My Hero Kechik - Ilham Syahmi

Renungan Makrifat Untuk Kak Jem ;p

Wednesday, November 09, 2011



JM berbual dengan dia.. dia bantai tidur ;)


Semalam check up 4 bulan kat Klinik Desa Paya Mengkuang untuk Ilham dan macam biasa ummi dan babah dia akan kerja half day :)

Notes untuk ibu/bapa baru **  4 bulan ni tak ada injection tau :) baby dapat rehat sebulan dari kena cucuk.. ngee~

Semalam sampai2 je timbang berat Ilham. Yeay! alhamdulillah berat Ilham sekarang 6.2kg naik 500gm dari bulan lepas. Apa yang penting Ilham sihat ye sayang.
Macam biasa, JM tanya update perkembangan Ilham.. so far dia dah pandai mengiring2 dan pernah meniarap sekali dua. Masih belum betul2 kuat nak meniarap lama. Mulut dah makin bising membebel2 sorang.. kalau dilayan makin menjadi2.. penghibur hati ummi dan babah. Tangan pun dah pandai mencekut barang.. kalau mengempeng, habis tudung ummi tak pun baju ummi ditarik2nya.

Mula2 dia cergas je depan JM, mengagah2.. lepas tu dia bagi renungan makrifat sekejap.. last2 dia boleh terlelap depan JM. Dah mengantuk sangat agaknya. Kesian anak ummi, maybe dia tenung JM sebab dia tahu orang ni la yang asyik nak cucuk peha saya hehehe (pandai je ummi buat cerita). Tak cucuk la sayang oi.. bulan ni Ilham merdeka kejap tau.

JM tanya masih breastfeeding lagi ke? Ya.. alhamdulillah masih meneruskan perjuangan BF untuk Ilham. Selagi mampu ummi akan bagi yang terbaik untuk Ilham. Mudah2an cita2 nak BF Ilham hingga 6 bulan dan seterusnya 2 tahun dimakbulkan Allah. Amin.

Lepas bawa Ilham pergi check up, ummi dia pulak kena bawa pergi klinik sebab diserang cerri berri pagi2 hari nak pergi opis semalam. Hadoiiii.. lemah longlai badan ni ha. Nasib la memang kerja half day, kalau tak konfem mc semalam. Alhamdulillah, Ilham tak meragam macam tahu2 je ummi dia tak sihat. Dia tak banyak kerenah diam2 je dengan babah. Good boy! Ni yang buat ummi bertambah2 sayang kat Ilham.. babah juga :) Alhamdulillah sekali lagi.. perut dah beransur sihat.. hmmmm entah apa la yang saya makan sampai sakit perut ni. Nasib baik Ilham tak sakit perut syukur ya Allah. Takut juga kot2 dia dapat effect dari menyusu.

Ok, stop dulu penat nak taip ;)

You Might Also Like

0 Th♥ught (s)

Thanks 4 ur comment.. peace!

Advertise with us!