi rasa dan service nya.



©Hernee Nazir –Dah lama tak tayang makanan kat blog ni ek?? hehehe~

**Rasanya dah dekat area rumah ex-roomate saya Khair.. tapi tak jumpa mana lorongnya.. ke saya yang dah hilang ingatan.. tiba2 teringat dulu selalu je tidur kat rumah dia..**

You Might Also Like

6 Th♥ught (s)

  1. wah..umbai..lama tak g sana...

    dulu time study, pernah satu malam tu kiteorg teringin nak makan ikan bakar...bincang punya bincang, last2 decide nak makan kat umbai...6 kete dari gombak ke umbai malam tu jugak..pagi2 lepas subuh baru balik gombak..huhu

    ReplyDelete
  2. edy>>perghh smngt btul..hehehe..nk mkn ikn bkr lagi............hehehehe

    edy dh bace komen akk kat n3 edy lum?

    ReplyDelete
  3. dah sampai Melaka tak singgah pun rumah...

    ReplyDelete
  4. 3yearshousewife>>sorry puan..xde cntact no nk tnye umah..next time insya'allah..ingtkn nk mnjengah family angkt kt sne..

    ReplyDelete

Thanks 4 ur comment.. peace!

Advertise with us!