Baby Development

Perkembangan Bayi Pada Usia 9 Bulan

Wednesday, April 25, 2012



Agak terlambat nak share entry “Perkembangan Bayi Pada Usia 9 Bulan”.. biasa la Puan Blog kebizian akhir2 ni ;)
Gambar sekadar hiasan.. masa ni Ilham jadi body guard ummi and Mamacu ;)
Muncung ummi kan main panjang hahaha.. dialog masa tu..
“Ilhammmm.. tengok tuuu.. tengok depan..”
Tapi malangnya.. Ilham buat tak tahu syok tengok amoy sales girl kat belakang ;)
Kepenatan hero kechik meneman ummi dan Mamacu meronda AEON Bukit Indah :)
**Ok, as usual.. yang nites merah tu perkembangan Ilham**
Hampir Berjalan
Bayi anda semakin hampir untuk berjalan sepenuhnya. Pada usia ini, dia mungkin akan boleh merangkak naik tangga dan berjalan-jalan (meronda-ronda dalam posisi tegak sambil memegang perabot). Sesetengah bayi yang berusia sembilan bulan mungkin sudah boleh mengambil beberapa langkah ke depan – dengan dibantu. Bayi anda juga belajar bagaimana untuk membengkokkan lututnya dan bagaimana untuk duduk selepas berdiri (satu perkara yang lebih sukar untuk dipelajari daripada apa yang dijangkakan!).
Anda boleh membantu bayi anda dengan berdiri atau melutut di hadapanya dan menghulurkan tangan anda sebagai galakan, sambil memegang kedua-dua tangannya dan membuatkannya berjalan ke arah anda atau dengan membeli mainan membantu bertatih atau alat yang serupa dengannya yang mana bayi anda boleh pegang dan tolak (cari alat bertatih yang stabil dan mempunyai tapak yang lebar.)
Menyediakan rumah anda supaya selamat untuk kanak-kanak adalah suatu kemestian sekarang. Anda boleh mulakan dengan meletakkan selak pada pintu almari yang dilarang untuk dibuka oleh bayi — selalunya bayi suka bermain dengannya.
*** Yupp.. tepat sekali hero kechik ummi memang dah memapah2 nak berjalan.. 2 hari lepas penantian ummi dan babah nak tengok dia merangkak akhirnya tercapai..hehehe.. tiba2 je dia naikkan badan dan merangkak.. tonggang terbalik pulak step Ilham ni hehehe.. pandai memapah dan duduk dulu baru tahu merangkak.. whateverlah Ilham janji Ilham membesar dengan sihat. Sofa sekarang dah jadi tempat dia berpaut.. sekali sekala diam2 sampai juga dia memanjat sofa tu.. dah puas berdiri, terjerit2 nak duduk tapi dia masih takut2 lagi..ummi dengan babah eksaited tengok perkembangan Ilham tau***
Kasut? Belum Lagi
Apabila bayi-bayi mula berdiri dan berjalan, kebanyakan ibu bapa akan tertanya-tanya jika perlu memakaikannya kasut. Sehingga bayi anda sudah biasa berjalan di luar kawasan rumah, kebanyakan pakar-pakar merasakan ianya tidak perlu. Berkaki ayam/berjalan tanpa kasut bukan hanya menguatkan otot tapak kaki dan kaki tetapi juga memudahkan bayi anda menyeimbangkan diri apabila kakinya bebas merasakan semua tekstur permukaan jalannya.
*** So far Ilham cuma ada pre-walk shoes jek.. ada la koleksi sikit2 hadiah masa lahir dan yang ummi and mommy ngah belikan.. tu pun jarang2 pakai..***
Bermain dan Belajar
Sekarang, bayi anda boleh meletakkan objek ke dalam bekas dan mengeluarkannya. Berikannya timba plastik dan beberapa bongkah berwarna-warni (pastikan ianya tidak terlalu kecil sebab dia boleh menelannya) supaya dia boleh berlatih kemahiran barunya ini. Dia juga suka alat mainan dengan bahagian yang bergerak, seperti roda, tuil atau pintu yang boleh dibuka dan ditutup. Kereta plastik besar yang boleh ditolak oleh bayi anda di atas lantai merupakan alat mainan kegemaran bayi lelaki dan juga perempuan.
Jika anda mengambil alat mainan daripadanya, selalunya bayi anda yang semakin mendesak akan membantah. Dia akan mula menunjukkan apa yang dia perlu dan mahukan.
Kira-kira separuh daripada bayi yang berusia sembilan bulan akan memulakan permainan hantaran, memberikan alat mainan dan mengambilnya kembali. Jadilah rakan sepermainannya. Cuba mengolekkan bola kepada bayi anda apabila anda bermain di atas lantai dan lihat jika dia menggolekkannya kembali kepada anda. Berikan dia alat mainan menyusun atau gegelung tetingkat dan lihat jika dia menyusunnya atau melonggokkannya atau memberikannya semula kepada anda.
***Setakat ni Ilham memang suka main2 dengan colourful ball dia yang ummi beli masa Mommy & Baby Expo hari tu.. kalau mainan yang lain dia dah pandai pass kat kita dan baling atau buang semula.. nanti ummi belikan Ilham bongkah2 kaler2 tu ya..***
Menangani Pemisahan
Kini dan pada beberapa bulan berikutnya merupakan kemuncak kebimbangan pemisahan. Walaupun ia adalah normal bagi bayi berusia sembilan bulan untuk menunjukkan hubungan yang sangat rapat dengan anda dan menjauhkan diri daripada orang lain, ia adalah sukar bagi datuk, nenek dan pengasuhnya. Anda boleh membantu memudahkan peralihan anak anda dengan memberitahu orang lain supaya mendekatkan diri secara perlahan-lahan dan membiarkan bayi anda memulakan langkah yang pertama.
Jika anak anda menghisap satu ibu jari atau puting untuk menenangkan dirinya atau tidur semasa dia cuba menangani kebimbangannya, itu adalah okey. Menghisap jari merupakan satu-satunya cara bayi anda menenangkan dirinya sendiri.
***Ohhhh.. so true.. sangat susah nak berlepas.. ada masa senang nak tinggalkan dengan pengasuh..ada masa seksa betul.. baru bukak pintu rumah dia dah start tarik2 tudung.. sampai depan rumah pengasuh dia dah berpaling dah.. sekarang latest development.. tengah kemaruk menggeleng2.. kalau babah hulur tangan cepat2 dia menggeleng.. tapi yang saya perasan semenjak babah Ilham cuti sakit ni dan 24/7 ada di rumah.. Ilham nampaknya semakin rapat dengan babah dia.. Alhamdulillah.. kalau tak susah juga dia nak duduk dengan babah dia..ohhh dia memang suka hisap2 jari sekarang..maybe sebab gusi gatal gigi kapak sebelah lagi nak keluar..hehehe..***
Cuba untuk Membuat Perjalanan
Ini merupakan usia yang sukar untuk membuat perjalanan dengan bayi anda. Bayi anda menyukai perkara yang boleh dijangka dan perjalanan akan menganggu rutinnya. Jika anda membuat perjalanan, bersiap sedialah untuk berhadapan dengan anak anda yang perengus dan suka berkepit dengan anda. Sediakan pelbagai barang untuk mengalih perhatiannya – buku bergambar, alat mainan yang membuat bunyi bising dan lebih penting lagi, objek sekuritinya. Dan jika dia menggunakan puting, lebih baik jika anda membawanya bersama: selalunya ia tidak dapat dijumpai semasa anda amat memerlukannya.
***Kalau jalan balik kampung kadang2 saya bekalkan mainan.. teether ke.. ipad dia ke.. janji boleh menenangkan dia.. kalau tak memang tak reti diam la dia dalam kereta kecuali tidur..Ilham sebenarnya memang tak diajar guna puting kopek tu.. bila dia tengok cousin dia hisap puting kopek maka menjakun la dia sekejap nak ambil puting kopek Arshad hehehe..
Pemahaman Bahasa
Perkataan-perkataan yang didengari semenjak dia dilahirkan mula mencurah-curah daripada anak anda. Sekarang, pemahaman bayi anda mengenai perkataan adalah melangkaui kebolehannya menggunakannya dan agahan anak anda akan mula kedengaran seakan-akan perkataan sebenar, termasuklah “ma” dan “da.” (Jangan berasa terlalu seronok lagi – mungkin ia bukanlah perkataan yang sebenar, hanya pelbagai bunyian yang selalu digunakannya.)
Pada usia ini, bayi anda masih lebih memahami tona suara anda daripada perkataan sebenar yang anda gunakan. Lebih banyak anda bercakap dengannya – semasa menyediakan makan malam, memandu atau bersiap – lebih banyak yang dipelajari oleh bayi anda mengenai komunikasi. Malah, satu kajian mendapati bahawa peramal paling baik mengenai kebijaksaannya di masa hadapan ialah jumlah perkataan yang didengarinya setiap hari. Sudah tentu, perbualan dan masa yang diluangkan semasa menonton TV tidak boleh diambil kira – untuk membantu pemahaman bayi anda, dia mesti mendengar perkataan dan bahasa yang digunakan secara interaktif.
Pada usia sembilan bulan, bayi mula memahami perkataan “tidak” tetapi dia mungkin tidak akan mematuhinya lagi. Walau bagaimanapun, dia akan bertindak balas kepada namanya dengan memandang sekelilingnya atau dengan menghentikan apa yang sedang dilakukannya untuk mengetahui siapa yang memanggilnya. Kukuhkan kelakuan mengecamnya dengan menyebut namanya dengan kerap.
 ***Yuppp..memang semakin kuat dia membebel sekarang.. kalau time nangis sebut2 nama babah..suka juga sebut2 “mama”..ummi relax2 je kalau Ilham tak sebut ummi lagi..hehehe..babah Ilham pesan awal2 jangan cakap pelat dengan Ilham.. ok ummi yang menurut perintah ;)Kalau orang panggil nama dia “Ilham” ke “Syahmi” ke.. dah pandai dah toleh dan senyum.. faham la tu kot..***
Adakah bayi saya berkembang secara normal?
Ingatlah bahawa setiap bayi adalah unik dan mencapai tahap fizikalnya mengikut masanya sendiri. Kemahiran-kemahiran ini merupakan panduan mudah untuk potensi yang boleh dicapai oleh anak anda – jika bukan sekarang, mungkin nanti.
Dan jika bayi anda dilahirkan pramatang, anda akan dapati bahawa ia akan mengambil masa yang lebih lama sebelum dia boleh melakukan perkara yang sama seperti bayi seusia dengannya. Jangan risau, kebanyakan doktor akan menilai perkembangan bayi pramatang dari masa dia sepatutnya dilahirkan dan menilai kemahirannya sewajarnya.
Ok.. itu saja serba sedikit perkembangan my little boyfie tu.. nanti ummi nya share cerita dia lagi :)

You Might Also Like

0 Th♥ught (s)

Thanks 4 ur comment.. peace!

Advertise with us!