PTP

Kerahan Tenaga Sempena PTP Safety Day 2011

Monday, October 10, 2011


07102011

Macam tahun2 yang sudah 12 Oktober adalah APMT Global Safety Day dan HSE Department PTP aka department saya cari makan, akan anjurkan PTP Safety Day. Seperti biasa ada ole2 untuk staff2 yang join program ni. Untuk tahun ni saya tak banyak involved dalam perbincangan untuk Safety day almaklumlah saya baru je mula bekerja after maternity leave. Lagi pun rasanya ni kali terakhir saya join Safety Day HSE sebab lepas ni saya akan membawa diri sepenuhnya ke Marine Department. Tak payah nak pening2 duduk kat dua department. Saya patah hati boss dah tak ada sobbb..sobbb.. Crying face *tipu*
Hari Jumaat lepas, kebetulan trainee pilot Marine Department ada kelas dengan Capt Akashah, jadi saya ambil peluang ni untuk minta tolong diorang packing barang2 Safety Day meringankan kerja Cik Zuritah yang sebeban tu. Alhamdulillah lebih kurang satu jam selesai packing goodie bags sebanyak 600 beg. Thanks kat semua trainee pilot, Pak Dollah dan juga Niza atas kerjasama korang. Tak ada apa nak bagi, cuma dapat belanja teh ais sorang sebungkus Winking smile
Untuk warga PTP, meh join PTP Safety Day 2011 pada 12 Oktober 2011. Selain dapat goodie bag, anda berpeluang juga untuk dapat cabutan bertuah. Jangan lupa join contest. Hadiah menarik menanti anda! See you there! Smile

You Might Also Like

0 Th♥ught (s)

Thanks 4 ur comment.. peace!

Advertise with us!