En. Nazir

Dinner @ Marissa Burger & Western, JB

Wednesday, April 06, 2011

Semalam lepas balik dari Puteri Specialist Hospital menjengah Mummy DaSy dan baby comelnya, En. Nazir pun ajak le melepak kat ZZ Corner. Sekali sampai je, ZZ tutup daaaaa. Punyalah dah berzaman rasanya tak datang sini. Hampa sungguh, baru terbayang2 nak makan roti cicah sup :) 

Terus je dia tukar idea nak makan chicken chop kat Hutan Bandar. On the way tu En. Nazir call le Kambing Kamarul ajak lepak sama2. Sekali mamat tu on the way balik kampung pulak. Sempat juga suggestkan suruh kitorang makan kat kedai sebelum TNB yang katanya chicken chop sedap (rupa2nya dia pun tak pernah makan kat sini..cessss). Kitorang pun terus la menuju ke kedai tu. Sampai2 tengok mak oi ramainya manusia. Kereta pun berderet2 macam ada majlis kenduri kahwin. Terus tuju je ke kedai tu, tengok kat luar dah penuh nasib baik kat dalam ada ruang lagi. Masuk dalam tengok deco2 kedai ni sangat menarik bertemakan kaler merah, hitam dan putih. Wahhh nice~

Sekejapan lepas tu, waiter pun sampai bagi list of menu. Belek punya belek, kami order Grilled Chicken Chop 2 set, air suam, Sirap Laici dan yang menyayat hati saya bila tengok air yang di order oleh En. Nazir Sirap bandung 3 Layers. Macam sedap!

Tak sampai beberapa minit berlalu, taraaaaaaaaaaaaaa.. Grilled Chicken Chop pun sampai.

 
Grilled Chicken Chop.. RM6.50

 
Sirap Bandung 3 Layers.. RM2.50 kot..

Setelah beberapa minit berlalu..

 
Hambik ko.. licin pinggan haaaa.. ;) 

Kesimpulannya, kitorang sangat2 berpuas hati Grilled Chicken Chop kat sini. Rasanya ok sedap, sesuai dengan harga yang berpatutan. Kalau Chicken Chop biasa tu harga sama macam kat Hutan Bandar RM5.00 je 1 set. Air Sirap Bandung 3 Layers  pun sodap opppsss kantoi curi air En. Nazir :)
Lagi satu, deco2nya memang menarik kalau rasa nak bersantai2 bolehlah pilih duduk kat luar je, kalau nak privacy, siap ada sediakan bilik yang boleh tahan luas la, dan kalau nak melepak kat tengah2 ruang kedai pun ok juga. Cuma nak komplen tang pengudaraannya je la. Bagi saya (yang alergik dengan asap2 atau bau2 tumisan ni) sistem pengudaraan dia ada kureng sikit la. Bukan saya je yang cakap macam tu tau, En. Nazir yang tak alergik pun cakap gak. Sepatutnya, kat dapur tu ada kipas yang sedut asap tu supaya asap masak2 tak masuk kat ruang makan yang boleh menyesakkan nafas. Itu saja komplen saya Incik, lain2 ok.

Next time rasa nak datang lagilah bawak adik2 (harap2 dorang tak terbaca kalau lupa ajak confirm kena kutuk) hehehe. Ok, untuk yang nak mencuba, bolehlah terjah Marissa Burger & Western. Lokasi jalan tak hengat, landmark nya berhadapan dengan Petrosains Johor, Perbadanan Perpustakaan Negeri Johor, Sekolah Agama Johor Bahru, dan Bangunan TNB. Pusing2 confirm jumpa punyalah. Rasanya jalan Ayer Molek la tu hehe. Apa daaa orang Johor tak boleh harap ni :)
Itu saja info Jalan2 Cari Makan Hernee Nazir :)

You Might Also Like

11 Th♥ught (s)

  1. wow tengok je dah tau sedap, heheh..

    ReplyDelete
  2. Azaman: hehehe..tu yg wat sy nk dtg lg.. :)

    ReplyDelete
  3. alamakkk...nie yg winduu nak turun jb nie...baruu jerk balik dari jb....kalau tahuu leh singgah....

    ReplyDelete
  4. Azueriena Norash >>hehehe meh trun jb lg.. :)

    ReplyDelete
  5. jalan yahya awal lah awak.. bukan situ nasi padang faziz ke? kat situ ke tempat dia?? mmg penuh sokmo..

    hoho.. kena serbu ni.
    tapi servis ok tak??

    ReplyDelete
  6. Cik Nad >>o ye ke..hahaha..main tibai jekkan..ingtkn jln yahya awal yg dpn saujana tu..sblh die tu..

    service ok..pntas..

    ReplyDelete
  7. wowwww.... menariknyer chicken chop ni kaaaaaakkkk... adoi klu la dkt dah lame hjr g terjah... sgt menyelerakan... kene plk ngan air 3 layers yer tuuu... arrrggghhhh.... xleh tahan... tp hjr mampu jamu mate jer la smbl tertelan air liur...

    ReplyDelete
  8. murah nyer chicken chop tue!
    fevret kot.. selalu mkn kat kampung baru rm8 pun dah best dah.huhu

    thx yer letak blog saye kat bloglist :)

    ReplyDelete
  9. omaigod!omaigod!
    sirap bandung itu menggugat perut & tekakku.. :P

    ReplyDelete
  10. if sape2 ada resepi, leh la share..memang nampak sedap...terliur kot...dala bulan pose ni...isk3...sbar2...

    ReplyDelete
  11. sedap2...nak try la...ada sape2 leh bg direction x???huhu

    ReplyDelete

Thanks 4 ur comment.. peace!

Advertise with us!