Family

Menjamu Laksa Goreng Di Rumah Mak Cu

Friday, December 16, 2011

Petang Rabu kami bertiga beranak ke rumah Mak Cu di Taman Setia Indah. Tujuan asal nak hantar hand phone Makcik dan nak hantar baju. Lagi pun En. Nazir nak hantar album customer untuk printing kat Taman Johor Jaya.
Sampai2 Mak Cu tengah prepare bahan2 nak buat Laksa Goreng, anak2 dia pulak tengah syok makan maggi :) Kami ni kiranya langkah kanan juga la kan. Mak Cu suruh tunggu dulu dan ajak menjamu Laksa Goreng.

Nahhhhh.. sila jamu mata anda :)
Pestaim saya makan Laksa Goreng ni, boleh tahan sedap. Kembang Nek Cu kalau baca ni kang hehehe. Next time boleh try buat sendiri kat rumah. Lepas makan golek2 kejap layan Ilham lepas tu saya, Mak Cu dan Ilham nak ke rumah nyonya buat baju. Manakala En. Nazir dan Pak Cu ke kedai motor nak tengok motor idaman Pak Cu. Sekali sampai rumah nyonya tak ada daaaaa. Terus je la meronda ke kedai motor tengok pakcik berdua tu. Ilham masa kat kedai motor tu tengah nyenyak tidur kat bahu ummi.
Haaaaaa.. ni lah motor idaman Pak Cu. Jenama Kawasaki, model apa jangan tanya saya sebab saya tak tahu :)

Kat bawah ni model sambilan motor ni ;)

Tak lama lagi Pak Cu bergaya sakan la dengan motor idaman dia. Tapi bukan yang ni. Motor dia belum sampai lagi. Harap Pak Cu bersabar ye, jangan termimpi2 pulak naik motor ni :)

You Might Also Like

0 Th♥ught (s)

Thanks 4 ur comment.. peace!

Advertise with us!