My Hero Kechik - Ilham Syahmi

Check Up 6 Bulan

Thursday, January 19, 2012

Semalam check up 6 bulan Ilham kat Klinik Desa Paya Mengkuang. Makanya macam biasalah ummi akan time off petang. Balik kerja ambil Ilham, lunch sekejap then terus ke KDPM. Alhamdulillah tak ramai orang, tunggu satu turn jek lagi.
Sampai2 je haruslah ditimbang si kecil ni, dan hasil timbangan hanya naik 100gm jek bulan ni. Latest weight Ilham 6.8kg. Nasib tak kena soal siasat dengan JM kan. Lepas timbang tunggu sekejap JM buat notes kat kad Ilham, barulah dia panggil untuk ukur lilitan kepala.
Lilitan kepala = 42cm
Dah lama tak ukur tinggi Ilham..
Tinggi terkini = 66cm
Next.. injection yang menggerunkan Ilham mahupun ummi ;)
Ok, before ni saya ingatkan last injection masa bulan 5..refer juga pada jadual imunisasi sekali tengok semula kad dan JM bagitau yang ade injection untuk 6 bulan Hepatitis B Dos ke 3.
Ni jadual imunisasi yang saya snap kat KDPM
Ok.. masa yang ditunggu2.. :)
Melilau2 mata dia tengok keadaan bilik suntikan ni..hehehe
Macam dah tahu2 je kan nak kena cucuk..dia buat la meliuk lentukkan badan..
Hahaha.. sekali Nek Jem cucuk terus menjerit nangis sekejap..
Rebeh dah muka anak ummi.. hehehe
Alhamdulillah dah selesai injection.. lepas ni check up seterusnya 13/3/12. Kalau babah tak ikut pun tak apa sebab dah tak ada injection hehehe ayat berlagak ummi. Ummi Ilham pun ambil kesempatan nak menimbang berat badan yang makin memberat ni. Sekaliiiiiiiiiiiiiiiiii.. amekawwwwwwwwwwwww.. 54.5kg dah. Naik 1.5kg.. anak naik sikit mak yang naik banyak. Ape pun tak boleh..hahaha.
Ohhhh..belek2 Ilham, rupa2nya gigi lagi sebatang dah nak menyusul keluar..jiran gigi sebelah je. Hmmm.. tak lama lagi ummi kena berhati2 lagi la. Time2 dia ngempeng nanti dia mesti nak kemam2.. lepas tu senyum2 gelakkan ummi yang menjerit.. ouchhhhh! ;)
Hernee Nazir – Counting the days.. tak sabar nak cuti CNY..ngeh3..

You Might Also Like

0 Th♥ught (s)

Thanks 4 ur comment.. peace!

Advertise with us!