My Hero Kechik - Ilham Syahmi

Ilham's First Solid Food :)

Monday, January 16, 2012

Hooo yeahhhh..
Hari Sabtu punya cerita.. ummi dan babah excited nak bagi Ilham mamam :) Menu pertama yang ummi berangan adalah “Puree Pisang”. Maka gigihlah si ummi di dapur memblender dan melecek pisang ;)
Resepi Puree Pisang yang tersangatlah mudah ;)
Bahan2:
1/2 biji pisang
2oz EBM (Express Breast Milk)
Cara2nya:

Potong pisang kecil2.. kalau terlebih potong separuh lagi boleh masuk dalam mulut ummi ;)


Masukkan pisang yang dah dipotong kecil tu ke dalam blender bersama EBM..
Blend sampai hancur..


Bila dah siap blend tengok ada lagi tak hancur.. maka ummi dengan rajinnya melecek pulak guna tapis. Bila Babah Ilham ke dapur, dia nampak ummi tengah gigih melecek.. maka terkeluarlah statement yang paling sorgaaaaaaaaaaa ummi mendengarnya.. yang lebih kurng macam ni bunyinya..
“Kenapa lecek pulak.. tak hancur ke?”
“A’ah tak hancur sangatlah pakai blender biasa”
“Ohhh ye ke.. tak pe nanti babah belikan hand blender tu..berapa harganya?”
“Along kata RM150 je brand Philips dia beli kat Sen Heng, Jusco”
“Ok.. untuk Ilham nanti babah belikan”
Maka hati ummi Ilham sangatlah berbunga2.. senyum sampai telinga.. ngeeee~
I lap u la babah Ilham.. (love u for a thousand years..love u for a thousand more.. lalalala.. aeh ternyanyi lagu Christina Perri lak ;) )
ehhh dah melalut ni..

Inilah hasil bila dah siap di lecek.. :)


Ok baby.. ready untuk mamam..
Baca doa makan dulu ok.. :)
Sekali ummi suap je..ter’uwek2′ dia.. macam geli geleman je rupa dia..
Nak tengok muka dia macamana??
Nahhhhhhhhhhh..


Mencemik2.. lepas tu ngeeeeeeeeeekkk nangis tak mo kena suap. Dah macam bagi ubat gamaknya. Lepas tu babah pulak take turn suap hero kechik ni. Kelakar pulak tengok muka dia yang geli2 nak makan puree pisang tu. Tak apalah Ilham.. slow2 ok.. ummi tak paksa.. take your time untuk adapt dengan aktiviti baru ni. Nanti ummi buat homemade food best2 untuk Ilham ye.
Lepas je geleng2 tak mo puree pisang, dia terus je la nak ngempeng dengan ummi.


Ohhh nikmatnya.. sampai dia tertidur. Jangan risau baby, ummi tetap akan bagi Ilham susu walaupun ummi bagi Ilham makan. Dua2 pun penting untuk tumbesaran Ilham. Bila Ilham dah tidur, apa lagi.. bersilatlah si ummi kat dapur.. Now turn nak bagi makan untuk hero beso pulak.. ngeee~
Sempatlah masak makanan konon2 sihat.. all in one padahal pemalas nak masak banyak2 sebab dah nak pukul 1pm ;)
Taraaaaaaaaaaaaaaaaaa..
Siakap stim with mushroom, brocolli and carrot  in d houseeeeeeeee ;)
Hero beso kata sedapppppppppppppppppp.. ummi pun senyum simpul kena puji ngeh3. Siapa lagi nak pujikan kalau bukan suami sendiri.

Ok, back to the topic.. semalam try bagi puree pisang lagi sambil bagi air masak. Mula2 dia suka lama2 dia geli2 hahaha. Bila bagi air masak muka dia lagi macam pelik. Almaklumlah tak pernah minum air lain selain susu ummi dia. Petang tu saya lecek avocado sikit, saja nak test sebab tengokkan dia macam tak suka pisang.. ooppssss terlanggar 4 days wait rule.. Sekali suap macam ok je.. tapi terkeluar juga lah.. pagi ni saya decide untuk bekalkan puree avocado untuk Ilham dan pesan dengan BS tadi supaya letak sikit EBM yang saya bekalkan. Tak sabar nak tunggu waktu balik, nak tahu apa perkembangan Ilham.. boleh terima ke tak agaknya.
Oklah nanti saya update lagi pasal solid food ni.. harap2 Ilham dapat terima makanan sedikit demi sedikit. Ummi janji akan merajinkan diri untuk sediakan makanan Ilham everyday Insya’Allah :)

You Might Also Like

2 Th♥ught (s)

  1. sedapnya puree pisang ni..hihi
    nk cket~

    ReplyDelete
  2. ecah>>hehehe sdap2..meh sni mkn same2 ilham hehehe

    ReplyDelete

Thanks 4 ur comment.. peace!

Advertise with us!