Notes: DDHN = Dari Dapur Hernee Nazir :)
Menu malam Sabtu.. di Cafe Hernee Nazir (berangan!)

Sambal Udang..
# Tumis lada blender sehingga agak garing.. masukkan bawang besar dan bawang putih blender.. masukkan air asam.. gula.. garam.. pak aji (jika suka)..dan masukkan bawang besar dimayang bulat.. siap! #
Next menu..
Sayur Bak Choy goreng dengan sos tiram..
# Bersihkan sayur.. celur seketika dan asingkan.. untuk rencah.. racik bawang putih.. tumis2 manja dalam kuali dan masukkan sos tiram.. susun sayur dalam mangkuk dan simbah dengan kuah tadi.. siap! #
Last menu of the night :) macam rajin konon nak banyak2 menu ;)
Ikan Selar Kuning Goreng
#Ikan selar dilumur dengan serbuk kunyit dan garam.. goreng sampai garing (ikut suka la nak garing macam keropok ke apa).. siap! #
Esok pagi Sabtu.. oleh kerana sambal udang ada balance.. maka terhasillahhhhhhh..
Lempeng cicah sambal udang malam tadi :)
Tengahari selepas bertungkus lumus menyiapkan stok makanan Ilham..
maka ni je yang saya mampu masak ;)
Ikan Seliap Sambal..
Entah le.. arwah mak ajar nama ikan ni ikan seliap tapi rasanya ada orang panggil nama dia lain sikit.
# Lumurkan ikan dengan garam dan serbuk kunyit.. goreng! Tumis lada blender sehingga agak garing.. masukkan bawang besar dan bawang putih blender.. masukkan air asam.. gula.. garam.. pak aji (jika suka) letakkan belacan sikit..dan masukkan bawang besar dimayang bulat.. siap! #
Next menu..
Sayur bak choy goreng (sayur ni lagi yang dibeli dek En. Nazir..saya pasrah! :) )
# Potong mayang lada merah..bawang besar.. bawang putih dan cekut sedikit ikan bilis.. tumisssssss..ooppsss sayur potong kecil2 takmo panjang2 macam semalam tau;) bila dah naik bau masukkan sayur tadi.. siap! #
Itu saja sesi masak memasak saya minggu lepas.. gambar2 ni masa ada time nak snap la.. kalau masa habis masak Ilham menrengek, nan ado la gambar2 segala bagai.. terus ngap je tak sanggup nak snap2 hehehe~